InsyaAllah, penulisan saya kali ni berkisar tentang islam...
apa itu islam?
1 agama yg dianuti oleh segolongan manusia??
adapun pelbagai agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing2 adakalanya drpd nama orang yang mengasaskannya atau umat tertentu yg menubuhkan dan mengembangkan agama tersebut.contohnya agama Nasrani @ Masehi mengambil nama Al Masih. Agama Buddha diambil dr Gautama Buddha. demikian juga agama Yahudi yg terbit dr kabilah Yahuda.
namun islam...berlainan...nama islam menunjukkan sifat2 khusus yg terkandung dlm makna perkataan islam itu sendiri..jelas bahawa tidak menunjukkan pembawa @ pengasasnya di kalangan manusia. dan juga bkn khas utk umat tertentu, ttp ia adalah utk seluruh bangsa.
sifat2 yg khusus
islam itu Ad din...iaitu cara hidup...seperti tertulis dalam buku2 teks sekolah...tetapi adakah kita menyelami erti islam itu sambil di aplikasikan dalam hidup kita?islam bkn lah agama yg memisahkan antara dunia dan akhirat...salah sama sekali...bkn juga agama yg hanya di masjid...jd jika kita benar2 menyelami erti islam itu sendiri, kita akan dapati bahawa islam itu merangkumi peraturan2 yang menyeluruh dan undang2 yg lengkap dlm semua urusan hidup manusia utk mereka menerima dan mengamalkan secara total...dr sekecil2 hal kepada sebesar2 hal...semuanya telah terkandung dlm islam...menerima dan mengamalkan secara total...secara total, bkn separuh2...
pengertian islam
Firman Allah:
" dan siapakah yang lebih baik Dinnya dan orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikuti Ad din Ibrahim dengan hanya cenderung kepada Allah." [Surah An Nisa' : 125]
penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati...inilah intipati dan keseluruhan makna islam...khusu kepada manusia dan juga segala kejadian dalam alam semesta seperti yang dijelaskan oleh Al Quran:
" Apakah selain dari Ad din Allah yang mereka masih mencari-cari sedangkan segala yang di langit dan di bumi telah Islam (menyerah diri) kepadaNya dengan kerelaan hati dan terpaksa. Dan kepadaNya mereka dikembalikan." [Surau Al imran : 83]
Saya mengajak diri saya dan pembaca agar bersujudlah kpd Allah dengan penuh kepatuhan dan ketundukan...malulah kita utk berbuat maksiat sedangkan kita masih menghirup udara di muka bumi Allah...malu juga pada segala yang di langit dan di bumi yg tlh menyerah diri pada Allah, sedangkan kita berbuat kejahatan...Astaghfirullah...
rujukan :
Risalah usrah 1 : konsep2 umum islam
insyaAllah...bersambung...
No comments:
Post a Comment