Monday, February 28, 2011

Sensitif...

sensitif.....peka....


Sensitif...sensitif yang saya nak cakap ni bukanlah sensitif yg merajuk-rajuk tu...merajuk-rajuk?no time for it...come on...hee...

Sensitif yang saya maksudkan 'jiwa yang sensitif dan peka'...sensitif n peka terhadap apa?terhadap apa yg terjadi disekeliling...kenapa saya kata jiwa yg sensitif n peka? sbb jiwa yg beriman itu peka dan sensitif...

Baik, teruskan...

Kita lihat masyarakat di sekeliling kita...berapa ramai umat islam??ramai kan? tetapi ramai juga yg telah karam di dalam maksiat dan darjat iman mereka menjunam ke taraf yang paling rendah.. jauh sekali dari tahap mulia !

Mari kita telusuri seerah n kisah zaman orang-orang beriman sebelum kita...Selepas kewafatan Rasulullah, mereka bertebaran di segenap pelusuk bumi laksana sinar matahari untuk menawan beberapa negeri di timur dan barat, menghancur-leburkan segala taghut, membawa rahmat ke seluruh dunia dan memimpin manusia kepada syurga.

Pada tahun-tahun akhir sebelum abad pertama islam berlalu,penyelewengan mula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal menggantikan generasi pertama Islam yang unik itu. Keazaman di dalam dakwah dan jihad mula kendur sedangkan mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapuskan saki baki taghut yang masih ada.

Ketika itu, muncullah seorang pemimpin islam yg unik, berjiwa tinggi n hebat...Umar Abdul Aziz...apakah yang beliau lakukan??

Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang daya juangnya lalu beliau berkata dengan nada dukacita :
" Sesungguhnya aku sedang merawat satu urusan yang tiada siapa dapat
menolongnya kecuali Allah. Sesungguhnya di atasnya telah mati orang tua, orang yang
kecil telah membesar, orang Ajam25 telah mahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah
berhijrah sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama.
Mereka tidak melihat kebenaran selain daripada itu.”

Kata-kata beliau itu, meluahkan rasa dukacitanya yg mendalam sedangkan beliau telah memegang tampuk pimpinan umat yang menguasai seluruh bangsa sekitar, tersebarnya kebaikan dan umat berhukum kepada syariat Allah secara umumnya.

Ianya adalah gusaran seorang yang beriman terhadap dosa-dosa kecil, sedikit bid’ah, kezaliman yang ringan dan wujudnya petanda gaya hidup mewah. Itulah jiwa mukmin yang terlalu sensitif dan peka terhadap erti-erti keadilan dan kezaliman, ikutan sunnah dan bid’ah, menyumbang tenaga dan inginkan kerehatan.

Oleh yang demikian, seorang mukmin itu mestilah sentiasa berusaha mencari kemuliaan yang lebih sempurna. Mereka tidak akan memejamkan matanya dan tidak akan mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan yang berlaku.

Itulah jiwa orang beriman yang sensitif dan peka...

Berdoalah kita dengan sangat kepada Pemilik kita, Pemilik alam ini dan segalanya...agar dikurniakan iman yang amiq seterusnya memiliki jiwa yg sensitif dan peka td...

p/s: nasihat buat diri n kalian... :)
ruj:
1- Al Munthalaq Karangan Muhammad Ahmad al Rasyid
2- Ibnu Abdul Hakim, Sirah Umar bin Abdul Aziz