Pagi 1 jan 2010,pc di on, saya sedang mengemaskini folder2 di dalam pendrive...terjumpa 1 artikel dan ingin saya kongsikan kisah ini yang dah lama saya baca dr seorang saudara seaqidah, ttp tidak tahu namanya jauh sekali pernah bersua...kisah ini menyentuh hati kecil saya dan menitiskan air mata..dan saya kira, ia sesuai utk bacaan semua bg memuhasabah diri dan jg menguatkan azam semua pd Maal Hijrah ini, 1431 dan Tahun Baru 2010...
Salam Maal Hijrah buat semua. Hari ini mengingatkan kita bahawa usia kita telah pun berkurang sehari. Hari ini mengingatkan kita bahawa kematian itu begitu hampir. Adakah kita bersedia melaluinya pada bila-bila masa?
Sekadar untuk berkongsi cerita. Semalam Allah memberi saya peluang untuk mendengar pengisian berkenaan Maal Hijrah. Saya tidak mengenali penceramah dan tidak dapat menatap wajahnya kerana tirai yang memisahkan di antara lelaki dan perempuan. Namun, cukuplah untuk saya katakan bahawa peringatan tersebut amat bermanfaat untuk diri saya dan begitu terkesan di hati.
Penceramah tersebut bercerita mengenai pengalamannya sewaktu belajar di
Setibanya Dr Mubayyan di Palestin, dia ingin berehat di hotel. Saat dia melelapkan mata, kedengaran suara mengatakan, “Adakah kamu ke Palestin sejauh ini hanya untuk tidur?”. Lantas Dr Mubayyan ini bangun dari tidurnya dan pergi bersolat di Masjidil Aqsa.
Di Masjidil Aqsa, seusai solat, dia melihat segolongan manusia sedang berkerumun di satu tempat. Hatinya tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya mereka sedang mendengar ucapan dari Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dr Mubayyan memasang azam untuk bertemu dengan Sheikh Ahmad Yassin keesokan harinya.
Siapa Assyahid Sheikh Ahmad Yassin ini? Dia adalah seorang insan yang mana imannya begitu digeruni oleh
Dia membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dari Mesir ke Palestin dan mengasaskan HAMAS. Dia mengetuai semangat jihad Palestin. Dia mengobarkan semangat pemuda-pemudaPalestin.
Dan pada 22 Mac 2004, seperti kebiasaannya sehari-hari, di hujung malam menjelang Subuh, Sheikh Ahmad Yassin khusyuk bermunajat untuk kemerdekaan Palestin. Dia tidak pernah membayangkan hari itu adalah hari yang telah lama diimpikan dan dirinduinya. Dalam keadaan bersih dan berwudhu’ itu, dia membaca beberapa lembar ayat Al Quran dan bermunajat kepada Allah untuk pembebasan Palestin dari cengkaman
Setelah itu, pemimpin Hamas yang lumpuh ini, dibantu oleh dua pembantunya menuju Masjid Mujamah Al Islami, sejauh 200 meter dari rumahnya.
Di masjid itu, Sheikh Yassin menunggu hingga azan subuh. Seusai menunaikan solatnya, para jama’ah seperti biasa, berkerumun untuk menyalaminya. Kemudian menanyakan tentang kesihatan beliau, seakan para jama’ah ingin mengucapkan salam perpisahan kepada pemuda yang tak pernah kenal menyerah kepada penjajah Zionis itu.
Ketika dua pembantunya menolong mendorong kerusi rodanya keluar, lalu kira-kira hanya berjarak 40 meter dari pintu masjid, sebuah helikopter Apache buatan AS menghujamkan 3 pelurunya ke arah tubuh yang lumpuh itu. Salah satunya tepat menimpa langsung ke tubuh Sheikh Yasin. Seketika itu juga Yasin menemui syahidnya, suatu momentum yang sesungguhnya telah lama dinanti-nanti oleh pemuda yang lumpuh seluruh tubuh itu.
Segera setelah pengeboman itu, sejumlah ambulans menghambur ke lokasi kejadian dengan membunyikan sirennya. Bunyi raungan siren lalu ditingkahi kesibukan para jama’ah masjid, semuanya menyatu di lokasi pengeboman. Tubuh Sheikh Yassin dan 8 jasad lainnya, serta cairan putih otak pemimpin spiritual Hamas itu, kelihatan tercecer di jalan.
Walaupun menderita lumpuh total seumur hidup (akibat kemalangan yang dialami pada masa kanak-kanaknya) , Sheikh Yasin telah mencurahkan seluruh hidupnya untuk membangkitkan perlawanan bangsa Palestin terhadap penjajah Zionis.
Dia memang tinggal jauh di Palestin, bahkan kini lebih jauh lagi (setelah dia menemui syahid), Sheikh Yasin sesungguhnya sangat dekat di hati seluruh kaum Muslimin dan Arab, serta para pejuang kebebasan di seluruh dunia. Selamat jalan wahai mujahid agung nan perkasa!
Masih terbayang-bayang detik-detik pemergian Assyahid. Saat itu, di Malaysia baru sahaja diumumkan keputusan pilihanraya. Keputusan yang menggoncang jiwa mereka yang berjuang di jalannya. Dan kesyahidan Assyahid seolah-olah memujuk hati, bahawa itulah Sunnah orang yang berjuang. Perjuangan Hamas tidak pernah padam dengan pemergian Assyahid malah semakin harum. Sewajarnya kita juga begitu.
Terharu rasanya mendengar kisah ini yang juga diceritakan oleh penceramah. Saya jumpai tulisan ini lewat maya. Di saat mana Rasulullah mengatakan dia merindui saudara-sauadaranya , suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas
Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.
Salam Maal Hijrah. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
1 comment:
Selawat salam atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.a.w
sesungguhnya, kisah ini very touching & inspiring walaupun pernah dibaca.
Post a Comment