Tuesday, December 28, 2010

nukilan inspirasi...

ya ukhti...lemah lembut peribadinya namun teguh hatinya...

membaca bait2 indah nukilan ustazah maznah, meremang bulu roma n bergetar jiwa...subhanallah...bacalah dgn hati... :)

http://zaadut-taqwa.blogspot.com/
(Khas untuk Ahli Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Sempena PATWA 2010)

Ukhti
Hari ini aku berdiri
Menggenggam bara api
Di hadapanmu ya ukhti
Disaksikan Ilahi Rabbi

Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Menjunjung titah Ilahi
Memimpin umat ke jalan selamat
Jalan Islam yang penuh rahmat
Beribadat kepada Allah jadi matlamat
Mentaati perintah-Nya, menjauhi maksiat

Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Menjulang kitab suci
Ayat-ayatnya difahami dan di hayati
Menegakkan Syari’ah di dalam diri
Kelak kan berdaulat di persada bumi

Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Mendakap Sunnah Nabi
Mengangkat wanita setaraf lelaki
Nyawa, harta dan maruah dilindungi
Keluarga diperkasa, masyarakat disantuni

Ukhti
Hari ini kita sama berdiri
Mengikat satu janji
Memantapkan saf
Memimpin ummah
Mendaulatkan Syari’ah
Ukhtuki fillah

KakMaznah [ustazah maznah]
13 Muharram 1432
19 December 2010 

Monday, December 20, 2010

Teknologi yang dijatuhkan...

Hanya gambar dan fikir....
Bird Nest Stadium, China

England...xtau kt mana

Paris, France...

xtau...

U.S



China...


Subhanallah...Maha Suci Allah...
Allah Maha Kuasa menjadikan segala sesuatu...
walaupun manusia dikurniakan kehebatan otak utk mencipta pelbagai teknologi...namun, teknologi dapat dijatuhkan....oleh DIA yang Maha Kuasa...
think about it...

Friday, December 17, 2010

teruskan berfikir...

gambar tiada kaitan...hee...just suka pic ni....teruskan berfikir dan berzikir....

Jika kita seorang beriman. Harusnya kita bisa merasakan kebahagiaan saat solat.

Jika kita orang beriman. Seharusnya kita merasakan suasana tenang dan teduh saat membaca lembar demi lembar Al Quranul Karim, atau saat bermunajat dan berdo'a kepada Allah 'azza wa jalla.

Jika kita beriman. seharusnya kita sangat senang memberi kebaikan kepada orang lain.

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah.

ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah

ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah

dan ketika orang-orang pergi mengahadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu betul-betul mencintai Allah. "
(Imam Ibn Qayyim)

Wednesday, December 8, 2010

' Orang Cantik '

Cinta pada bunga...bunga akan layu akhirnya...

Saya tertarik dengan artikel ini yg singgah di message fb saya ni, dari seorang sahabat saya...terus saya postkan di sini...

Cinta Kasih Ilahi...

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.

Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.

Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.

Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.

Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.

Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.

Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." [Surah An-Nahl: 5]

copy paste dari: INGAT MATI, facebook.

Friday, December 3, 2010

Muharram ~ Elakkan kepercayaan karut

selami erti sebuah Muharram dengan penuh keazaman...


Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan agung di dalam kalendar Islam. Beberapa peristiwa penting berlaku di dalam bulan ini. Allah swt juga mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang meningkatkan amal di bulan yang mulia ini. Antara yang sering diamalkan oleh umat Islam di dalam bulan ini ialah berpuasa sunat. Namun, persoalannya adakah amalan berpuasa sunat yang dilakukan ini bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw atau pun sebaliknya? Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kita tiada pilihan lain lagi yang lebih baik kecuali menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan dan hakim bagi segala penentuan.

Jika diteliti hadith-hadith Rasulullah saw, maka kita akan dapati banyak riwayat yang membicarakan tentang amalan puasa sunat di bulan Muharam ini serta ganjarannya. Namun, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah memastikan riwayat-riwayat tersebut memang pasti bersumberkan daripada Rasulullah saw. Ini penting kerana setiap amalan yang ingin kita lakukan mestilah bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw yang sahihah agar ianya diterima dan diberikan ganjaran pahala.

Di antara hadith-hadith sahih yang membicarakan tentang amalan puasa di bulan Muharram ini ialah:

Hadith-hadith tentang puasa hari A’syura:

• 1- Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda saw bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu”, maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa“. (Riwayat al-Bukhari )

• 2- A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah saw telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)“. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

• 3- Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah saw juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: ((Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah diantara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (w 852) dan al-Imam Muslim (w 676) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura‘ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah saw bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Diantaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda saw menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu)). (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah saw begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah saw berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan di atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharam)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

• 1- Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah saw bersabda lagi: ((Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9)). Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah saw wafat terlebih dahulu.”. (Riwayat Imam Muslim)

• 2- Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): ((Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9)). (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (w 676) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi saw berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10“.

(Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254) .

Justeru, marilah kita merebut peluang di kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah saw seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat diwaktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram”.
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Kepercayaan dan Amalan Yang Bukan Dari Ajaran Sunnah

Kesedaran umat Islam dalam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik. Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat iaitu semoga ianya akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. Namun, peringatan Nabi saw di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Daripada A’isyah r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama) maka ianya akan tertolak”. (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulamak, diantaranya ialah al-Fudhail bin ‘Iyadh telah meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah swt dan bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw. Al-Fudhail dalam menafsirkan firman Allah di dalam surah Hud, ayat ke-8 dan surah al-Mulk ayat ke-2 iaitu (Maksudnya: (Allah menjadikan semua itu) untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya)), beliau berkata: “iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ianya juga tidak akan diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan ikhlas dan tepat“. Beliau berkata lagi: “Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla semata-mata, dan yang dikatakan tepat itu ialah ianya bertepatan dengan sunnah“.

(Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-HIkam, Tahqiq:Dr. Yusof al-Baqa’I (Bierut: al-Maktabah al-‘Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan ini.

Di antara amalan-amalan di bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunnah Rasulullah saw yang sahihah ialah:

• 1- Memakai celak pada hari ‘Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu’ yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari ‘Asyura’, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya”. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu ‘at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu’ (palsu). Imam Ahmad berkata: “Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah saw tentang amalan memakai celak pada hari ‘Asyura, dan ianya adalah bid’ah“.

• 2- Solat sunat yang khusus pada hari ‘Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu’: “Sesiapa yang sembahyang padanya (hari ‘Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali Qullhuwallhu ahad, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun”.

• 3- Mandi yang khusus pada hari ‘Asyura’ dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang sakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu’: “Barang siapa yang mandi dan bersuci pada hari ‘Asyura’, ia tidak akan ditimpa sebarang sakit pada sepanjang tahun, kecuali mati”.

• 4- Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari ‘Asyura’ dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada ‘Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman, pakaian) kepada ahli keluarganya, pada hari ‘Asyura’, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki di sepanjang tahunnya”. Hadis ini hukumnya maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu’at,2/115).

• 5- Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur ‘Asyura) yang dikaitkan dengan sunnah Rasulullah saw atau disandarkan kepada peristiwa nabi Nuh a.s yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar. Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ianya bersumberkan daripada cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab “Qashas al-Anbiya’.

• 6- Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas. sepertimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam. Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

Al-Syeikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut bahawa kebanyakan hadis-hadis maudhu’ ini yang berkaitan dengan amalan di bulan Muharam khasnya pada hari ‘Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh al-Husaian. Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-‘Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi saw sebarang amalan pun pada hari ‘Asyura selain daripada puasa Baginda. Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid’ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan al-Husain pada hari ini. Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan dari biji-bijian (bubur) dan memakai celak dan mereka meriwayatkan hadith-hadith maudhu’tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga“.
(Syiekh ‘Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan daripada sunnah Rasulullah saw yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum muslimin. Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunnah Baginda saw, dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah swt untuk mengikuti sunnah Rasulullah saw. Berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Jazakallah khairan.

dari:
http://tarb1world.wordpress.com/2009/12/16/muharram-elakkan-kepercayaan-karut/

Thursday, December 2, 2010

Tadhhiyyah


Catatan Untuk Naqib: Setelah mendapatkan taujih ini diharapkan kader dapat memahami bahwa amal yang bernilai tinggi memerlukan tadhiyah, Kader merasakan sedih bila tidak bertadhiyah di jalan da’wah , serta mampu bertadhiyah sesuai kapasitasnya masing-masing.

Tadh-hiyah berasal dari kata bahasa Arab; dhahha – yudhahhi – tadh-hiyah, yang berarti pengorbanan. Di dalam beramal jama’i, pengorbanan mempunyai kedudukan yang sangat urgen, oleh karena itu Imam Hasan Al Banna memasukkannya ke dalam salah satu rukun baiat anggota Al Ikhwan Al Muslimun, setelah rukun fahm, ikhlas, amal dan jihad.

Beliau berkata, “Yang saya maksud dengan pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan”.

Tidak ada perjuangan di dunia ini kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita janganlah engkau mempersempit pengorbanan, karena sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah. Barang siapa bersantai-santai saja ketika bersama kami, maka ia berdosa.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari kaum mukminin, diri, dan harta mereka, bahwasanya mereka mendapatkan balasan Surga.” [Surah At-Taubah: 111]

“Katakanlah, ‘Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatir akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal adalah lebih kamu cintai daripada Allah, Rasul-Nya, dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [Surah At-Taubah: 24]

Dengan demikian engkau mengetahui makna slogan abadimu, “Gugur di jalan Allah adalah setinggi-tinggi cita-cita kami.”[1]

Pengorbanan dan jihad merupakan dua hal yang tidak terpisahkan, namun menurut Said Hawa, ada perbedaan antara jihad dan pengorbanan. Kadang-kadang keduanya seiring dan kadang-kadang pula saling menyempurnakan. Oleh karena itu Imam Hasan Al Banna menjadikannya rukun tersendiri. Karena di tempat mana dikumandangkan jihad, maka di sana ada pengorbanan. Dan jihad yang sempurna tidak akan terwujud kecuali dengan pengorbanan yang sempurna pula. [2]

Sungguh banyak kisah dalam sejarah kehidupan manusia yang dapat menjadi bukti dan contoh tentang pengorbanan, baik dalam kisah orang-orang terdahulu sebelum Nabi Muhammad saw, maupun kisah pengorbanan beliau dan sahabatnya dalam sirah, dan kisah-kisah perjuangan umat sesudahnya sampai saat ini.

Perhatikan sejarah Nabi Nuh, 950 tahun waktunya dia korbankan untuk menyeru kaumnya untuk berbakti dan beribadah kepada Allah, tapi tidak ada yang menghiraukan seruannya kecuali sedikit, dan bahkan istri dan putranya sendiri tidak beriman kepadanya.

Perhatikan pula kisah pengorbanan sahabat mulia Mush’ab bin Umair. Ia adalah seorang pemuda bangsawan Quraisy, gagah, ganteng, kaya dan terhormat, namun beliau mengorbankan semua kehormatannya di masa jahiliyah menuju kehormatan di masa Islam, walaupun harus berpisah dengan keluarganya. Bahkan ibu yang sangat mencintainya mengancam akan bunuh diri apabila putranya tetap memeluk agama Islam. Namun sang Mush’ab si pemuda ganteng dan parlente itu tetap memilih Islam, sehingga menemukan syahadah di perang Uhud, saat itu beliau hanya memakai sehelai baju, yang sekaligus menjadi kafannya, yang apabila wajahnya ditutup maka kakinya tersingkap, dan apabila kakinya ditutup maka wajahnya terbuka. Karena dengan pengorbanan itulah Mush’ab menggapai cinta Tuhannya dan menghuni taman-taman Syurga serta diiringi oleh 70 bidadari.

Demikian pula kisah pengorbanan ulama kontemporer terkemuka, Sayyid Qutb. Ia mengorbankan ilmu, hidup, harta dan bahkan “kedudukan terhormat” sebagai menteri pendidikan yang dijanjikan oleh Presiden Jamal Abdul Nasr apabila ia ingin merubah prinsip-prinsipnya. Tetapi sesuatu yang telah menjadi prinsip hidup bagi Sayyid tetap menjadi prinsip, walaupun harus mengalami penyiksaan di penjara dan menjemput syahadah di tiang gantungan.
Itulah beberapa kisah pengorbanan tokoh-tokoh sejarah kemanusiaan. Dan sejarah manusia yang masih akan berlangsung sampai hari kiamat, akan selalu mencatat dan meminta para pelaku sejarah yang berani mengorbankan diri, harta, waktu dan segala yang ia memiliki dalam rangka mempertahankan kebenaran.

Nah dalam konteks kekinian, sungguh banyak di hadapan kita peluang untuk berkorban, terutama karena kebenaran telah terdominasi oleh kejahatan, jumlah pelaku kebenaran jauh lebih sedikit dari jumlah pelaku kejahatan, dan pelaku kebenaran jauh lebih lemah dari berbagai kekuatan yang dimiliki para pelaku kejahatan; kekuatan politik, ekonomi, fisik dan lain sebagainya ada di tangan mereka.

Tapi, jangan berkecil hati dulu!! Karena sumber kekuatan mereka adalah sumber kekuatan kita juga, yaitu Allah SWT, Ia Allah kekuatan yang sesungguhnya. Dan Allah akan bersama kita,[3] apabila kita ingin mengikuti jalannya para Rasul, yaitu berjuang dan berkorban merebut kekuatankekuatan mereka, berjuang memperbanyak jumlah pelaku kebaikan, sehingga pada gilirannya kebenaran akan menjadi jaya, dan sebaliknya kebatilan akan runtuh.[4] Walaupun dalam perjuangan itu banyak harta yang habis serta jiwa yang gugur, tetapi sejarah kemanusiaan akan mencatatnya sebagai buah bibir generasi-generasi mendatang, dan Allah akan memberinya kedudukan yang mulia di sisi-Nya.

Agar menjadi lebih jelas, sesungguhnya Indonesia, negeri yang kita cintai ini, sedang dikuasai dan diperintah oleh orang-orang yang tamak dan mementingkan kepentingan diri, keluarga dan kelompoknya sendiri serta melakukan segala hal yang merugikan bangsa dan negara untuk mencapai tujuan-tujuan sesaat mereka.[5] Oleh karena itu, kita wajib berjihad dengan penuh mengorbankan segala yang kita miliki untuk menyelamatkan negeri dan bangsa ini dari ambang kehancuran. Menyelamatkan negeri dan bangsa ini adalah menyelamatkan negeri dan umat Islam, karena sesungguhnya, pemilik negeri dan bangsa ini adalah umat Islam itu sendiri, dan saya, Anda, saudara, keluarga, tetangga dan masyarakat kita adalah bagian dari umat Islam. Wallahu a’lam.

Ruj:
1. Hasan Al Banna, Risalah Pergerakan, jilid 2, halaman 189-190, Era Intermedia, cetakan kedua.
2. Said Hawwa, Membina Angkatan Mujahid, halaman 170, Era Intermedia, cetakan pertama.
3. Qur’an, surat Al-Ankabut: 69
4. Qur’an, surat At-Taubah: 33
5. Menjual BUMN, membebaskan konglomerat hitam, membiarkan KKN, membuat rekayasa untuk menyudutkan umat Islam melalui peristiwa Bali, menaikkan harga BBM, TDL dan telepon, serta membuat berbagai UU yang mempersempit peluang gerakan demokrasi dan reformasi.

BERKORBAN @ TERKORBAN?

pengorbanan menuntut ketaatan, kesabaran & kesungguhan...

Lambat sedikit post saya tentang pengorbanan...sempena hari raya korban yg lepas...tapi pengorbanan itu bila2 saja...insyaAllah, sedikit perkongsian serba kurang dari saya...

Semalam saya dan sahabat2 berbincang pasal pengorbanan...panjang juga ceritanya...saya just menulis kesimpulannya...kita kena latih otak kita ni utk berfikir...berfikir...dan berfikir...berfikir dalam erti mengembalikan segala pemikiran itu kepada Pencipta kita...baru la terjawab tanpa ada penafian...kerana segalanya BENAR...jika BENAR2 meyakini...

Pengorbanan tu apa???

ermmm...cuba tanya diri sendiri...

kenapa pengorbanan???sebab baru lepas makan daging Hari Raya Korban???huhu...

or sebab hari raya korban, selalu diingatkan tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s...

tapi...apa pengorbanan kita???

Apa pengorbanan terbesar yg pernah kita lakukan???

pengorbanan terbesar tidak semestinya membawa perubahan kepada masyarakat or negara...tapi mulakanlah dgn diri sendiri...

tapi utk jawab soalan ni, kena tau apa maksud pengorbanan dulu...

maksud pengorbanan yg saya tulis ni bukan dari kamus dewan edisi terbaru or lama...
pengorbanan yang dimaksudkan adalah kesediaan meninggalkan sesuatu yang disukai utk benda yg lebih tinggi darjatnya...

contohnya, berkorban meninggalkan jahiliyyah yang ada dalam diri kita dan berubah kepada yang lebih baik...bukan suatu perkara yang senang dan disukai...tapi Allah suka dan Allah pandang usaha kita itu...

mungkin iman kita tidaklah sehebat iman para Nabi...tapi pengorbanan itu dituntut utk perubahan @ hijrah...pengorbanan juga sangat menuntut kesabaran dan ketaatan...

ya, kesabaran dan ketaatan kunci untuk berkorban...satu lagi, sungguh2...

kenapa saya kata sungguh2??sebabnya jika x sungguh2 berkorban kita yang 'terkorban'...

'terkorban'??? terkorban dalam karat2 jahiliyyah yang tidak mampu dihakis...

insyaAllah, sesama fikirkan, apakah pengorbanan yang pernah dan akan kita buat???
saya juga masih terus berfikir, sebab susah nak dijawab saat ditanya sahabat saya...jawablah dalam diri kita sendiri...kerana kita tahu, apa yang kita mahu...pasti dan pasti...DIA Maha Tahu...

x nak kah kita dgn janji2 Allah utk orang2 yang beriman...janji itu sangat pasti...jom perbanyakan tadabbur Al-quran, utk cari tahu apa yang Allah firmankan dalam Kalam Nya...

berusahalah...sekiranya tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kemenangan...

berusahalah dan terus pacukan doa...kerana usaha kita yang Allah hitung...dan segala hasilnya berada dalam Pengetahuan dan Kuasa Allah 'azza wa jalla...

Wednesday, December 1, 2010

ingatan kita padaNya

sejauh mana ingatan kita kepadaNya...

“ Wahai orang-orang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingati (namaNya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikat Nya (memohon ampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” [Surah Al Ahzab 33: 41-43]

Ayat 41 – 43 dari Surah Al Ahzab, sangat jelas...mari sesama fikir ...Allah berfirman kepada orang-orang beriman untuk meningati Nya...dan dikala kita berzikir pada Allah, para malaikat juga turut berdoa buat kita...

Ingat kepada Allah...zikrullah...dalam sehari berapa banyak mulut kita berzikir, lebih penting lagi...berapa banyak hati kita berzikir...if nak kira, sememangnya kita boleh kira...tapi adakah kita nak ‘berkira’...hee...perkataan kira pun jadi isu...sebenarnya saya sedang berfikir tentang itu...saya manusia lemah yang sedang berusaha perbaiki diri dari hari ke hari...insyaAllah...

Ada apa pada zikir?

Dapat menghidupkan jiwa dengan kembalinya lidah dan hati manusia itu kepada Allah ‘azza wa jalla. Hati dan jiwa jadi kuat, hidup dan tenang. Ketenangan hasil kerinduan kepada Ilahi...subhanallah...jiwa yang hidup dan kuat ini dapat melahirkan jasad yang jauh dari penyakit kemaksiatan.

Zikir adalah penawar kepada jiwa agar sentiasa suci dan tunduk pada Ilahi. Ruh yang tunduk pada Rabbnya, sentiasa menghalangi jasadnya dari perkara yang dimurkaiNya. Dan sentiasa mengharapkan keredhaanNya pada setiap langkah dan detik hidup.

Berzikir selain menjadi sumber ketenangan dan ketentraman jiwa, ia juga menjadi sumber kekuatan dan rahsia kemenangan di dalam da’wah, oleh karena Rasulullah saw dan para khalifah setelahnya setiap memberangkatkan pasukan perang, mereka selalu berpesan untuk memperbanyak ketaatan dan berzikir kepada Allah dan tidak boleh lalai dan bermaksiat kepada-Nya. Kemudian Allah SWT memasukkan berzikir kepada Allah sebagai syarat kemenangan sebagaimana di sebutkan di dalam surat Al-Anfal sebagai berikut:

“Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), Maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung”. [Surah Al-Anfal: 45]
Jika hati tidak berzikir, hati cenderung mengikut jejak dan hasutan syaitan serta ajakan hawa nafsu.

Dengan zikir hati yang keras menjadi lunak.
Dengan zikir juga, kita dapat sibukkan diri dari bercakap perkara2 yang x baik. Contohnya, jika hati n lisan sedang berzikir, tetiba ada orang datang bercerita hal orang lain dalam erti kata lain, mengumpat, adakah kita nak join sedangkan tadi kita sedang berzikir mengingati Allah...tidakkah kontra berzikir dan mengumpat tadi???jadi berzikir di sini, kita dapat lihat betapa berzikir dapat menghalangi kita dari berkata yang tidak baik.

Berzikir juga penyebab turunnya Rahmat dari Allah. Malaikat untuk mendoakan kita serta di banggakan oleh Allah SWT. Allah berfirman:
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”.[Surah Ar-Ra’ad: 28]
Saya akhiri perkongsian saya kali ini dengan ayat-ayat cinta agung kita, firman Allah yang sarat petunjuk dan panduan buat mereka yang berakal...

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka”. [Surah Ali Imran: 190-191]

p/s: jom sesama test dan apply pada diri kita, berzikir dgn byknya pada Rabb kita, Pemilik kita dan Pencipta kita...mulakan saat ini...

Ruj:
1. Al-Quran Kareem
2. KEUTAMAAN ZIKIR DAN BERISTIGHFAR Oleh: H.Abdussalam Masykur, Lc. MA
3. Tazkirah dan Muhasabah Diri.

Tuesday, November 23, 2010

Bersungguhlah wahai diri...

sungguh2lah melakukan segala sesuatu...sungguh2lah mengejar redhaNya...


Minggu lepas, jumaat pagi...dikala family saya ke Kuala Lumpur, walimah sepupu saya...dikala kwn2 saya pulang ke kampung sambut raya haji, sunyi ja lab...saya ada interview...interview scholarship...mula2 saya fikir, kenapa interview nya hari jumaat?mesti student yang balik kampung yg jauh mesti susah nak datang interview...[doakan saya dapat scholarship ni]

Hari-hari sblm interview, saya study n buat preparation utk soalan2 yang bakal ditanya...ya Allah...saya memang risau utk diinterview...sampai malam tu, tidur asyik terjaga...Astaghfirullah...

Sebelum masuk bilik interview, kaki tangan saya sejuk membeku...ya Allah, Allah ja tahu berdebarnya saya masa tu...apa la soalan2 dr Prof & Dr nanti...tp buat2 slambe...

Saya duduk disamping rakan2 lain yg baru saya kenali...sempat bersembang dan mengingat nama mereka...x sembang panjang, takut mengganggu konsentrasi mereka dan yg lain...diam, berfikir tentang research saya, cuba menjawab soalan2 sendiri...pastu x larat dah nak menjawab soalan2 sendiri...tapi still berfikir...saya terfikir, semalam saya buat preparation utk interview...sangat sungguh2...saya risau sungguh2...tapi hidup saya menuju Allah dan akhirat sana...adakah sungguh2 persediaan bekalannya???adakah sungguh2 risaunya???malaikat interview kita???apa nak jawab??apa soalannya??? Ya Allah, ampuni hambamu yang lemah ini...kurniakan hidayah n tetapkan hati dan langkah ini di jalanMu...

Muhasabah diri...fastabiqul khairot...Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." [Surah al-Baqarah 2: 148]
Sungguh2lah mengejar redha n cinta Allah...sungguh2lah menjaga hati...sungguh2lah menjaga iman...sungguh2lah menjaga amal...sungguh2lah jauhi maksiat...sungguh2lah utk berjaya dlm pelajaran dan kerjaya...(saya x kata perlu tinggalkan kejayaan di dunia)...selagi kejayaan dunia itu tidak melanggar syariat Allah dan Allah redha dgnnya...

Kenapa sungguh2??? sbb nak berjaya...kan?? kita sungguh2 utk berjaya dapatkan sesuatu yang kita nak...
Kejayaan hakiki yang kita mahukan adalah diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Itu kejayaan sebenar dan kekal abadi...kejayaan mendapat redha dan rahmat Allah...

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” [Surah Ali Imran 3: 185].

Maka, kita beramal dengan bersungguh-sungguh. Belajar dan usaha sungguh2.

Sebab kita tahu, Allah yang menghitung. Bukan yang lain.
Yakinlah dengan sungguh2 dan dengan sangat.
p/s: fastabiqul khairot...berusaha...sungguh2 :)

Thursday, November 4, 2010

sebiru hari ini buat kalian...

ukhuwwah fillah...

Lagu ini ditujukan khas buat kakak2, sahabat2 & adik2 yang saya kasihi n rindui kerana Allah 'azza wa jalla...walau di mana kalian berada...saya sangat rindu akan kalian... :) kalian sentiasa di hati saya...dengar lagu ni buat saya teringat detik2 bersama kalian...insyaAllah...pacukan doa & hadirkan wajah2 sahabat2 kita dalam Rabithah kita... :)
SEBIRU HARI INI
by Edcoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

p/s: x dpt letak nama2 n gambar2 sahabat2 yg saya rindu...sbb sgt ramai...Alhamdulillah, thank you Allah...sbb bagi saya bertemu n kenal mereka ini...


Dipertanggungjawabkan???

mulalah menghayatinya ayat-ayat cintaNya....

"Adakah manusia mengira bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)? [Surah Al-Qiamah, 75: 36]

Usrah lepas, kami membincangkan tafsir surah Al Qiamah, saya tertarik nak berkongsi sedikit tentang ayat di atas...ayat ke 36...

Di awal surah ini Allah bersumpah dengan hari Qiamat...yang wajib kita yakini, imani...sangat pasti akan terjadi...yakinlah wahai manusia...

mungkin semua orang tahu bahawa kita bakal bertemu dengan hari pengakhiran, tapi sejauh mana kita yakin dan bersedia...
saya pernah menulis pendapat saya tentang kematangan...mungkin penulisan kali ini boleh dikaitkan sedikit...manusia yang Allah ciptakan dengan begitu sempurna n hebat penciptaanNya...subhanallah...ditambah pula tanggungjawab dan hak yang diberikan berbanding makhluk lain...hebatkan penciptaan manusia???kita mengetahui ada sesuatu yang hebat...para saintis yang mengkaji kejadian manusia, sangat mengkagumi penciptaan manusia...tapi apa dan bagaimana???ia ada disebalik tanggungjawab dan hak itu...apa hak dan tanggungjawab itu??

berbalik kpd ayat 75:36, manusia itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja...manusia diberi syariat dan hukum utk mengawalnya dalam kehidupan...dan juga ada perhitungan dan pembalasan...

bila mana manusia ingin hidup tanpa syariat n hukum...jadilah senget n tunggang langgang...seakan2 manusia lebih bijak dari Penciptanya...hidup suka hati...tanpa menghiraukan apa2 n membatasi apa2...tamak dan tidak pernah takut dengan Allah...ingatlah...Allah Maha Melihat apa yang kita buat...

Jika kita melihat ayat 2, Surah Al-Insan, 76...

" Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Allah jadikan dia mendengar dan melihat."

ayat seterusnya, 76:3...

" Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur."

Jelasnya, Allah Maha Kuasa dan Bijaksana, DIA menciptakan manusia...yang mempunyai pendengaran, penglihatan, dan hati....dan DIA telah menyediakan ayat2 cintaNya, Al quran yg terkandung perintah dan larangan...adakah manusia menghayati dan mengambil segala intipati Al quran?? atau cuba menapis2 n mengambil yg boleh??atau lebih bijak dari DIA n cuba membuat undang2 sendiri??

jalan yang lurus...sesungguhnya semua yang ada pada kita,mata ini, telinga ini, mulut ini, segalanya milik Allah...hatta dunia ini...yang manusia agung2kan dan manusia kejarkan...apa milik kita???hanyalah pilihan...jalan yang lurus, menuju ilahi??atau jalan senget, sesat entah ke mana???

Astaghfirullah...

saya tidak ingat dari mana quote ayat yang ingin saya kongsikan...maaf...tapi ni ayat akhir yang saya nak tulis...

"Fikirkan dan ambillah iktibar wahai sekalian manusia. ketahuilah sesungguhnya Tuhan yang mengawal dan mengasuh kamu ketika penciptaan pertama...tidak logik utk membiarkan kamu begitu sahaja dan menciptakan kamu sia2, tanpa diganjari kebaikan dan tanpa dibalasi kejahatan."

Thursday, October 28, 2010

walimah...doa buat kalian... :)

Selamat pengantin baru...


Kepada sahabat2 yang dikasihi kerana Allah 'azza wa jalla... akhwat & ikhwah, yang bakal mendirikan baitul muslim tidak lama lagi...ana ucapkan,


'Barakallahulakuma wabaraka'alaik wajama'a bainakumafi khair'.


"Semoga Allah Menghimpun Yang Terserak Dari Keduanya Dan Kiranya Allah Memberkati Dan Memberi Mereka Berdua Keturunan Yang Lebih Baik, Menjadikannya Pembuka Pintu Rahmat, Sumber Ilmu Dan Hikmah, Serta Pemberi Rasa Aman Bagi Umat."
[Doa Rasulullah Muhammad Saw Pada Pernikahan Putrinya Fatimah Az-Zahra R A. Dengan Ali Bin Abi Thalib R.A.]


moga terus thabat & terus memacu langkah di jalanNya,
moga diberkahi segala urusan baitul muslim yang terbina,
moga dikurniai cahaya mata,
yg bakal menjadi tentera penegak agamaNya,
moga bahagia hingga ke syurga...



Tuesday, October 12, 2010

Da'ie-da'ie yang penat....


PERKONGSIAN ARTIKEL DARI SEORANG SAHABAT...

assalamualaikum

mudah2an sentiasa dlm kemanisan iman dan amal

ana nak kongsi artikel yg insya allah isinya boleh bagi peringatan.

terutama buat diri ana sendiri.

mudah2an antum pun dapat ambil manfaat.

bi izni-llah insya allah

[ana yakin ramai dah membacanya]


Daie-daie Yang Penat

Dalam satu majlis, saya telah dijemput untuk menyampaikan kata-kata penutup kepada ratusan belia lelaki dan perempuan yang usianya sekitar 20–22 tahun. Saya tidak dapat gambarkan ketika itu betapa gembiranya hati ini kerana melihat masih ramai lagi anak-anak muda yang mempunyai kecintaan kepada agama dan sentiasa berjuang menyebarkan fikrah kepada generasi muda yang lain. Mungkin agaknya kerana saya banyak bergaul dengan golongan belia yang sudah hilang nilai-nilai murni agama menyebabkan saya agak tergamam dengan suasana yang ada di hadapan ketika itu. Namun di dalam hati kecil, saya ada perasaan bimbang tentang masa hadapan mereka 15 atau 20 tahun akan datang. Mampukah bilangan yang mencapai angka 200 orang ini kekal di dalam kancah dakwah atau gugur di tengah jalan ? Ini persoalan yang saya tidak ada jawapan dan tidak berani memberi apa-apa jawapan.

Pengalaman peribadi menyaksikan bagaimana begitu ramai da'ie-da'ie yang ketika awal dakwah begitu bersemangat, berkorban siang dan malam, menginfaq harta yang banyak, bibir sentiasa berzikir, fikiran sentiasa berfikir, yang menjadi idola ramai rakan dakwah yang lain. Kini ramai diantara mereka sudah menghilang diri dari persada dakwah. Kadang-kadang saya rasa bingung tentang kenapa perkara ini terjadi?

Dimanakah silapnya tarbiyah yang dilalui ? Suara-suara yang dahulunya mampu menghidupkan hati-hati yang mati, menyegarkan mata yang layu, membakarkan semangat yang hampir pudar kini sudah hilang di arus duniawi yang kian sepi. Mereka adalah da'ie-da'ie yang telah penat.

Sekali-sekala, semasa saya duduk bersendirian, saya merasa amat sedih mengingatkan akan nasib teman-teman seperjuangan ini terutama apabila membaca ayat Allah swt:"...dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)" – (47:38)

Kebanyakkan mereka bukanlah orang biasa malah mereka memegang kepimpinan,

pencetus kepada kerja-kerja dakwah. Hidup mereka sentiasa di jalanan, hanya pulang ke rumah untuk berehat seketika, kadangkala tidur pun di dalam kenderaan. Sungguh mengkagumkan.Saya cuba memikirkan, apakah punca kepada keletihan da'ie-da'ie ini? Saya imbau kembali detik-detik perjalanan dakwah satu persatu, tahun ke tahun, peristiwa demi peristiwa, lalu saya merasakan saya sudah berjumpa dengan jawapannya!

Mereka terlalu sibuk mendidik orang lain sehingga mereka lupa untuk mendidik diri sendiri.Mereka jarang merenung diri, mereka tidak pernah beruzlah dan berzikir, mereka lupa untuk menghisab amalan sendiri. Kalaupun mereka lakukan, ia bukan dibuat dengan penuh kesungguhan. Keghairahan mereka untuk berdakwah tidak setimpal dengan bekalan rohani yang ada. Akhirnya mereka kecundang dengan suasana persekitaran.Mereka tidak dapat bertahan dengan tuntutan kerja yang semakin menekan, tangisan keluarga yang ingin kerehatan, kehendak peribadi yang tidak pernah kehabisan. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai semangat terlalu tinggi dan ghairah untuk mencapai natijah yang cepat hingga mereka mencari jalan yang lain. Mereka bukan tidak faham tetapi mereka hilang kekuatan. Mereka sudah penat.

Pengalaman menunjukkan, untuk menghidupkan kembali da'ie-da'ie ini bukanlah satu perkara yang senang apatah lagi mereka ini diistilahkan sebagai "senior" didalam kancah perjuangan. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada mereka dan memberikan keampunanNya terhadap "jasa-jasa" yang telah mereka curahkan di dalam dakwah. Tiada mereka tiadalah generasi baru hari ini.

Kini terus terang saya katakan, apabila saya mendengar ramai da'ie pemuda dan pemudi hari ini begitu sibuk siang dan malam berdakwah sehingga sangat susah untuk cari masa kelapangan, saya tidak lagi kagum seperti dahulu. Ini bukan bermakna saya tidak menghormati mereka malah saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka. Mudah-mudahan dakwah akan terus melahirkan manusia-manusia seperti ini.

Namun saya ingin memberi peringatan yang keras kepada da'ie-da'ie ini supaya kesibukan saudara jangan sesekali menyebabkan saudara melupai diri sendiri.

Perjalanan dakwah ini jauh, rintangannya sangat besar yang mana kadang-kadang dia diluar kawalan kita. Ini semua memerlukan nafas yang sangat panjang, ketahanan diri yang tinggi, persediaan rohani yang mantap serta kefahaman yang jelas. Ingat, Allah tidak akan jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hambaNyalah yang selalu jemu di dalam beribadah. Jangan tertipu dengan aktiviti yang banyak tetapi sebaliknya nilailah setiap aktiviti itu secara tenang dan objektif, mengukur pencapaiannya baik dari segi ilmiah juga peningkatan hubungan saudara dengan Allah. Jika ianya positif maka bersyukurlah tetapi jika sebaliknya maka beristighfarlah dan perbaikilah segera. Saya teringat kata-kata Imam Al Ghazali tentang bagaimana syaitan menggoda orang-orang yang kuat beribadat. Jika gagal menghalang, syaitan akan menyuruh abid itu memperbanyakkan lagi ibadat lalu akhirnya dia merasa bangga dan mula memperkecilkan orang lain yang kurang ibadat! Lalu mereka tejerumus dalam perangkap syaitan.

Moga-moga Allah melindungi da'ie-da'ie ini.

Oleh: Aminuddin Yahaya

Wednesday, October 6, 2010

matang...

berfikir & terus berfikir...mematangkan...

Kematangan???

Kenapa saya cakap tentang matang? sebab bila melihat, mendengar n berfikir tentang alam ini dan manusia sekeliling, kembalikan penglihatan, pendengaran dan fikiran tadi kepada Allah 'azza wa jalla...akan terzahirlah kematangan tersebut...ini adalah pendapat saya... :)

Bagaimana yang dikatakan matang itu??

Adakah kerana usia? usia yang meningkat itu, tidak menjamin kematangan seseorang itu...percaya atau tidak??

contohnya: seorang yg berusia 40 tahun, bolehkah dia dikatakan matang jika setiap malam, selepas balik dari pejabat, dia ke pusat dangdut atau sebagainya...bagaimana dgn tanggungjawabnya kepada keluarga??apatah lagi, kepada Penciptanya...

contoh lagi: Sultan Muhamad Al Fateh, ketika usia mudanya berjaya menawan Constantinople...subhanallah...ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk kota Constantinople pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah..di manakah kita ketika berusia 21 tahun???apa yang kita fikirkan??ini yang saya maksudkan kematangan....

Sepotong Hadith Rasulullah s.a.w tentang pembebasan Constantinople...

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Subhanallah...Sultan Muhamad Al Fateh dengan kematangan dan kebijaksanaan nya, beliau berjaya...

jadi, bagaimana datangnya kematangan??

kematangan itu datangnya beserta tanggungjawab & hak...

kematangan datangnya dari hati yang dekat dengan Rabb nya...


to be continue....


Sunday, September 19, 2010

24

24...just a number...not just a number...

24....

bukan 24 jam...
bukan no. rumah...
bukan no. jersi...
ermmm....

24 tahun sebenarnya...telah berlalu...Allah beri saya peluang utk hidup, bernafas...dan...menjadi hambaNya...astaghfirullah...

Menjadi hamba...cuba tanya pada diri...terkadang kita ni lagak macam tuan...sedangkan kita hamba...muhasabah kembali...

Fastabiqul khairot...sejauh mana kita berlumba utk kebaikan...sedangkan kita tahu...tapi selalu lupa...x mengapa, muhasabah kembali...

Doa...kebergantungan kita pada Dia...seerat mana???sedangkan kita tahu, Dia Pencipta kita, Pemilik kita, Pemegang hati2 kita, Empunya segalanya...subhanaAllah...muhasabah kembali...doa itu senjata kita...

Cinta n rindu pada Allah...bagaimana benih cinta itu kita tanam dalam hati dan jiwa???penting...kerana pohon akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan...muhasabah kembali...perlu mujahadah...orang mukmin itu sangat mendalam rasa cintanya kepada Allah. Firman Allah bermaksud, " Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah." [Al-Baqarah 2: 165]

Dakwah...menyebutnya sahaja sudah berat...sampai ada yg kata dakwah itu ekstrim...ya..beban dakwah itu berat...cukup berat...namun, rugilah kita jika kita tidak bersama memikulnya...kerana ayat cinta dariNya sangat jelas...subhanallah..[As-Saff 61: 10-11]
tadabburlah ayat2 cintaNya dan yakinilah...janjiNya BENAR....

Ramadhan.......Syawal.....10 Syawal, Hari lahir.....

Kurniaan peluang tarbiyyah terhebat dariNya...masa latihan sudah pun tamat selama sebulan...sekarang masanya utk ujian, mujahadah dan sebagainya...

Ya Allah...tetapkan langkahku di jalanMu...Redhailah daku...

Sunday, August 22, 2010

Jalan ini...


Jalan mana yang kita pilih???

Ini jalan penuh serius...

Tulisan ini peringatan buat diri serta saudaraku yang berada di jalan ini...jalan ini penuh serius...memerlukan orang yang serius bekerja...kadangkala kaki ini lemah longlai melangkah...namun merenung kembali kisah MEREKA...buat saya termenung seketika, berfikir...di mana dan sejauh mana usahaku??? Hanya sedikit langkah sudah letih tidak terdaya...Cuma sedikit dugaan sudah merungut...Ya Allah, ampunilah daku...

Buat diri dan saudaraku,
Cuba kita hadirkan pemandangan ketinggian gua tsur, yang mnjadi persembunyian Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar Shiddiq r.a. Cuba teliti begaimana susah payah yang menghajatkan keseriusan begitu tiggi dari Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya dalam memperjuangkan dakwah Islam ini dahulu.

Memperjuangkan dakwah islam, tentu sama dengan meniti jalan yang sudah Rasulullah s.a.w. Dan jalan ini sejak dahulunya, sifat nya sama iaitu memiliki sifat serius dan sangat jauh dari sikap santai. Dan kerana sifat itu, Rasulullah s.a.w dan para sahabat memahaminya dan menyebarkan islam. Dan kerana itu juga, tinta sejarah membuktikan banyak peristiwa besar yang luar biasa dari sisi kemanusiaan. Cita-cita dan keinginan mereka sangat tinggi.

Saudaraku,
Lihatlah seorang guru besar dakwah, Imam Hasan Al Banna rahimahullah, mempunyai catatan kehidupan yang begitu memukau. Penulisannya telah membentuk fondasi sebuah gerakan dakwah bernama Al ikhwan Al Muslimun hanya setelah ia tinggal 6 bulan di Ismailiyah, salah satu distrik kota Kairo, Mesir. Setelah 15 tahun, Al Banna telah melebarkan sayap dakwahnya dengan membentuk sayap Al Ikhwan di 20 negara. Di Kota Kairo sendiri, ia mendirikan fondasi pembentukan 2000 cabang Al Ikhwan. Dan kini, dakwah yang disebarkan melalui organisasi Al Ikhwan Al Muslimun, telah berdiri di lebih dari 90 negara dunia.

Lihatlah bagaimana Syaikh Ahmad Yasin rahimahullah. Seorang tua yang lumpuh hampir seluruh tubuhnya dalam waktu yang lama. Tapi ia berhasil memunculkan kebangkitan islam luar biasa yan menggetarkan penjajah zionis Israel di Palestin. Syaikh Ahmad Yasin, selalu berjuang tanpa henti membela Palestin sehingga Allah menghadiahkan mati syahid untuknya. Tentang Syaikh Ahmad Yasin, orang-orang menyebutnya dengan rangkaian kalimat: “ Syaikh yang lumpuh. Pembangkit kesedaran umat. Peraih mati syahid. Tapi kini banyak orang yang sihat namun semangatnya lumpuh?”

Saudaraku,
Banyak pengajaran yang boleh kita petik dari kehidupan para juru dakwah yang luar biasa ini. Berfikirlah saudaraku, tentang prestasi besar yang telah mereka capai dalam kehidupan mereka. Renungkan kehidupan orang-orang besar seperti mereka. Lalu, renungkanlah bagaimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat memperjuangkan agama ini melalui masa yang peringkat kesulitan berlipat dari saat ini. Tapi dengan titis peluh dan darah pengorbanan yang mereka berikan itulah, islam sampai kepada kita.

Berfikirlah saudaraku,
Ada sesuatu yang sangat penting dalam kamus hidup mereka, yakni tidak ada istilah “tidak mungkin” untuk mencapai sesuatu. Dalam prinsip jiwa mereka, tak ada kata “mustahil”, utk menggapai keinginan. Kekuatan itu turut ada pada diri kita. Kita harus ada keberanian untuk melakukan perubahan. Segala perubahan harus dimulakan dengan langkah pertama yang sangat sederhana diucapkan, iaitu “ubahlah dan baiki dirimu”.



Lanjutkan perjalanan menuju Allah s.w.t ini. Jangan sibuk oleh kekurangan dan keterbatasan dengan mengabaikan limpahan kelebihan dan keluasan. Kita pasti masih mempunyai kekuatan dan kemampuan yang luar biasa.


jalan ini penuh serius...sangat jauh dari santai...

Monday, August 16, 2010

Man laa yarham laa yurham..

Memberi Kasih Sayang....
Rasulullah saw. sangat penyayang terhadap anak-anak, baik terhadap keturunan beliau sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. mencium Hasan bin Ali dan didekatnya ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi sedang duduk. Ia kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh orang anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah saw. segera memandang kepadanya dan berkata,
“Man laa yarham laa yurham, barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.” (HR. Bukhari di Kitab Adab, hadits nombor 5538).

Bahkan dalam shalat pun Rasulullah saw. tidak melarang anak-anak dekat dengan beliau. Hal ini kita dapat dari cerita Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah saw. mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash –anak Zainab, putri Rasulullah saw.—Beliau meletakkannya di atas bahunya. Beliau kemudian shalat dan ketika rukuk, Beliau meletakkannya dan saat bangkit dari sujud, Beliau mengangkat kembali.” (HR. Muslim dalam Kitab Masajid wa Mawadhi’ush Shalah, hadits nombor 840).

Peristiwa itu bukan kejadian satu-satunya yang dirakam dalam sejarah. Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan dari ayahnya bahwa, “Ketika waktu datang shalat Isya, Rasulullah saw. datang sambil membawa Hasan dan Husain. Beliau kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya. Beliau kemudian takbir untuk shalat. Ketika sujud, Beliau pun memanjangkan sujudnya. Ayahku berkata, ‘Saya kemudian mengangkat kepalaku dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah saw. yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.’ Setelah selesai shalat, orang-orang pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira telah terjadi sebuha peristiwa besar, atau telah turun wahyu kepadamu.’ Beliau kemudian berkata, ‘Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bersenang-senang denganku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.” (HR. An-Nasai dalam Kitab At-Thathbiq, hadits nombor 1129).

Usamah bin Zaid ketika masih kecil punya kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah saw. “Rasulullah saw. pernah mengambil dan mendudukkanku di atas pahanya, dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua, dan berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah keduanya, karena sesungguhnya aku mengasihi keduanya.’” (HR. Bukhari dalam Kitab Adab, hadits nombor 5544).

Begitulah Rasulullah saw. bersikap kepada anak-anak. Secara halus Beliau mengajarkan kepada kita untuk memperhatikan anak-anaknya. Beliau juga mencontohkan dalam praktik bagaimana bersikap kepada anak dengan penuh cinta, kasih, dan kelemah-lembutan.

Memuliakan Anak-anak

Anak-anak dimuliakan dengan mencarikan bakal ibu mereka dari kalangan perempuan yang solehah, serta memberikan nama mereka dengan nama-nama yang baik serta mengajarkan amali Islam kepadanya.

Seorang lelaki penah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kedurhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil putra orang tua itu dan menghardiknya atas kedurhakaannya. Tidak lama kemudan anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sang anak memiliki hak atas orang tuanya?”“Betul,” jawab Umar.“Apakah hak sang anak?”“Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya Al-Qur’an,” jawab Umar.“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; ia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an,” kata anak itu.Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kedurhakaan anakmu, padahal engkau telah durhaka kepadanya sebelum ia mendurhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.”

Rasulullah saw. sangat menekankan agar kita memberi nama yang baik kepada anak-anak kita. Abu Darda’ meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.” (HR. Abu Dawud dalam Kitab Adab, hadits nombor 4297).

Karena itu Rasulullah saw. kerap mengganti nama seseorang yang bermakna jelek dengan nama baru yang baik. Atau, mengganti julukan-julukan yang buruk kepada seseorang dengan julukan yang baik dan bermakna positif. Misalnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk). Rasulullah saw. memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.

Jadi, adalah sebuah bentuk kejahatan bila kita memberi dan memanggil anak kita dengan sebutan yang buruk lagi dan bermakna menghinakan dirinya.

Berlaku adil kepada semua anak-anak

Berlaku adil kepada semua anak-anak akan menumbuhkan kasih sayang diantara mereka serta merapatkan silaturahim di kalangan mereka. Sifat ini akan dapat mengelakkan serta menghapuskan rasa permusuhan, kedengkian dan irihati di antara mereka.

Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebagian hartanya untukku. Ibuku –’Amrah binti Rawahah—kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehinggi menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah saw. sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku. Rasulullah saw. berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’ Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah saw. berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.” (HR. Muslim dalam Kitab Al-Hibaat, hadits nombor 3055).

Puncak kezaliman kepada anak apabila ibu bapa gagal untuk menzahirkan rasa cinta dan sayangnya kepada anak-anak yang dilahirkan dengan sifat-sifat serba kekurangan seperti kurang cantik, kurang pandai, atau cacat anggota tubuhnya. Walhal segala kekurangan yang ada pada diri mereka merupakan takdir dan iradah dari Allah SWT, jadi setiap keterbatasan itu sewajarnya menjadi pendorong dan pemacu kepada ibu bapa untuk lebih kasih, lebih sayang dan lebih menyintai mereka serta membantunya.Rasulullah saw. bersabda, “Rahimallahu waalidan a’aana waladahu ‘ala birrihi, semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya di atas kebaikan.” (HR. Ibnu Hibban)

Sentiasa mendoakan kebaikan bagi si anak

Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tsalatsatu da’awaatin mustajaabaatun: da’watu al-muzhluumi, da’watu al-musaafiri, da’watu waalidin ‘ala walidihi; Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadits nombor 1828) Ibu bapa yang setiap hari mengeluarkan perkataan sumpah seranah, maki hamun dan melaknat anak-anak adalah ibu bapa yang paling bodoh kerana ia merupakan satu bentuk doa. Dan setiap doa buruk dari ibu bapa akan dikabul Allah dalam bentuk hukuman ke atas anak itu.

Seseorang perempuan pernah mengadukan perihal kederhakaan puteranya kepada Abdullah bin Mubarak. Abdullah bertanya kepada orang itu, “Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu menjawab, “Ya.” Abdullah bin Mubarak berkata, “Engkau telah merusaknya.”

Doa buruk bagi anak adalah bentuk kejahatan yang akan menambah rosak si anak yang sebelumnya sudah durhaka kepada orang tuanya.Memberi pendidikan yang baik kepada anak

Ada syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu bukanlah anak yang telah ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina. Sesungguhnya anak yatim itu adalah yang tidak dapat dekat dengan ibunya yang selalu menghindar darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu bagi anaknya.”

Perhatian.

Itulah kata kuncinya. Dan bentuk perhatian yang tertinggi orang tua kepada anaknya adalah memberikan pendidikan yang baik. Tidak memberikan pendidikan yang baik dan maksimum adalah bentuk kecuaian orang tua terhadap anak. Dan segala kejahatan pasti berbuah ancaman yang buruk bagi pelakunya.

Perintah untuk mendidik anak adalah bentuk realisasi iman. Perintah ini diberikan secara umum kepada kepala rumah tangga tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kelas sosial. Setiap ayah wajib memberikan pendidikan kepada anaknya tentang agamanya dan memberi keterampilan untuk bisa mandiri dalam menjalani hidupnya kelak. Jadi, berilah pendidikan yang bisa mengantarkan si anak hidup bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Perintah ini diberikan Allah swt. dalam bentuk umum. “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6)

Adalah satu bentuk kecuaian terhadap anak jika ibu bapa tenggelam dalam kesibukan, sehingga lupa mengajarkan anaknya cara shalat. Meskipun kesibukan itu adalah mencari rezeki yang digunakan untuk menafkahi anak-anaknya. Jika ibu bapa berlaku seperti ini, keduanya telah melanggar perintah Allah di surat Thaha ayat 132. “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Rasulullah saw. bersabda, “Ajarilah anak-anakmu shalat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan shalat) pada usaia sepuluh tahun.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Shalah, hadits nombor 372).

Ketahuilah, tidak ada pemberian yang baik dari orang tua kepada anaknya, selain memberi pendidikan yang baik. Begitu hadits dari Ayyub bin Musa yang berasal dari ayahnya dan ayahnya mendapat dari kakeknya bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Maa nahala waalidun waladan min nahlin afdhala min adabin hasanin, tak ada yang lebih utama yang diberikan orang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadits nombor 1875. Tirmidzi berkata, “Ini hadits mursal.”)

Saidina Ali ra pernah berpesan: “Hendaklah kamu bermain dengan anak kamu pada 7 tahun yang pertama, kemudian pada 7 tahun yang kedua hendaklah kamu mendidik anak kamu, kemudian pada 7 tahun yang ketiga hendaklah kamu bersahabat dengan anak kamu, selepas itu barulah kamu biarkan anak kamu”

Rujukan: http://www.dakwatuna.com/,http://www.iluvislam.com/

Thursday, August 12, 2010

nasihat buat diri...

Luqman Al- Hakim telah menasihatkan anaknya: "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah drpd pustaka para nabi sebagai pedoman hidup".

1) Apa bila engkau sedang solat jagalah fikiranmu.

2) Apabila engkau berada di rumah orang , jagalah matamu

3) Apabi la kamu berada di tengah2 majlis, jagalah baik2 lidahmu.

4) Apabila kamu hadir dalam jamuan makan, jagalah baik2 perangaimu

5) Ingatlah selalu kepada Allah

6) Selalulah ingat mati dan bersedia untuk menghadapinya

7 ) Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain

8) Lupakan lah semua kesalahan orang lain terhadapmu "

Monday, July 19, 2010

* Ingat-ingatlah nikmat kasih sayang ini...*

Kemanisan iman & nikmat kasih sayang Allah tiada bandingan...


Assalamualaikum...
Lama betul saya x menulis apa2 d blog...banyak yg nak ditulis, tapi masa x mengizinkan...
insyaAllah kesempatan saat ini saya gunakan utk mencoret sesuatu...

Kenapa saya tetiba nak berbicara tentang kasih sayang?nikmat kasih sayang??sebab nikmat ini jarang disyukuri ketika sesuatu itu ada dan tidak tahu dari mana agaknya...

Ingat-ingatlah nikmat kasih sayang ini sebab Allah berfirman,

" Jika kalian bersyukur sungguh akan Kita tambah (nikmat) atas kalian. Dan jika kalian kufur, sesungguhnya azab ku sangat pedih."


InsyaAllah sesama kita renung perjalanan kita ni, sekarang, di sini...
ternyata Allah s.w.t telah menuntun langkah dan hati kita sampai ke jalan ini...
bersama sahabat di jalan dakwah...berukhuwwah...
bertemu dengan org yg setidaknya memiliki keinginan utk lebih baik dan ingin dekat dgn Allah 'azza wa jalla...ingin berjuang utk umat, ingin kebaikan utk masyarakat...
mereka bukan orang yang telah baik, juga bukan orang yang pasti baik dan soleh...
mereka hanya orang yang setidaknya ingin suatu kebaikan, sebagaimana kita yg bukan org yg sudah baik, apalagi pasti baik...

Alhamdulillah, kita berjumpa org yg ada kejauhan orientasi hidup, punya cita-cita, pandangan hidup menembusi dunia dan akhirat....
kita dipertemukan Allah...
kita dihantar oleh Allah utk berada di antara org yg mahu berkorban utk kebahagiaan saudaranya...
kita ditunjukkan oleh Allah utk bergabung bersama dalam kafilah dakwah, yg terdiri dr org yg ingin ketaatan bertambah kepada Allah...
hidup telah disibukkan sebahagiannya, dan kegiatan taat, berdakwah, ajak org lain, memberi dan memberi, berkorban dan merancang kehidupan umat islam yg lbh baik...



Saudaraku,
hitunglah terus nikmat2 Allah itu,
kita, benar2 telah disibukkan oleh banyak kegiatan baik, soleh, bermanfaat, yg taat dan bernilai di sisi Allah dan di sisi manusia.


Sekarang, fikirkan tentang sebaliknya..
jika Allah tida menuntun kita, langkah dan hati kita utk ada di sini...
dimana agaknya kita...jika kita tidak berada di medan ini...
jika hingga saat ini, kita belum bertemu dgn org seperti mereka...
jika hati dan fikiran kita belum memasuki berita2 keimanan, keyakinan kepada Allah, Rasulullah s.a.w, kepad islam sebagai pedoman...
jika sampai sekarang belum diarahkan Allah utk berjumpa dgn kehidupan yang lebh dekat kepada Allah...
x bertemu dgn kumpulan yg mengajak ke arah menata kehidupan di dunia dan akhirat, tapi hanya bertemu dgn org yg berorientasi semata2 dunia...
jika x bertemu dgn org yg rela berkorban dan memberi utk org lain, tapi hanya mahu lebih banyak...memikirkan diri sendiri dan keluarga, x berada dengan golongan dakwah dan org yg ingin lbh taat...

Apa yg terjadi pd diri kita dalam kondisi kenikmatan2 itu tidak ada??? sedang apa kita sekarang??

INILAH KITA, di antara limpahan kasih sayang Allah yg x pernah ada habisnya...

" Jika kalian bersyukur sungguh akan Kita tambah (nikmat) atas kalian. Dan jika kalian kufur, sesungguhnya azab ku sangat pedih. "