Tuesday, June 15, 2010

- usahamu & HIDAYAH ALLAH -

Sejauh mana usahamu???

Wahai sahabat-sahabatku sekalian,
Pertama sekali marilah kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T, kerana dengan Izin, Rahmat, Limpahan Kasih Sayang ,Taufiq dan Inayah serta dengan perlindungan daripadanya dapat lagi kita merasai setiap inci nikmat yang dikurniakan olehNya lebih-lebih lagi dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam uyang masih lagi lagi utuh dan kukuh dalam diri kita

DAMPINGILAH ALLAH

Bismillah, Alhamdulillah, Assalatu wasssalam 'ala Rasulillah....

Wahai sahabat-sahabatku sekalian,
Pertama sekali marilah kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T, kerana dengan Izin, Rahmat, Limpahan Kasih Sayang , Taufiq dan Inayah serta dengan perlindungan daripadanya dapat lagi kita merasai setiap inci nikmat yang dikurniakan olehNya lebih-lebih lagi dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam uyang masih lagi lagi utuh dan kukuh dalam diri kita. Allahu Akbar..sesungguhnya nikmatmu Ya Allah amat-amat besar serta tidak ternilai harganya. Jesteru itu wahai sahabat seperjuanganku, marilah kita sentiasa bermohon kepada Allah agar kita semua sentiasa dikurniakan hidayah, takwa , kemurnian akhlak dan yang paling penting dikekalkan kita dalam agama Islam Rahmatillah, serta diperteguhkan iman. Semoga kita ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh...Amin Ya Robbil ' Alamin.

Wahai rakan seperjuangku,
Dengan berlalunya masa, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa pemuda dan pemudi merupakan tunggak pembangunan sesuatu umat. Merekalah rahsia keutuhannya. Ia sahabatku...itulah kita. Pemuda yang masih lagi kuat dan ampuh dari segi fizikal dan bijak dari segi mental. Mampu mengubah nasib dengan bantingan seluruh tenaga kita...dengan bantuan dan keizinan daripada Allah S.W.T. Kitalah sumber kejayaan.Semua ini akan tercapai selama mana kita mempunyai keimanan, keikhlasan, semangat, usaha dan bersedia untuk berkorban.

TETAPKANLAH MATLAMAT

Wahai rakanku yang dirahmati Allah...
Ketahuilah sesungguhnya kejayaan dan kemenangan yang ingin kamu capai bergantung kepada sejauh mana usaha, ketekunan dan kesabaran kamu menghadapinya. Maka kejar dan ebutlah ia tanpa ada rasa bosan dan malas. Oleh itu, janganlah sesekali kamu menangguhkan tugas itu hingga ke hari esok. Sematkanlah dalam hatimu bahawa Allah tidak akan mensia-siakan segala usaha baik yang kamu lakukan.

Satu perkara yang perlu kita sedar ialah , setiap kerja dan usaha kita adalah memerlukan ketekunan. Titisan- titisan keringat yang mengalir dapat mencipta sesuatu yang ajaib dan luar biasa. Kita tak tahu yang sebenarnya kita mempunyai kuasa dalaman yang luar biasa yang dapat ditujah keluar sehingga ia dapat menghasilkan sesuatu yang ajaib lagi menguntungkan, yang kita idam-idamkannya selama ini. Allahu Akhbar..Maha Suci Dikau Wahai Tuhanku. Ingatlah temanku, masa ialah kehidupan. Sedarlah tanggungjawab yang perlu kita tempoh adalah lebih banyak dari masa yang kita ada. Oleh itu, kita perlulah menggariskan matlamat secara jelas sehingga kita mampu untuk mencapainya. Sesuatu matlamat akan tercapai apabila ia mempunyai strategi dan program yang tepat.

DEKATILAH ALLAH

Rakanku,
Kamu perlulah sentiasa mempunyai hubungan yang intim dengan Allah, siang mahupun malam. Jangan sekali-kali kamu melupainya atau hilang dari fikiran kamu bahawa Ia sentiasa memerhatikanmu sama ada dalam keadaan nyata ataupun tersembunyi. Jadikanlah segala usahamu sebagai amalan mencari keredhaanNya,
bersangka baiklah terhadapNya, mintalah bantuan dariNya dan perbanyakkanlah zikir, doa dan beristighfar kepadaNya. Dirikanlah solat pada waktu-waktunya serbaik-baiknya di masjid atau di surau-surau. hiasikanlah akhlakmu dengan sifat pemaaf dan penyayang, lemah lembut dan berbelas kasihan.

KIBARKAN PANJI-PANJI ISLAM

Temanku, permata harapan agama dan bangsa ....Sempurnakanlah janji-janji keIslamanmu dan carilah kemuliaan melaluinya. Sesungguhnya, untuk mengibarkan panji-panji Iislam dan kalimah Islam memerlukan kepada 2 tunggak yang utama iaitu:
1.Perelokkanlah peribadimu
2.Serulah orang lain kepada Islam dengan penuh hikmah Lihatlah manhaj Rasullullah ( S.A.W ) dalam dakwahnya yang sarat dengan panduan dan ikutan untuk kita umatnya. Sebagaimana firman Allah yang bermksud :
" Sesungguhnya bagi kamu semua pada peribadi Rasullullah ikutan yang baik bagi mereka yang berharapkan Allah dan hari akhirat dan banyak mengingati Allah."

Sesungguhnya dakwah memerlukn kamu. Sebagaimana kamu memerlukan dakwah. Oleh itu berikanlah hasil titik peluh dan usahamu kepada dakwah Islam. Siapa tidak mengenali Usamah bin Zaid dan Muhammad al-Fateh. Walaupun dalam usia yang muda, mereka tetap ikhlas memperjuangkan Islam.

UMAT MEMERLUKAN PENGORBANANMU

Wahai pemuda penegak kebenaran...
Jadilah penebus kepada tanahairmu. Cintailah ia sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri. Ini kerana sayangkan negara adalah sebahagian daripada iman. Ingatlah sistem yang mencengkam umat Islam kini merupakan kekangan dan rantai penghalang umat Islam dari maju melangkah. Maka mengislahkan seluruh sistem kehidupan merupakan jalan penebusnya. Ia memerlukan kesabaran, kesatuan dan ketakwaan kepada Allah. Jangan sekali-kali kamu berputus asa dan lemah dalam rintangan yang kamu lalui. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu gundah gulana sesungguhnya kamu ialah golongan yang tertinggi(darjatnya) jika kamu benar-benar beriman" [Ali-Imran: 139]

ISU UMAT ISLAM KINI

Wahai sahabat seperjuangku,
Sedarlah bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam yang besar. Seluruh umat Islam wajiblah bersatu dan mencurahkan segala usaha untuk membebaskannya dari cengkaman Israel. Israel cuba menelannya serta menghancurkannya agar ia hilang dari mata dan fikiran umat Islam. Ingatlah, Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat ini adalah tanah suci yang sedang dicemari oleh jejak-jejak kaki yahudi Laknatullah.

SERANGAN GLOBALISASI

Wahai pemuda Islam....
Sesungguhnya dunia ketika ini bagaikan berada dalam lautan bergelora. Saban ketika ia dilambung ombak peperangan dan pertelingkahan, permusuhan dan perseteruan. Kuasa-kuasa besar yang digerakkan oleh samseng matawang Yahudi cuba menguasai ekonomi, politik, kebudayaan dan ideologi dunia. Mereka menyerang dari segenap penjuru dalam pelbagai warna dan rupa, cara dan pendekatan. Semata-mata untuk menghapuskan dan jati diri umat ini.

Maka bersedialah kamu terhadap ancaman yang menyerang diri,keluarga,masyarakat dan negara. Ia merupakan serangan terhadap Islam dan penganutnya. Peperangan ini menggunakan segala strategi dan teknik peperangan, fizikal dan spiritual. Oleh itu kita semua mesti mengambil segala punca sebab yang boleh memaju dan meninggikan umat ini dalam segala bidang dan paling utama ialah keterikatan kita terhadap Allah dan taliNya (Al-Quran dan as-Sunnah).

Akhir kalam, sentiasalah kita berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk berhadapan dengan segala bentuk ftnah, mehnah dan tribulasi. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung dan sebaik-baik tempat meminta pertolongan.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
[At-Taubah : 11]
Ikhlas Dari kami,

ikhwah UPM

p/s: saya terbaca tazkirah ini,jd saya copy paste...moga bermanfaat buat saya n juga semua...

No comments: