Kali ini ana postkan emel dr seorang sahabat as tazkirah buat ana dan semua...sangat terkesan, menyentuh hati dan rasa diketuk2...insyaAllah, bersama bermuhasabah dan hisab diri masing2 utk diperbaiki...sebelum kita dijemput ke 'sana' dan dihisab di 'sana' apabila bertemu dan berada di hadapan Allah 'azza wa jalla...ketika itu, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala sesuatu yang telah kita lakukan...Astaghfirullah...
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,
Ikhwah dan akhawat yang ana kasihi sekalian..
Moga-moga dengan peristiwa yang berlaku, yang sangat hampir dengan kita, yang sentiasa membuatkan kita ternanti-nanti perkembangannya, membuatkan kita semua menjadi rindu kepada syahid fi sabilillah. Sama-samalah kita mendo'akan diri kita dan sahabat-sahabat menjadi insan-insan yang Allah pilih untuk bersama para syuhada', ahli syurga Allah. Rugilah diri kita seandainya kita merasakan kepayahan untuk berjihad, bilamana kita mencintai dunia dan seisinya lebih daripada cintakan Allah dan RasulNya serta berjuang untuk agamaNya.
Menyelusuri surah at-Taubah [9:20-22],
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih Tinggi derajatnya di sisi Allah; dan Itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripadanya, keridhaan dan surga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal, Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar."
Dalam satu ayat kemudiannya [9:24],
"Katakanlah: Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan KeputusanNya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."
Ikhwah dan Akhawat yang ana kasihi dan hormati,
Seandainya kita belum diberi peluang untuk berjihad seperti barisan mujahideen tersebut, masih ada banyak ruang dan peluang untuk kita zahirkan mujahadah kita.
1. Jadikanlah Allah, Rasul dan orang-orang beriman sebagai teman setia kita [9:16]
2. Mujahadah untuk istiqamah beramal - qiamullail, banyakkan amalan sunat; Ana suka untuk ulang kata-kata ini, kita sering melaung-laungkan, syurga adalah destinasi kita, tapi, adakah kita sebenarnya beramal dengan amalan ahli syurga? Lihatlah kehidupan sahabat yang Allah janjikan syurga buat mereka, cerminlah diri kita, letakkan kita di sebelahnya, adakah ada sekurang-kurangnya 1% persamaan syakhsiyah kita dengan mereka? Di sudut manakah dalam kehidupan kita yang menggambarkan, ini adalah peribadi ahli syurga..? Tutur kata kita, pergaulan kita, penampilan kita, akhlak kita, dan semuanya..
Akhir sekali, ana menyeru ikhwah dan akhawat sekalian dan diri ana sendiri terutamanya, mari kita semak semula amalan berbelanja kita.. Kita mungkin tidak mampu menyumbang ribuan wang ke sana, namun, kita mungkin secara tidak sedar menyumbang barang sesen pun kepada ekonomi musuh kita.Alhamdulillah, peristiwa ini secara peribadi memberi ana sentakan untuk lebih berhati-hati berbelanja. Bukan sahaja dalam memilih produk barangan, tetapi juga dalam mengeluarkan duit walau sekecil mana pun untuk apa-apa jua perbelanjaan. Ingin berbelanja lebih, ingatlah saudara kita di sana. Ingin bermewahan dengan pakaian kita, mereka di sana sehelai sepinggang.
Ikhwah akhawat sekalian, mereka mungkin hidup dalam serba kekurangan, tapi jika dibandingkan dalam aspek amal ibadah, boleh jadi kita yang hidup dalam serba kekurangan mengingati Allah! Mari sama-sama kita melancarkan jihad bermula dengan diri sendiri. Moga-moga Allah terima usaha kita yang sangat kecil ini.Hiduplah dengan kehidupan yang mulia agar mati syahid menjadi cita-cita kita!
Salam mujahadah,
'Abidah Ali
Multimedia University, Cyberjaya
p/s: emel dr sahabat saya, 'Abidah Ali.
No comments:
Post a Comment