Thursday, June 10, 2010

* Agenda Hidup Muslim *

Keimanan & keislaman ibarat tanaman...perlu sentiasa disiram dan dirawat...


Maha Besar Allah yang menjadikan kita sebagai makhluk yang mulia. Maha Suci Allah yang mentakdirkan kita sebagai orang Islam. Keislaman kita adalah anugerah Allah yang begitu besar dalam hidup ini. Harta, takhta ataupun apa sahaja yang kita miliki pada masa ini tidak memberi apa-apa makna apabila kita tidak memperoleh anugerah Islam. Seluruh amalan orang-orang yang tidak beriman dan bukan islam adalah sia-sia. Bersyukurlah kita kepadanya dengan sebaik-baiknya.
Suatu petang, saya membaca majalah Solusi, terbaca di bahagian RESPON, kisah seorang mualaf, yang berusaha mempelajari agama barunya...MasyaAllah...menitis air mata membaca kisah dia bersungguh2 mencari dan berusaha...kerana dia tidak tahu...tapi saudara muslim sekalian, adakah kita sudah tahu tentang islam???carilah dan usahalah sepertimana dia....

Seseorang yang terus berusaha memelihara dan meningkatkan kualiti seorang Muslim adalah seorang yang beruntung. Allah menyediakan Quran sebagai pedoman hidup bagi orang beriman. Selain itu, Allah juga mengutuskan Rasul yang mulia sebagai contoh terbaik bagi beribadah kepada Allah.
Bagaimanakah cara keislaman ini dapat dipelihara ini dapat dipelihara dan kualitinya dapat dipertingkatkan?

Bagi memelihara dan meningkatkan kemuliaan kita dari semasa ke semasa, kita perlu memiliki agenda hidup yang baik. Seorang Muslim perlu merancang kehidupan hariannya. Keimanan dan keislaman itu bagaikan tanaman. Apabila tanaman sentiasa disiram dan dirawat dengan baik, ia pasti tumbuh dengan subur. Oleh itu, agenda hidup kita perlu dirancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat memelihara keimanan dan keislaman kita.
p/s: peringatan buat diri juga. mode: perbaiki diri...

No comments: