FREE Palestine
Selepas menulis post semalam, saya berfikir sejenak...post semalam pasal makanan, teringat saudara2 kita di Palestin...apakah yang mereka makan??bukan itu sahaja yang harus difikirkan...malahan lebih lagi...mungkin mereka tidak makan, berpuasa berhari-hari...dan tidak putus2 berdoa kepada Allah 'azza wa jalla...masyaAllah...bagaimana dgn kita???
astaghfirullah...lekanya saya...
Tika penduduk dunia specifiknya penduduk Malaysia menjalani kehidupan normal...ada yang sentiasa ingat akan saudara2 di sana, ada juga yang bermusim mengingati mereka, ada yg menyalahkan pihak yang 'patut' membantu, ada juga seronok bersuka ria tanpa tahu apa yang terjadi...
Bukan mengaibkan sesiapa...saya juga insan yang lemah dan sedang belajar...saya pernah bersembang dengan beberapa orang rakan...kami berbual berkaitan Palestin...tujuan saya bukan mencari kelemahan mereka, tapi ingin berkongsi ilmu dan ingin membuka minda dr perbualan itu...mereka bertanya sejak bila Palestin diperangi?Israel tu siapa?saya pun bercerita...internet di depan kami saya manfaatkan, saya pun menekan keyboard menunjukkan peta Palestin dan maklumat2 tentang Palestin...kawan2 saya terkejut...mereka tidak tahu sebegitu rupa kekejaman Zionis...tanpa segan silu menceroboh tanah air orang lain sejak sekian lama...saya kaitkan dengan Malaysia...apa yg harus kita lakukan??kenapa ada umat islam di Malaysia tidak sensitif langsung??mereka turut berfikir...masyaAllah...saya seronok dgn perbualan kami...kerana kawan2 saya memberi respon dan pendapat yang bernas, sedikit sebanyak membuka minda saya dan mereka...
1946 hingga sekarang...2010
Turut diakui remaja sekarang leka dan terpedaya dengan jajahan minda Yahudi...ramai di kalangan remaja sekarang lebih suka berfikir perkara2 kecil dan tidak ambil kisah tentang perkara2 besar.. apalah gunanya segulug ijazah kita, jika kita sendiri tidak bermanfaat kepada agama dan dunia...pacukan doa dengan sangat utk menjadi orang yang bermanfaat kpd org lain, agama, d dunia n akhirat...insyaAllah...
p/s: peringatan buat diri, menulislah apa pun yang boleh membuatkan dirimu sentiasa beringat dan meningatkan yang lain...insyaAllah...
No comments:
Post a Comment