Wednesday, March 24, 2010

- Hiasi Percakapanmu -


Percayalah...diam itu emas...

Semoga Allah yang Maha Agung menolong kita supaya setiap perkataan yang kita ucapkan adalah baik. Sesungguhnya berbicara itu mudah, tetapi adalah berat bagi melaksanakannya..
As muslim, kita hendaklah memastikan kata-kata yang diucapkan adalah benar-benar baik. Apabila kita tidak yakin dapat mengeluarkan kata-kata yang baik, berdiam diri adalah lebih baik.Berkata yang baik itu tentu lebih bermanfaat apabila dibandingkan dgn berdiam diri. Tetapi, menghindari akibat daripada perkataan yang kurang baik lebih bermanfaat drpd memaksa diri berbicara yang mengakibatkan sesuatu yg buruk kepada diri sendiri mahupun org lain.

Ruginya kita menghabiskan masa berbicara berkaitan perkara2 yang tidak penting. kdg2 tidak mampu memastikan samada topik itu bermanfaat atau tidak. Paling malang sekali, kita tidak berdaya menghindar diri drpd perbualan yang berbaur fitnah, umpatan dan permusuhan.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan utk menjaga lidah kita supaya sentiasa berbicara mengenai perkara yang bermanfaat.

Ada baiknya kiranya kita memahami kelebihan orang lain dalam berbicara. Ada 4 jenis perkataan, iaitu:

Perkataan yang bijak
Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingga setiap orang yang mendengar berasakan manfaat drpd kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yg mendengarnya. Kata-kata org bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya org yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah drpd percakapan itu.

Perkataan orang biasa
Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yg dilihat dijadikan cerita ataupun alasan. Waktu yang digunakan bagi berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama dua jam digunakan bagi berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip dan isu serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya. Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu, zikir, adalah orang biasa. orang yang membiarkan waktu berlalu dgn begitu saja. Orang itu berada dalam kerugian.

Perkataan orang yang martabatnya rendah
berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapannya. Dia selalu mencari kekurangan benda di sekelilingnya. Apabila makan bersungut, " Sayang makanan ini kurang panas". Apabila sudah dipanaskan, " Kurang garam pula". dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.

Perkataan orang yang dangkal
Setiap perkataannya kosong. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri. orang yang begini, mahu dirinya dihargai oleh masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukannya. orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.

Semoga Allah yang Maha Mendengar meletakkan kita di kalangan orang yang berasa dirinya sentiasa hampir dengan Allah. pembohongan terjadi kerana orang merasakan tiada yang mendengar percakapannya. Kita tidak perlu kata2 indah, apa yang kita perlukan adalah kata2 yang dapat dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Mari kita renung kata-kata ini. Percayalah, diam itu emas. Orang yang sanggup memelihara lidahnya lebih hebat berbanding dengan orang yang suka menghamburkan kata-kata, tetapi kosong dan tidak bermakna. Sentiasa berusaha supaya setiap perkataan yg kita ungkapkan benar-benar bersih drpd perkara2 buruk yang tiada ertinya. Muhasabahlah diri kita selalu, di mana, bila dan dengan siapa kita berbicara supaya setiap perkataan yang terucap benar-benar bernilai dan tinggi maknanya.

Dalam sebuah hadith ada yang menyatakan Nabi Muahammad s.a.w berkata, " Keselamatan manusia terletak pada lisan yang terpelihara."

Muslim berkata, " Sesungguhnya Muslim adalah yang saudaranya selamat drpd gangguan lisan dan tangannya."

Muslim juga pernah mengatakan, " Maka berkatalah yg baik ataupun berdiam sahaja."

Allah menjelaskan dalam Al Quran Surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud,

" Siapakah yang lebih baik perkataannya drpd org yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang2 yang menyerah diri'."
Rujukan : Menjadi MUSLIM Terbaik, Aa Gym

2 comments:

suhana_nur said...

Slm wbt sahabatku,

Terima kasih atas ingatan ini.
Ingin benar menjadi seorng yg bijak.

FAREHAH ZAINAL said...

wslm ya sodiqoti,

sesama..peringatan buat dri jg...
sesama jd seorang yg bijak...

syukran wa jzkk atas sokongan nti... :)