Thursday, December 31, 2009

* 1431 & 2010 *

Assalamualaikum...
Pagi 1 jan 2010,pc di on, saya sedang mengemaskini folder2 di dalam pendrive...terjumpa 1 artikel dan ingin saya kongsikan kisah ini yang dah lama saya baca dr seorang saudara seaqidah, ttp tidak tahu namanya jauh sekali pernah bersua...kisah ini menyentuh hati kecil saya dan menitiskan air mata..dan saya kira, ia sesuai utk bacaan semua bg memuhasabah diri dan jg menguatkan azam semua pd Maal Hijrah ini, 1431 dan Tahun Baru 2010...

Salam Maal Hijrah buat semua. Hari ini mengingatkan kita bahawa usia kita telah pun berkurang sehari. Hari ini mengingatkan kita bahawa kematian itu begitu hampir. Adakah kita bersedia melaluinya pada bila-bila masa?

Sekadar untuk berkongsi cerita. Semalam Allah memberi saya peluang untuk mendengar pengisian berkenaan Maal Hijrah. Saya tidak mengenali penceramah dan tidak dapat menatap wajahnya kerana tirai yang memisahkan di antara lelaki dan perempuan. Namun, cukuplah untuk saya katakan bahawa peringatan tersebut amat bermanfaat untuk diri saya dan begitu terkesan di hati.

Penceramah tersebut bercerita mengenai pengalamannya sewaktu belajar di UK. Beliau bertemu dengan seorang pakar psikiatri terkenal di sana. Saya tidak pasti nama sebenar doktor tersebut. Samar-samar kedengaran namanya seperti Dr Mubayyan. Dr Mubayyan ini begitu fasih berbicara dalam bahasa Inggeris dan Arab. Dia pernah dihantar untuk mengetuai misi di Palestin bagi membantu mangsa-mangsa yang saban hari melalui keperitan peperangan.

Setibanya Dr Mubayyan di Palestin, dia ingin berehat di hotel. Saat dia melelapkan mata, kedengaran suara mengatakan, “Adakah kamu ke Palestin sejauh ini hanya untuk tidur?”. Lantas Dr Mubayyan ini bangun dari tidurnya dan pergi bersolat di Masjidil Aqsa.

Di Masjidil Aqsa, seusai solat, dia melihat segolongan manusia sedang berkerumun di satu tempat. Hatinya tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya mereka sedang mendengar ucapan dari Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dr Mubayyan memasang azam untuk bertemu dengan Sheikh Ahmad Yassin keesokan harinya.

Siapa Assyahid Sheikh Ahmad Yassin ini? Dia adalah seorang insan yang mana imannya begitu digeruni oleh Israel. Dia seorang yang lumpuh, tak mampu untuk menggerakkan dirinya sendiri tapi jasadnya ini begitu ingin dimamah oleh peluru berpandu Israel. Dia berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan kerusi roda yang perlu ditolak oleh pengikut ataupun anaknya. Tapi insan ini, namanya sahaja sudah cukup untuk menggentarkan kawan dan lawan.

Dia membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dari Mesir ke Palestin dan mengasaskan HAMAS. Dia mengetuai semangat jihad Palestin. Dia mengobarkan semangat pemuda-pemudaPalestin.


Keesokan harinya Dr Mubayyan dapat bertemu dengan Syeikh. Setelah memperkenalkan diri, Syeikh memintanya datang ke rumahnya selepas solat Subuh. Mereka akhirnya bertemu dan berdiskusi. Kata-kata Sheikh yang tidak dapat dilupakan oleh Dr Mubayyan adalah, “Aku bersedia untuk mati pada bila-bila masa sahaja. Aku bersedia untuk kematian”. Masya Allah, imannya membuatkan dirinya mengungkapkan kata-kata tersebut.
Dan pada 22 Mac 2004, seperti kebiasaannya sehari-hari, di hujung malam menjelang Subuh, Sheikh Ahmad Yassin khusyuk bermunajat untuk kemerdekaan Palestin. Dia tidak pernah membayangkan hari itu adalah hari yang telah lama diimpikan dan dirinduinya. Dalam keadaan bersih dan berwudhu’ itu, dia membaca beberapa lembar ayat Al Quran dan bermunajat kepada Allah untuk pembebasan Palestin dari cengkaman Israel.

Setelah itu, pemimpin Hamas yang lumpuh ini, dibantu oleh dua pembantunya menuju Masjid Mujamah Al Islami, sejauh 200 meter dari rumahnya.

Di masjid itu, Sheikh Yassin menunggu hingga azan subuh. Seusai menunaikan solatnya, para jama’ah seperti biasa, berkerumun untuk menyalaminya. Kemudian menanyakan tentang kesihatan beliau, seakan para jama’ah ingin mengucapkan salam perpisahan kepada pemuda yang tak pernah kenal menyerah kepada penjajah Zionis itu.

Ketika dua pembantunya menolong mendorong kerusi rodanya keluar, lalu kira-kira hanya berjarak 40 meter dari pintu masjid, sebuah helikopter Apache buatan AS menghujamkan 3 pelurunya ke arah tubuh yang lumpuh itu. Salah satunya tepat menimpa langsung ke tubuh Sheikh Yasin. Seketika itu juga Yasin menemui syahidnya, suatu momentum yang sesungguhnya telah lama dinanti-nanti oleh pemuda yang lumpuh seluruh tubuh itu.

Segera setelah pengeboman itu, sejumlah ambulans menghambur ke lokasi kejadian dengan membunyikan sirennya. Bunyi raungan siren lalu ditingkahi kesibukan para jama’ah masjid, semuanya menyatu di lokasi pengeboman. Tubuh Sheikh Yassin dan 8 jasad lainnya, serta cairan putih otak pemimpin spiritual Hamas itu, kelihatan tercecer di jalan.

Walaupun menderita lumpuh total seumur hidup (akibat kemalangan yang dialami pada masa kanak-kanaknya) , Sheikh Yasin telah mencurahkan seluruh hidupnya untuk membangkitkan perlawanan bangsa Palestin terhadap penjajah Zionis.

Dia memang tinggal jauh di Palestin, bahkan kini lebih jauh lagi (setelah dia menemui syahid), Sheikh Yasin sesungguhnya sangat dekat di hati seluruh kaum Muslimin dan Arab, serta para pejuang kebebasan di seluruh dunia. Selamat jalan wahai mujahid agung nan perkasa!

Masih terbayang-bayang detik-detik pemergian Assyahid. Saat itu, di Malaysia baru sahaja diumumkan keputusan pilihanraya. Keputusan yang menggoncang jiwa mereka yang berjuang di jalannya. Dan kesyahidan Assyahid seolah-olah memujuk hati, bahawa itulah Sunnah orang yang berjuang. Perjuangan Hamas tidak pernah padam dengan pemergian Assyahid malah semakin harum. Sewajarnya kita juga begitu.

Dan saat ini, kisah ini seolah-oleh menjadi peringatan yang bermanfaat buat saya. Bila Allah uji dengan sakit yang terlalu kecil, lebih kecil dari sebutir debu ujian yang pernah ditimpakan kepada Nabi Ayub, saya sudah mengeluh. Tidak mampu sabar menunggu doktor selama 5 jam. Tertinggal dua kelas sudah tertekan. Apabila terasa berat melakukan sesuatu, begitu mudah saya berputus asa. Tapi Assyahid, beliau begitu tabah mengharungi kehidupan meskipun dalam keadaan lumpuh. Beliau mampu mengobarkan semangat jihad insan lain. Mampu mengasaskan HAMAS dan mengukuhkannya. Dan dia menjadi insan yang dirindui oleh Rasulullah SAW.

Terharu rasanya mendengar kisah ini yang juga diceritakan oleh penceramah. Saya jumpai tulisan ini lewat maya. Di saat mana Rasulullah mengatakan dia merindui saudara-sauadaranya , suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas
Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Salam Maal Hijrah. Moga hari ini lebih baik dari semalam.




Monday, November 30, 2009

' ukhuwwah fillah '

Sahabat...saling berpaut kekuatan dariNya... (pic by farah2anim)

Kali ini saya nak cerita pasal seorang sahabat saya...terharu dan sangat gembira dibuatnya...sahabat yang saya kenal dgn rapat semasa di tahun 3 pengajian...rs rugi sbb agak terlambat...tapi manisnya bertemu dan bertaaruf kerana Allah..masa belajar dlu, km tggl di rumah sewa yang sama, "Yellow house"...alhamdulillah, Allah temukan saya dengan sahabat2 yang baik2 belaka akhlaknya dan sentiasa membantu dalam segala aspek (mmg sesama hadapi susah dan senang)...terima kasih Allah...kami serumah berusrah dengan kak lin (naqibah) semasa di tahun 3...seronok sangat bila 1 rumah sesama mentarbiyyah diri...alhamdulillah... :)

Rabu lepas, seorang sahabat saya datang ke rumah saya, nak beraya AidilAdha bersama...mak cik ani (ibu tercinta sahabat saya) sangat memahami kami...begitu juga ibu tercinta saya, turut memahami...mak bg green light...terima kasih mak...

mak cik ani bagi sahabat saya ni datang ke rumah saya sebab nanti if saya dah kahwin tak boleh la sahabat saya ni datang dan have a pillow talk...hehe...

masa kedatangan sahabat ni ke penang, saya masih bekerja (x mohon cuti lg)..petang lepas keja, saya ada usrah...bawa dia sekali, boleh la kenalkan pada naqibah saya di penang...mak cik latifah...ya Allah, ni lah saat yang dinanti...kami bertadarus bersama...masyaAllah...rindu sangat 'saat itu'..abis usrah, kami solat maghrib berjemaah di masjid usm...then have a dinner kt kedai...roti nan cheese...sedapkan ukhti??? :P

esoknya,khamis pn saya keja lagi, tp separuh hari ja...kesian sangat sebab kena tinggal kat rumah...selamat la ada adik perempuan saya di rumah,jadi la peneman sementara menunggu saya balik keja...lepas keja,pulang ke kampung...kami berpuasa sesama hari tu, then berbuka puasa di kampung...teringat zaman di rumah sewa, beli ja lauk atau masak ramai2...meriah sangat...berbuka di rumah terutama di kampung, lagi la meriah...meriah dengan kuih muih yang banyak...mak jang masak murtabak kegemaran sekeluarga termasuklah sahabat2 yellow house... :)
malam tu kami tidur di rumah baru keluarga saya...jadi sahabat ni adalah sahabat pertama yang datang n bermalam di rumah baru kami...hehe..yang lain jangan jeles...insyaAllah di kesempatan yang lain... :)

pagi jumaat, bergema takbir raya, dari TV serta sayup2 dari masjid berdekatan...ya Allah, bertemu lagi saya dengan Aidil adha...berbeza dengan tahun2 sebelum ini...tahun ni ada tetamu, seorang sahabat yang di kasihi kerana Allah...dan juga saya yang baru ingin memahami erti pengorbanan...ya Allah, terima kasih atas hidayahMu...

selepas solat sunat hr raya Aidil adha, kami ke rumah tok n tok wan sebelah mak, next ke rumah tok n tok wan sebelah ayah...petang tu, sahabat saya dah nk balik ke Klang...masa sangat pantas berlalu...tp kami manfaatkan masa yang ada dengan baik...mak dan saya hantar dia ke stesen bas...

sedih bercampur gembira...

petikan di fb:

"terima kasih ya sodiqoti...sbb sudi dtg jauh jumpa ana...mhn maaf slh slp n kekurangan ms nti kt umah ana...mntk maaf sgt2...tp ketahuilah wahai sahabatku hati ini sgt terharu... :)"

"Ana datang sebenarnya kerana rindu mendengar bacaan & hendak menumpang kekuatan che ah~ hidup ni kdg-kala sangat memenatkan..terima kasih atas layanan yang baik dan terlalu banyak makanan~ huhu---->musnah dietku..." (sempat buat lawak)

"hukhuk..sdih...tp gmbira...insyaAllah nnt jumpa lagi...sesama berpaut kekuatan drNya..."

Wednesday, November 25, 2009

' Wahai remaja beriman...'

Ketahuilah....
" akan ada dikalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu." (Muttafaq 'alaih)

indah kalam Rasul junjungan,
mengajar erti perjuangan,
perlukan keteguhan azam,
istiqamah tetap pendirian,
jangan mudah terhalang,
janji Allah pasti datang.

Islam itu tinggi,
tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
satu janji, satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci,
bagi merebut pandangan Ilahi,
sebagai jilul Quran yang tersendiri.

"Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini." (Surah Muhammad 47: 38)

Ayat Allah cukup menggentarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
buat hamba Nya yang bermalas-malasan,
senantiasa mencipta alasan,
liat dengan dakwah dan peningkatan,
mahu diketuk berterusan,
tidak menjadikan penggeraknya iman,
cinta Allah dianggap khayalan,
bimbang kelak diri akan terbuang,
dari jalan dakwah penuh ujian,
dibiarkan Allah dengan keasyikan,
tertipu dengan jalan kehancuran.

ketahuilah duhai remaja,
Allah memelihara jalan Nya,
agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketaqwaan,
merindui wajah Nya,
jua keredhaan,
itulah jiwa insan pejuang,
bimbangilah wahai remaja,
daripada memiliki jiwa munafik,
bertopeng ketaatan.

# Fatimah syarha, Majalah Solusi isu no.13

' Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan '



Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,Bagaimana pula dengan cinta kita?Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa.Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia. Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja. Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya. Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja. Tunggu nanti bila meningkat tua. Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!


Salam Aidil adha buat semua...kullu 'am wa antum bi alfi khoir...jom sesama menghayati aidiladha dengan erti pengorbanan...moga diberkati Allah dan mendapat redha Nya...

Thursday, November 19, 2009

' SAAD BIN ABI WAQAS '

SAAD BIN ABI WAQAS

Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.

Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”.

Daripada peristiwa ini, lalu turunlah firman Allah SWT yang bermaksud, “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan DAKU (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Al-Ankabut: 8)

Saad adalah orang yang pertama memanah dalam perang di jalan Allah. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Tak kala sampai berita tentang serangan Pasukan Persia terhadap kaum muslimin dan gugurnya 4000 tentera muslimin dalam pertempuran Al Jisr dan penduduk Iraq mengingkari janji mereka, Khalifah Umar bin Al Khattab telah memutuskan untuk mengepalai sendiri angkatan tentera Muslimin. Akan tetapi kaum muslimin tidak bersetuju. Abdurrahman bin Aus mengusulkan untuk mengutuskan Saad bin Abi Waqas sebagai panglima perang. Pasukan Saad telah berjaya memerangi pasukan Persia sampai ke wilayah Nahrawand kemudian ke wilayah Al-Madain.

Dalam perang Al-Madain, pasukan yang dipimpinnya menyeberangi sungai Eufrat. Ketika mereka turun ke sungai dengan kenderaan tunggangan mereka, Saad menyuruh mereka mengucapkan, “Kami meminta pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Cukuplah bagi kami Allah sebagai wakil. Tidak ada daya dan kekuatan selain daya dan kekuatan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Setelah itu mereka berjalan atas sungai seperti mereka berjalan di darat.

Saad adalah salah satu diantara enam orang yang ditunjukkan oleh Umar sebagai calon untuk menggantikannya sebagai Khalifah selepas peninggalannya. Saidina Uthman bin Affan dipilih sebagai pengganti Umar.

Saad menghindarkan diri dari pergolakan politik antara Saidina Ali (khalifah ke4) dengan Saidina Muawiyah.

Ia kehilangan penglihatannya di akhir hayatnya. Ia meninggal dunia di istananya di daerah Al-‘Aqiq yang berjarak 5 batu dari Kota Madinah. Ia meninggal pada tahun 55 H dalam usia 80 tahun.

Rujukan:

  1. Syaikh Muhammad Sa’id Mursi, (2005), Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur.

' MEREKA JUA REMAJA '

MEREKA ADALAH REMAJA…

Alangkah besarnya peranan belia dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan belia, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang ulang.

Marilah kita sama sama merujuk kepada sejarah Islam..
Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…
Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?
Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?
Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?
Siapakah yang menjadi sadaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?


Siapakah golongan di gelar ‘as sabiqun’ dalam sejarah Islam..? Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia? Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud; “sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien” hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenangjung tanah arab..? Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?
Siapakah yang berjuang menentang aliran aliran memusuhi Islam dan menyengutukan Allah..?

Wahai Para belia!!!
Rujuklah sejarah.. bacalah buku buku sejarah… kamu akan dapati contoh contoh dan qudwah kepada para belia….

Siapakah Zubair bin al A’wam ra?

Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Islam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam.. sebaya dengan usia belia tingkatan 3!!!
Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita cita dan berusaha seperti Zubair bin al A’wam?

Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?

Diantara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang tokoh daie, seorang pahalawan yang mahir, gagah dan kedepan dan seorang dermawan fi sabililLah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia 16tahun ketika ia memeluk Islam.

Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra?

Seorang sahabat yang besar….orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya mustajab. Satu satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibubapanya, ketika mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud ‘irmi Saad fida’ka abi wa ummi’yang bermaksud Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi
Beliau berusia 17tahun ketika memeluk Islam.

Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?

Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz dakwah selama 3tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketehui oleh pembesar-pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa Fir’aun umat, Abu Jahl dari kabilah bani Makhzumi adalah merupakan musuh nombor 1 dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.

Cuba bayang apakah belia yang seusia dengannya fikirkan, apa yang dimimpikan, mungkin nak jadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Milion dan sebagainya.

Kita ketika membaca kisah pahlawan pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra, Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicarakan kisah pahlawan pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan pahlawan yang agung dalam usia belia. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan, kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya belia hari ini bangga menjadi mereka sebagai qudwah, ikutan dan impian, lebih lebih lagi mereka adalah sahabat sahabat kepada junjungan besar Rasulullah saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.

Thursday, November 12, 2009

++ blog under construction ++

Assalamualaikum...

my blog is under construction...
saja, ingin kelihatan baru sikit, setelah agak beberapa minggu ditinggalkan berhabuk...

insyaAllah cuba mencari ruang masa utk kembali menulis...
jzkk...

Friday, October 23, 2009

Menemui Mu, Ya Allah...

~ MenemuiMu, Ya Allah ~




Semburat cahaya,
dikala fajar memunculkan diri,
menyinari bumi,
bertebarlah manusia mencari rezqi ilahi...

Tika bumi mengelilingi sang mentari,
bumi terus berputar mengikut paksinya,
berganti timur dan barat disinari...

Pabila malam datang menjengah, terasa syahdu di kalbu...
mencari Kekasih yang sentiasa Ada, yang tak pernah mengecewakan...
saat bermesra dengan Sang Pencipta sarat kerinduan...
rindu yang penuh haluan...

Detik itu, penuh keasyikan...
meninggalkan seronok dunia, hanya cinta Allah menghiasi malam...

Saat itu, bersimpuh kaku...
diri dikoreksi, bermuhasabah kembali...
mengadu suka dan duka pada yang sentiasa Mendengar...
rintihan hati memohon keampunan bersama pengharapan yang tinggi...
meyakini bahawa Dia sentiasa di sisi...




# nukilan hati...

Thursday, October 8, 2009

* Muhammad SAW * The Ideal Prophet.

You MUST Know This Man.

"Every Prophet of Allah came to this world as a witness, or aharbinger of good tidings, or as a warner, or as a summonner, but never in the past there came a prophet who combined all these qualities. There were witnesses to Allah's majesty and, overlordship, like Jacob, Issac and Ishmael. Others like Abraham and Jesus were the heralds of glad tidings. There were also warners like Noah, Hud, and Shu'yeb, the main point of their warnings was terrible punishment awating the evil-doers. Then, there were the prophets like Joseph and Jonah whose teachings set the tone for those who summon to divine guidance. But the messenger par excellence who had all these marks of prophethood - a witness as well as a welcomer, a warner as well as a caller and who was a distinguished Apostle in every aspect was none other than Saidina Muhammad (pbuh). He was sent to be sent to the world as the last Prophet, the final one, after whom no other messenger was to be sent again by Allah. This is the reason why he was granted a shari'ah or the law that was perfect and final requiring no revision in the days to come.

For the teaching of the last Prophet were to be everbinding, to remain unchanged to the end of time, he was sent as a acme of perfection with over-flowing guidance and resplendent light. This is an indisputable fact attested by history."

-SAYID SULAIMAN NADWI in Muhammad The Ideal Prophet.

The non-Muslim verdict on Prophet Muhammad (pbuh)

K.S Ramakrishna Rao, an Indian Professor of Philosophy in his booklet, ("Muhammad, The Prophet of Islam") calls him the:

"Perfect model for human life."
Prof. Ramakrishna Rao explains his point by saying:
"The personality of Muhammad (pbuh), it is most difficult to get into the whole truth of it. Only a glimpse of it can I catch. What a dramatic succession of picturesque scenes! There is Muhammad (pbuh), the Prophet. There is Muhammad (pbuh), the Warrior, Muhammad (pbuh), the Businessman; Muhammad (pbuh), the Statesman; Muhammad (pbuh), the Orator; Muhammad (pbuh), the Reformer; Muhammad (pbuh), the Protector of Slaves; Muhammad (pbuh), the Emancipator of Women; Muhammad (pbuh), the Judge; Muhammad (pbuh), the Saint. All in all these magnificent roles, in all these departments of human activities, he is like a hero."

Michael Hart in "The 100, A Ranking of the Most Influential Persons in the History," New York, 1978., p. 33

"My choice of Muhammad (pbuh) to lead the list of world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in the history who was supremely successful on both the secular and religious level. It is probable that the relative influence of Islam has been larger than the combined influence of Jesus Christ and St. Paul on Christianity. It is this unparalleled combination of the secular and religious influence which I feel entitles Muhammad (pbuh) to be considered to be the most influential single figure in human history."

M.K Gandhi, statement published in "Young India," 1924

I wanted to know the best of the life of one who holds today an undisputed sway over the hearts of millions of mankind..........I became more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet, the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and his mission.
These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the second volume (of the Prophet's biography), I was sorry there was no more for me to read of that great life."

THOMAS CALYLE in his HEROES AND HEROWORSHIP, was simply amazed as to:

"how one man single-handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades."

* insyaAllah, it is my 1st start of writing about our beloved Prophet SAW...and i'll continue in the other post...

++ GREEN DAY ++

~ GREEN DAY ~
* safe your nature...hehe *




Sekitar eid mubarak 1430...
taqabbalallahu minna waminkum..

kehijauan di pagi raya 2009...
(dah besar2 ni br baju kami semua sama color...hehe..and ni 1st time beraya di rumah baru kami di Botanical City, Ayer Putih, Balik Pulau, Pulau Pinang...

My beloved family...
love all of u so much, but i'm not so romantic to express my feeling by words...but insyaAllah i'll learn day by day...coz it is important before it couldn't...

* terlambat post, dah masuk berapa syawal dah...huhu... :p

' letih dan latih '

Antara LETIH dan LATIH...

Meminjam kata ini dari seorang sahabat saya...

" Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan akan kekal,
sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal..."

semoga tabah, sabar, tegar dan tetap berjuang... :)

kena kuat...xpa..letih...sikit ja...
kena urus masa...latih diri...
antara letih dan latih...tersembunyi sebuah rahsia...
bagi mereka yang mengetahui...
moga menggapai Redha Ilahi...

*mode : memotivasikan diri... :)

Wednesday, October 7, 2009

~ bila terjatuh cinta...erk??

bila terjatuh cinta...erk??

Saya terbaca dis article ni dah lama dr blog seorang sahabat...kredit buat penulis..jzkk
kali ni saya postkan untuk berikan kekuatan pada diri dan pada semua yang membaca...
insyaallah...moga bermanfaat buat diri dan semua..

BILA TERJATUH CINTA….
Saya bertanya kepada emak,
“mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”Mak menyambung lagi, “…begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung,“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.



Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak, kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak.
Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.

Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah..

Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..”

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~~~~~~~~~~~
Ya Allah,
berilah kami kekuatan untuk mencintaiMu,
mencintai orang yang mencintaiMu,
dan mencintai amalan-amalan yang mendekatkan diri kami kepadaMu…
ameen… ameen..

Wednesday, September 30, 2009

* a decision *

~ a decision ~

it's hard to make a decision...
have to istikharah..may Allah help me in making decision...
masa untuk buat keputusan sangat suntuk...ni decision kerjaya saya...dah tanya family n shbt2...but the decision is on me..
Ya Allah...permudahkanlah..dan moga jalan ini baik untuk saya dan baik untuk agama saya serta membawa kebaikan di dunnya wa akhirah... :)
Tawakkal kpd Mu dgn keputusan yg akan dibuat...
hasbuallahu wani'mal wakiil...

Sunday, September 27, 2009

* 19 SEPTEMBER...*



Muhasabah diri di hari kelahiran...sudah 23 tahun bernafas dan menjalani kehidupan...Alhamdulillah terpilih jua utk menerima tarbiyyah...syukur kpd Ya Rabb krn menemukan jalan...namun sejarah apa yang telah dibina??sekeras mana usaha mu??

12.01 am, beberapa mesej masuk ke ruang inbox...terima kasih kpd sahabat2 dan rakan2 yang mengingati tarikh ni...ucapan2 mereka buat saya berfikir seketika...ucapan " semoga panjang umur dan...." panjang umur atau pendek umur??panjang umur mgkn 1 doa untuk perbanyakkan amal..pendek umur??sbb kita x tau bila ajal datang menjemput...sudah tersediakah bekalan utk bertemu Ilahi??

bait puisi ni sebagai muhasabah diri saya dan anda menjelang 'penyingkatan' umur kita...

Wahai Diri,
Sedarkah Dirimu Bahawa Engkau Tidak Mengetahui Berapakah Baki Umurmu Yang Masih Tersisa?
Atau Sudah Lupakah Dirimu Bahawa Engkau Mampu Dipanggil Mengadap Ilahi Pada Bila-bila Masa, Saat dan Ketika?
Maka,
Andai Ada Sebiji Benih Di Genggamanmu Saat Ini Yang Ingin Kau Semai Agar Tumbuh Sebagai Pohon Yang Berbuah Merendang Maka Laksanakanlah Ianya Segera,

Andai Ada Nasihat&Pesan Buat Mereka Yang Berada Di Bawah Tanggungjawab & Bebananmu,
Maka Sampaikanlah Sebelum Tiada Lagi Ruang Waktu Untuk Dirimu Melakukannya,

Wahai Diri,
Panjang Atau Pendek Usiamu Bukanlah Ukuran Dirimu Berada Dalam Keberuntungan,
Sebaliknya Ketaatan & Pahala Menjadi Timbangan Di Sisi Tuhan, Maka Wajarlah Dirimu Sentiasa Bersiap Sedia Untuk Sebuah Hari Perhitungan Untuk Dipersembahkan Segala Amalan,
Cacat cela, Dosa dan Noda Mungkin Menggelincirkan Kakimu Terhumban Ke Dalam Neraka Tuhan,

Azab Yang Amat Pasti Tidak Mampu Kau Pikul Walaupun Dalam Keterpaksaan,
Andai Ada Aliran Air Mata Keinsafan Yang Mampu Memadamkan Api Neraka,
Maka Biarkanlah Ia Tumpah Bersama Penyesalan Sementara Dirimu Masih Di Dunia,
Jangan Kau Kekang Ia Kerana Egomu Di Hadapan Tuhan Yang Maha Perkasa,
Kerana Di Akhirat Nanti Yang demikian Itu Sudah Tidak Lagi Berguna,
Meskipun Kau IringiAnya Nanti Bersama Tangisan, Teriakan dan Ratapan Air Mata,

Tuhanku,
Aku memohon istighfar Dengan Doa NabiMu;

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku adalah hambaMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrarku kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
" Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan"





Tuesday, August 25, 2009

- Diet Rasulullah S.A.W -

~DIET RASULULLAH~

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan minum SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... .......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam
    Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

Monday, August 24, 2009

- Life time profession, DA'IE - * lanjutan KGN 09

ANTARA RUMAHTANGGA, DAKWAH, DAN KERJAYA.
By : Ir Zairul, Akh Abu Dzar, dan Ummi Rose.
Catatan pena : Saya

Mungkin catatan ini sudah basi, kerana agak lambat di post. Tapi x mengapa, ia sebagai pengisian yang bermanfaat...dan pengisian ini sedikit tidak teratur kerana saya yang menulis apa yang saya dengar dan lihat, dan bisa juga ada kekurangan isi...

Perkongsian slot ini oleh orang2 yang saya kira berpengalaman dengan ketiga-tiga perkara pokok slot ini.

Di mana perkara pertama yang diketengahkan iaitu isu Baitul Muslim, iaitu bermulanya pembentukan keluarga muslim..pembentukan Baitul Muslim dikira sebagai amal jamaie which the right start...setiap da'ie haruslah mempunyai perancangan mengenainya..

pra perkahwinan:
perancangan hidup mesti ada.
berapa orang mad'u kita pada usia 30 tahun?
kita nak keluarga yang macam mana??

pasca perkahwinan:
jangan demand tinggi2.
ingat tujuan Baitul Muslim
jangan harapkan hidup itu selesa

Soalan kedua berkisar antara dakwah dan kerjaya...which is no such thing is 50-50...ia ialah pengorbanan...tiada keseimbangan tapi yang ada hanyalah pengorbanan...keseimbangan itu subjective...dimana time management sangatlah penting, supporting system harus mantap, we strive to be da'ie dan yang paling penting pertalian kita dengan Allah 'azza wa jalla...

teringat kata2 seorang ustaz,lebih kurang macam ni "saya akan tabik kepada seseorang yang masih meneruskan dakwahnya selepas bekerjaya dan mempunyai rumahtangga..." Alam di universiti sangat berbeza dengan alam perkerjaan, kita mungkin boleh aktif bergerak ke sana ke mari semasa belajar...tapi tunggulah saat kita bekerjaya dan berkeluarga...mampukah kaki kita terus berada di medan ini???

Soalan ketiga yang diajukan tentang kesibukan seorang ibu@bapa dan da'ie...bekerja, berdakwah dan menguruskan rumahtangga...ummi rose menjawab soalan ini...kesibukan kita (da'ie) adalah kesibukan yang terpandu dimana kita buat perkara yang bermanfaat kepada kita dan orang lain...dalam kesibukan itu juga kita mencari peluang makan bersama anak2, masa yang sama berbual bersama anak...komunikasi menjadi kunci penting antara pasangan...boleh sms, menelefon, 3G, perbualan dalam kereta (on d way to usrah or program)...sikap berterus terang dan telus juga perlu ada...kesibukan ini juga membawa kita menjadi seorang yang pro aktif...dalam mengharungi kesibukan ini, sokongan dari keluarga juga penting...

Menangani cabaran2 rumahtangga:
pengurusan masa dan spend masa sebaiknya
pembahagian kerja
clear communication
understanding
kewangan
keterbukaan

setakat ini dulu perkongsian slot KGN ni, akan ada lanjutannya lagi...insyaAllah sama2 renungkan maksud ayat dari Surah As-Saff: 10-11...

Maksudnya: Wahai orang2 yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dpat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?iaitu Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.




Wednesday, August 19, 2009

- Bulan Istimewa -






" Sudah bersedia bertemu dan menghadapi Ramadhan Kareem?"
" Bagaimana persiapan menemui Ramadhan?"
(tepuk dada tanya iman)




- KGN 09 -

Akhirnya saya daftarkan nama untuk join KGN di Setiawangsa...tetiba adik saya, Salam pula balik Penang, sempat berjumpa sekejap ja..sian Alam,lama x berjumpa semenjak bersekolah di Bukit Jalil..tekad, saya pergi juga...tiket pun dah beli..malam tu adik2 hantar saya ke stesen bas...xpa ye dik, insyaAllah kita jumpa lagi, lain masa if dipanjangkan usia...

Bas menuju ke Shah Alam...singgah di DR jam 5pg...then bertolak ke Setiawangsa jam 6.30pg...sy ingat sy akan pergi seorang diri, tp..masyaAllah..Allah temukan sy dgn Noni (kakak kembar Azreen) pagi tu..jd ada la teman mencari jalan...hehe..sbb sy mmg xpandai jalan di KL...penat kak mas n ayu bagi direction..syukran kak mas n ayu... :)

Alhamdulillah, kami berjaya n selamat sampai ke destinasi awal pada waktunya n jadi orang pertama mendaftar...1st mission complete... Masjid Mu'az bin Jabal tersergam indah...

Sy n Noni menunggu ruang dewan dipenuhi ikhwah n akhwat, kami pun bertaaruf. (sy dgn noni n akhwat yg lain)

Jam di tangan menunjukkan jam 9.30pg, program bermula lewat setengah jam...perlu diperbaiki..hehe...bacaan ayat suci al-quran, Surah At-taubah: 38-41, menjadi pembuka acara...permulaan hebat...meruntun jiwa n terasa ditampar2 supaya terjaga dr 'tidur' n 'mimpi'...

points yg sy dapat...
- ssungguhnya tiada pilihan utk x berjihad, jika kita mahu pengakhiran yang baik.
- Allah akan menggantikan kita dgn org lain..sbb mungkin saja kita tidak lagi releven...dan juga x merugikanNya sedikit pun..dan boleh saja Allah 'azza wa jalla mengasihi org lain...

Seterusnya ucapan aluan dari Pak cik Zaid, Presiden JIM...a sentence that make me think..
" what the big deal utk kita mengamalkan islam??" the answer..." itulah yang sepatutnya, jika kita sedar bahawa kita adalah makhluk Allah 'azza wa jalla..teteapkan pendirian..."

insyaAllah...di lain ruang penulisan saya akan kongsikan pengisian di slot2 KGN 09...

'tersurat seribu satu hikmah' :)

Friday, July 10, 2009

Menang atau kalah???

Sabda Rasulullah saw :

(إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ (صحيح البخاري

“Sesungguhnya syaitan mengalir pada tubuh keturunan Adam pada aliran darahnya”
(Shahih Bukhari)



Demikianlah dahsyatnya kekuatan syaitan untuk mempengaruhi pancaindera, menundukkan telinga dan penglihatan manusia agar tunduk kepada hawa nafsu dan dosa. Demikianlah panca indera manusia, terus dimasuki oleh kekuatan syaitan sampai ke jiwanya sehingga saban waktu syaitan makin berkuasa dalam jiwanya malah makin tertutup jiwanya dari keinginan mulia.

Membaca hadith di atas, teringat saya kata-kata naqibah ketika usrah, ketika itu saya menuntut di tahun dua...naqibah saya berkongsi pengalamannya bersama kami berenam, cara bagaimana beliau menjaga dirinya untuk terus istiqamah dan rajin dalam melakukan ibadah...sebelum memberi jawapan, beliau bertanya kepada kami...kami saling berpandangan antara satu sama lain, kemudian semua terdiam, masing2 berfikir...beberapa minit kemudian antara jawapan yang keluar...dengan mengingati mati dan pelbagai lagi (saya xdpt mengingati jawapan sahabat2 yang lain)...naqibah saya mengatakan semua jawapan kami betul...cuma x sama dengan jawapan beliau...tanpa membuang masa beliau pun berkata...setiap hari beliau akan lawan dengan syaitan...kami semua terpinga...melihat reaksi kami, beliau memberi penjelasan mudah...contohnya, if nak bangun solat malam atau solat subuh, kadang2 dah terjaga tapi rasa malas dan nak tidur lagi...syaitan sedang jalankan tugas dia..so apa lagi, kita kena lawan..jadi siapa yang tidur balik tu, kira kalah la kn...ermm sapa yang nk kalah, semua orang nak menang...selepas mendengar contoh mudah tu, kami berenam tersenyum sesama sendiri dan masing2 termotivasi walaupn hal tadi simple ja...

Sekarang saya sudah bergelar graduan dan pulang ke tempat kelahiran saya...dan meninggalkan usrah di shah alam...insyaAllah, kini meneruskannya di sini...hanya kenangan bersama kak lin dan sahabat2 yang masih kekal diingatan saya...rasa rindu nak bertemu dengan mereka...insyaAllah saya akan kongsikan pengalaman berharga dalam hidup saya yang bermula di shah alam di post yang lain...

Cerita tadi saya kongsikan bersama adik2 saya di rumah...jadi if ada adik2 saya yang melengah2kan solat, soalan saya mudah saja...Husaini kalah ka menang???mu'az kalah ka menang??

InsyaAllah kita juga boleh menggunakan formula td dalam setiap perilaku kita seharian...mg bermanfaat...


Wednesday, July 8, 2009

- muqaddimah - : )


~ Dengan nama Allah yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang...


Syukur dengan nikmat terbesar bagi makhluk yang bergelar hamba, iaitu iman dan islam...Alhamdulillah..this is my 1st post..n x pecaya saya dah ada blog..why i said that? sebab sebelum ni saya hanya suka membaca blog sahabat2 dan org lain...ada di antara blog2 yang saya admire... tapi hati saya mmg terdetik untuk memiliki blog dan menulis...saya mengambil masa yang lama untuk buat keputusan, hampir setahun saya berfikir...dan akhirnya...

Kenapa tulis blog??bukan untuk menulis tentang kisah hidup...mungkin banyak isu dan cabang ilmu akan dibualkan dan dikongsikan di sini..yang penting it is meaningful to muslim dlm memahami erti kehidupan sebenar...as hamba..as musafir dunia..as muslim yg cemerlang..

Saya memperbetulkan kembali niat saya dan berharap penulisan ini memberi manfaat...semoga dengan penulisan ini juga memberi cetusan minda kepada muslim semua dan tidak menghalang amal da'wi yang sedang berjalan sehingga ke akhir hayat...moga terus thabat di jalanNYA...insyaAllah...

Moga hasrat ini diRedhai Allah 'azza wa jalla...

Amin..