Thursday, October 27, 2011

10 point utk kamu yg 'bekerja'


Jadilah cahaya yang dapat menerangi...

Assalamualaikum semua...

Marilah kita sesama menumbuh suburkan kesyukuran yg tidak terhingga kpd Allah azza wa jalla krn nikmatNya yg terlalu banyak buat kita sebagai hambaNya.

Suka saya utk share lg tentang 10 point utk kamu yg bekerja di medan. Perkara2 ini penting bila kita kata kita menyerahkan diri kita seluruhnya dalam jalan ini.

Pertama, hendaklah kamu ketahui kamu ada diperbatasan yg lebih hebat, ditengkuk kamu ada tanggungjawab yg besar. Ia lebih besar dari bukit. Tunaikanlah ia sepertimana ia dikehendaki oleh Allah dan kemu percaya pada Allah.

Kedua, perbaikilah hubungan kamu dengan Allah. Baiki diri sama ada terang atau tersembunyi. Hendaklah kamu berda dalam keadaan Allah suka kepada kamu. Jadikanlah perkara ini penting dalam usaha-usaha kamu.

Ketiga, latihlah diri, sahabat cinta pada masjid, berulang alik dan iktikaf dlm masjid kerana dalan itu terdapat rahmatNya.

Keempat, inginkan usrah proaktif, produktiviti utk dakwah dan masyarakat. Jadilah usrah kita menara yang dapat menerangi semua orang. Kita mahu syiar usrah kita tiada siapa yg dapat mendahului dalam ibadat kita.

Kelima, urusan itu dilakukan dgn kasih sayang, saling membantu dan simpati. Dan tanamkan utk memberi pandangan, jangan halang pandangan orang lain, terima nasihat orang dengan hati yg lapang.

Keenam, hiasi diri dengan qudwah yg soleh, astikan bahawa anda sentiasa berada dihadapan dalam gerak kerja. Hati2 dalam mengarah. takut kamu tidak melakukannya. Buat dulu, baru arahkan.

Ketujuh, kecemerlangan tarbiyyah, terletak kepada kemampuan kita menyelesaikan masalah, dapat merangkul ahli2 dalam dakapan dan yg paling utama ialah berlah rawatan dengan rawatan yg baik.

Kelapan, contohilah orang2 soleh yg berada dalam jalan ini.

Kesembilan, orang yg dalam medan dakwah ini ialah orang yang menarik gerabak2. jika kepala gerabak perlahan maka ia akan menjadi perlahan, jika ia laju maka lajulah.

Kesepuluh, sabar dan jadikanlah Al quran peneman hidup. Ingat sekali lagi "dileher kamu ada tanggungjawab yg besar".

10 perkara ini, jika dilihat begitu berat...sangat berat...namun, YAKINLAH kpd Allah...Yakinlah dgn masa depan dakwah ini. Jadilah kamu kaum yg beramal dan bekerja. Tarbiyyah dan takwin menampakkan jalan kita.

Allahu akbar!


No comments: