Tuesday, December 28, 2010

nukilan inspirasi...

ya ukhti...lemah lembut peribadinya namun teguh hatinya...

membaca bait2 indah nukilan ustazah maznah, meremang bulu roma n bergetar jiwa...subhanallah...bacalah dgn hati... :)

http://zaadut-taqwa.blogspot.com/
(Khas untuk Ahli Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Sempena PATWA 2010)

Ukhti
Hari ini aku berdiri
Menggenggam bara api
Di hadapanmu ya ukhti
Disaksikan Ilahi Rabbi

Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Menjunjung titah Ilahi
Memimpin umat ke jalan selamat
Jalan Islam yang penuh rahmat
Beribadat kepada Allah jadi matlamat
Mentaati perintah-Nya, menjauhi maksiat

Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Menjulang kitab suci
Ayat-ayatnya difahami dan di hayati
Menegakkan Syari’ah di dalam diri
Kelak kan berdaulat di persada bumi

Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Mendakap Sunnah Nabi
Mengangkat wanita setaraf lelaki
Nyawa, harta dan maruah dilindungi
Keluarga diperkasa, masyarakat disantuni

Ukhti
Hari ini kita sama berdiri
Mengikat satu janji
Memantapkan saf
Memimpin ummah
Mendaulatkan Syari’ah
Ukhtuki fillah

KakMaznah [ustazah maznah]
13 Muharram 1432
19 December 2010 

Monday, December 20, 2010

Teknologi yang dijatuhkan...

Hanya gambar dan fikir....
Bird Nest Stadium, China

England...xtau kt mana

Paris, France...

xtau...

U.S



China...


Subhanallah...Maha Suci Allah...
Allah Maha Kuasa menjadikan segala sesuatu...
walaupun manusia dikurniakan kehebatan otak utk mencipta pelbagai teknologi...namun, teknologi dapat dijatuhkan....oleh DIA yang Maha Kuasa...
think about it...

Friday, December 17, 2010

teruskan berfikir...

gambar tiada kaitan...hee...just suka pic ni....teruskan berfikir dan berzikir....

Jika kita seorang beriman. Harusnya kita bisa merasakan kebahagiaan saat solat.

Jika kita orang beriman. Seharusnya kita merasakan suasana tenang dan teduh saat membaca lembar demi lembar Al Quranul Karim, atau saat bermunajat dan berdo'a kepada Allah 'azza wa jalla.

Jika kita beriman. seharusnya kita sangat senang memberi kebaikan kepada orang lain.

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah.

ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah

ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah

dan ketika orang-orang pergi mengahadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu betul-betul mencintai Allah. "
(Imam Ibn Qayyim)

Wednesday, December 8, 2010

' Orang Cantik '

Cinta pada bunga...bunga akan layu akhirnya...

Saya tertarik dengan artikel ini yg singgah di message fb saya ni, dari seorang sahabat saya...terus saya postkan di sini...

Cinta Kasih Ilahi...

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.

Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.

Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.

Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.

Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.

Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.

Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." [Surah An-Nahl: 5]

copy paste dari: INGAT MATI, facebook.

Friday, December 3, 2010

Muharram ~ Elakkan kepercayaan karut

selami erti sebuah Muharram dengan penuh keazaman...


Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan agung di dalam kalendar Islam. Beberapa peristiwa penting berlaku di dalam bulan ini. Allah swt juga mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang meningkatkan amal di bulan yang mulia ini. Antara yang sering diamalkan oleh umat Islam di dalam bulan ini ialah berpuasa sunat. Namun, persoalannya adakah amalan berpuasa sunat yang dilakukan ini bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw atau pun sebaliknya? Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kita tiada pilihan lain lagi yang lebih baik kecuali menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan dan hakim bagi segala penentuan.

Jika diteliti hadith-hadith Rasulullah saw, maka kita akan dapati banyak riwayat yang membicarakan tentang amalan puasa sunat di bulan Muharam ini serta ganjarannya. Namun, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah memastikan riwayat-riwayat tersebut memang pasti bersumberkan daripada Rasulullah saw. Ini penting kerana setiap amalan yang ingin kita lakukan mestilah bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw yang sahihah agar ianya diterima dan diberikan ganjaran pahala.

Di antara hadith-hadith sahih yang membicarakan tentang amalan puasa di bulan Muharram ini ialah:

Hadith-hadith tentang puasa hari A’syura:

• 1- Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda saw bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu”, maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa“. (Riwayat al-Bukhari )

• 2- A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah saw telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)“. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

• 3- Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah saw juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: ((Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah diantara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (w 852) dan al-Imam Muslim (w 676) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura‘ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah saw bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Diantaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda saw menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu)). (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah saw begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah saw berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan di atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharam)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

• 1- Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah saw bersabda lagi: ((Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9)). Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah saw wafat terlebih dahulu.”. (Riwayat Imam Muslim)

• 2- Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): ((Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9)). (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (w 676) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi saw berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10“.

(Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254) .

Justeru, marilah kita merebut peluang di kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah saw seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat diwaktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram”.
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Kepercayaan dan Amalan Yang Bukan Dari Ajaran Sunnah

Kesedaran umat Islam dalam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik. Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat iaitu semoga ianya akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. Namun, peringatan Nabi saw di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Daripada A’isyah r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama) maka ianya akan tertolak”. (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulamak, diantaranya ialah al-Fudhail bin ‘Iyadh telah meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah swt dan bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw. Al-Fudhail dalam menafsirkan firman Allah di dalam surah Hud, ayat ke-8 dan surah al-Mulk ayat ke-2 iaitu (Maksudnya: (Allah menjadikan semua itu) untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya)), beliau berkata: “iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ianya juga tidak akan diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan ikhlas dan tepat“. Beliau berkata lagi: “Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla semata-mata, dan yang dikatakan tepat itu ialah ianya bertepatan dengan sunnah“.

(Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-HIkam, Tahqiq:Dr. Yusof al-Baqa’I (Bierut: al-Maktabah al-‘Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan ini.

Di antara amalan-amalan di bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunnah Rasulullah saw yang sahihah ialah:

• 1- Memakai celak pada hari ‘Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu’ yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari ‘Asyura’, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya”. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu ‘at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu’ (palsu). Imam Ahmad berkata: “Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah saw tentang amalan memakai celak pada hari ‘Asyura, dan ianya adalah bid’ah“.

• 2- Solat sunat yang khusus pada hari ‘Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu’: “Sesiapa yang sembahyang padanya (hari ‘Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali Qullhuwallhu ahad, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun”.

• 3- Mandi yang khusus pada hari ‘Asyura’ dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang sakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu’: “Barang siapa yang mandi dan bersuci pada hari ‘Asyura’, ia tidak akan ditimpa sebarang sakit pada sepanjang tahun, kecuali mati”.

• 4- Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari ‘Asyura’ dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada ‘Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman, pakaian) kepada ahli keluarganya, pada hari ‘Asyura’, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki di sepanjang tahunnya”. Hadis ini hukumnya maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu’at,2/115).

• 5- Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur ‘Asyura) yang dikaitkan dengan sunnah Rasulullah saw atau disandarkan kepada peristiwa nabi Nuh a.s yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar. Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ianya bersumberkan daripada cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab “Qashas al-Anbiya’.

• 6- Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas. sepertimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam. Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

Al-Syeikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut bahawa kebanyakan hadis-hadis maudhu’ ini yang berkaitan dengan amalan di bulan Muharam khasnya pada hari ‘Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh al-Husaian. Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-‘Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi saw sebarang amalan pun pada hari ‘Asyura selain daripada puasa Baginda. Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid’ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan al-Husain pada hari ini. Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan dari biji-bijian (bubur) dan memakai celak dan mereka meriwayatkan hadith-hadith maudhu’tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga“.
(Syiekh ‘Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan daripada sunnah Rasulullah saw yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum muslimin. Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunnah Baginda saw, dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah swt untuk mengikuti sunnah Rasulullah saw. Berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Jazakallah khairan.

dari:
http://tarb1world.wordpress.com/2009/12/16/muharram-elakkan-kepercayaan-karut/

Thursday, December 2, 2010

Tadhhiyyah


Catatan Untuk Naqib: Setelah mendapatkan taujih ini diharapkan kader dapat memahami bahwa amal yang bernilai tinggi memerlukan tadhiyah, Kader merasakan sedih bila tidak bertadhiyah di jalan da’wah , serta mampu bertadhiyah sesuai kapasitasnya masing-masing.

Tadh-hiyah berasal dari kata bahasa Arab; dhahha – yudhahhi – tadh-hiyah, yang berarti pengorbanan. Di dalam beramal jama’i, pengorbanan mempunyai kedudukan yang sangat urgen, oleh karena itu Imam Hasan Al Banna memasukkannya ke dalam salah satu rukun baiat anggota Al Ikhwan Al Muslimun, setelah rukun fahm, ikhlas, amal dan jihad.

Beliau berkata, “Yang saya maksud dengan pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan”.

Tidak ada perjuangan di dunia ini kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita janganlah engkau mempersempit pengorbanan, karena sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah. Barang siapa bersantai-santai saja ketika bersama kami, maka ia berdosa.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari kaum mukminin, diri, dan harta mereka, bahwasanya mereka mendapatkan balasan Surga.” [Surah At-Taubah: 111]

“Katakanlah, ‘Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatir akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal adalah lebih kamu cintai daripada Allah, Rasul-Nya, dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [Surah At-Taubah: 24]

Dengan demikian engkau mengetahui makna slogan abadimu, “Gugur di jalan Allah adalah setinggi-tinggi cita-cita kami.”[1]

Pengorbanan dan jihad merupakan dua hal yang tidak terpisahkan, namun menurut Said Hawa, ada perbedaan antara jihad dan pengorbanan. Kadang-kadang keduanya seiring dan kadang-kadang pula saling menyempurnakan. Oleh karena itu Imam Hasan Al Banna menjadikannya rukun tersendiri. Karena di tempat mana dikumandangkan jihad, maka di sana ada pengorbanan. Dan jihad yang sempurna tidak akan terwujud kecuali dengan pengorbanan yang sempurna pula. [2]

Sungguh banyak kisah dalam sejarah kehidupan manusia yang dapat menjadi bukti dan contoh tentang pengorbanan, baik dalam kisah orang-orang terdahulu sebelum Nabi Muhammad saw, maupun kisah pengorbanan beliau dan sahabatnya dalam sirah, dan kisah-kisah perjuangan umat sesudahnya sampai saat ini.

Perhatikan sejarah Nabi Nuh, 950 tahun waktunya dia korbankan untuk menyeru kaumnya untuk berbakti dan beribadah kepada Allah, tapi tidak ada yang menghiraukan seruannya kecuali sedikit, dan bahkan istri dan putranya sendiri tidak beriman kepadanya.

Perhatikan pula kisah pengorbanan sahabat mulia Mush’ab bin Umair. Ia adalah seorang pemuda bangsawan Quraisy, gagah, ganteng, kaya dan terhormat, namun beliau mengorbankan semua kehormatannya di masa jahiliyah menuju kehormatan di masa Islam, walaupun harus berpisah dengan keluarganya. Bahkan ibu yang sangat mencintainya mengancam akan bunuh diri apabila putranya tetap memeluk agama Islam. Namun sang Mush’ab si pemuda ganteng dan parlente itu tetap memilih Islam, sehingga menemukan syahadah di perang Uhud, saat itu beliau hanya memakai sehelai baju, yang sekaligus menjadi kafannya, yang apabila wajahnya ditutup maka kakinya tersingkap, dan apabila kakinya ditutup maka wajahnya terbuka. Karena dengan pengorbanan itulah Mush’ab menggapai cinta Tuhannya dan menghuni taman-taman Syurga serta diiringi oleh 70 bidadari.

Demikian pula kisah pengorbanan ulama kontemporer terkemuka, Sayyid Qutb. Ia mengorbankan ilmu, hidup, harta dan bahkan “kedudukan terhormat” sebagai menteri pendidikan yang dijanjikan oleh Presiden Jamal Abdul Nasr apabila ia ingin merubah prinsip-prinsipnya. Tetapi sesuatu yang telah menjadi prinsip hidup bagi Sayyid tetap menjadi prinsip, walaupun harus mengalami penyiksaan di penjara dan menjemput syahadah di tiang gantungan.
Itulah beberapa kisah pengorbanan tokoh-tokoh sejarah kemanusiaan. Dan sejarah manusia yang masih akan berlangsung sampai hari kiamat, akan selalu mencatat dan meminta para pelaku sejarah yang berani mengorbankan diri, harta, waktu dan segala yang ia memiliki dalam rangka mempertahankan kebenaran.

Nah dalam konteks kekinian, sungguh banyak di hadapan kita peluang untuk berkorban, terutama karena kebenaran telah terdominasi oleh kejahatan, jumlah pelaku kebenaran jauh lebih sedikit dari jumlah pelaku kejahatan, dan pelaku kebenaran jauh lebih lemah dari berbagai kekuatan yang dimiliki para pelaku kejahatan; kekuatan politik, ekonomi, fisik dan lain sebagainya ada di tangan mereka.

Tapi, jangan berkecil hati dulu!! Karena sumber kekuatan mereka adalah sumber kekuatan kita juga, yaitu Allah SWT, Ia Allah kekuatan yang sesungguhnya. Dan Allah akan bersama kita,[3] apabila kita ingin mengikuti jalannya para Rasul, yaitu berjuang dan berkorban merebut kekuatankekuatan mereka, berjuang memperbanyak jumlah pelaku kebaikan, sehingga pada gilirannya kebenaran akan menjadi jaya, dan sebaliknya kebatilan akan runtuh.[4] Walaupun dalam perjuangan itu banyak harta yang habis serta jiwa yang gugur, tetapi sejarah kemanusiaan akan mencatatnya sebagai buah bibir generasi-generasi mendatang, dan Allah akan memberinya kedudukan yang mulia di sisi-Nya.

Agar menjadi lebih jelas, sesungguhnya Indonesia, negeri yang kita cintai ini, sedang dikuasai dan diperintah oleh orang-orang yang tamak dan mementingkan kepentingan diri, keluarga dan kelompoknya sendiri serta melakukan segala hal yang merugikan bangsa dan negara untuk mencapai tujuan-tujuan sesaat mereka.[5] Oleh karena itu, kita wajib berjihad dengan penuh mengorbankan segala yang kita miliki untuk menyelamatkan negeri dan bangsa ini dari ambang kehancuran. Menyelamatkan negeri dan bangsa ini adalah menyelamatkan negeri dan umat Islam, karena sesungguhnya, pemilik negeri dan bangsa ini adalah umat Islam itu sendiri, dan saya, Anda, saudara, keluarga, tetangga dan masyarakat kita adalah bagian dari umat Islam. Wallahu a’lam.

Ruj:
1. Hasan Al Banna, Risalah Pergerakan, jilid 2, halaman 189-190, Era Intermedia, cetakan kedua.
2. Said Hawwa, Membina Angkatan Mujahid, halaman 170, Era Intermedia, cetakan pertama.
3. Qur’an, surat Al-Ankabut: 69
4. Qur’an, surat At-Taubah: 33
5. Menjual BUMN, membebaskan konglomerat hitam, membiarkan KKN, membuat rekayasa untuk menyudutkan umat Islam melalui peristiwa Bali, menaikkan harga BBM, TDL dan telepon, serta membuat berbagai UU yang mempersempit peluang gerakan demokrasi dan reformasi.

BERKORBAN @ TERKORBAN?

pengorbanan menuntut ketaatan, kesabaran & kesungguhan...

Lambat sedikit post saya tentang pengorbanan...sempena hari raya korban yg lepas...tapi pengorbanan itu bila2 saja...insyaAllah, sedikit perkongsian serba kurang dari saya...

Semalam saya dan sahabat2 berbincang pasal pengorbanan...panjang juga ceritanya...saya just menulis kesimpulannya...kita kena latih otak kita ni utk berfikir...berfikir...dan berfikir...berfikir dalam erti mengembalikan segala pemikiran itu kepada Pencipta kita...baru la terjawab tanpa ada penafian...kerana segalanya BENAR...jika BENAR2 meyakini...

Pengorbanan tu apa???

ermmm...cuba tanya diri sendiri...

kenapa pengorbanan???sebab baru lepas makan daging Hari Raya Korban???huhu...

or sebab hari raya korban, selalu diingatkan tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s...

tapi...apa pengorbanan kita???

Apa pengorbanan terbesar yg pernah kita lakukan???

pengorbanan terbesar tidak semestinya membawa perubahan kepada masyarakat or negara...tapi mulakanlah dgn diri sendiri...

tapi utk jawab soalan ni, kena tau apa maksud pengorbanan dulu...

maksud pengorbanan yg saya tulis ni bukan dari kamus dewan edisi terbaru or lama...
pengorbanan yang dimaksudkan adalah kesediaan meninggalkan sesuatu yang disukai utk benda yg lebih tinggi darjatnya...

contohnya, berkorban meninggalkan jahiliyyah yang ada dalam diri kita dan berubah kepada yang lebih baik...bukan suatu perkara yang senang dan disukai...tapi Allah suka dan Allah pandang usaha kita itu...

mungkin iman kita tidaklah sehebat iman para Nabi...tapi pengorbanan itu dituntut utk perubahan @ hijrah...pengorbanan juga sangat menuntut kesabaran dan ketaatan...

ya, kesabaran dan ketaatan kunci untuk berkorban...satu lagi, sungguh2...

kenapa saya kata sungguh2??sebabnya jika x sungguh2 berkorban kita yang 'terkorban'...

'terkorban'??? terkorban dalam karat2 jahiliyyah yang tidak mampu dihakis...

insyaAllah, sesama fikirkan, apakah pengorbanan yang pernah dan akan kita buat???
saya juga masih terus berfikir, sebab susah nak dijawab saat ditanya sahabat saya...jawablah dalam diri kita sendiri...kerana kita tahu, apa yang kita mahu...pasti dan pasti...DIA Maha Tahu...

x nak kah kita dgn janji2 Allah utk orang2 yang beriman...janji itu sangat pasti...jom perbanyakan tadabbur Al-quran, utk cari tahu apa yang Allah firmankan dalam Kalam Nya...

berusahalah...sekiranya tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kemenangan...

berusahalah dan terus pacukan doa...kerana usaha kita yang Allah hitung...dan segala hasilnya berada dalam Pengetahuan dan Kuasa Allah 'azza wa jalla...

Wednesday, December 1, 2010

ingatan kita padaNya

sejauh mana ingatan kita kepadaNya...

“ Wahai orang-orang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingati (namaNya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikat Nya (memohon ampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” [Surah Al Ahzab 33: 41-43]

Ayat 41 – 43 dari Surah Al Ahzab, sangat jelas...mari sesama fikir ...Allah berfirman kepada orang-orang beriman untuk meningati Nya...dan dikala kita berzikir pada Allah, para malaikat juga turut berdoa buat kita...

Ingat kepada Allah...zikrullah...dalam sehari berapa banyak mulut kita berzikir, lebih penting lagi...berapa banyak hati kita berzikir...if nak kira, sememangnya kita boleh kira...tapi adakah kita nak ‘berkira’...hee...perkataan kira pun jadi isu...sebenarnya saya sedang berfikir tentang itu...saya manusia lemah yang sedang berusaha perbaiki diri dari hari ke hari...insyaAllah...

Ada apa pada zikir?

Dapat menghidupkan jiwa dengan kembalinya lidah dan hati manusia itu kepada Allah ‘azza wa jalla. Hati dan jiwa jadi kuat, hidup dan tenang. Ketenangan hasil kerinduan kepada Ilahi...subhanallah...jiwa yang hidup dan kuat ini dapat melahirkan jasad yang jauh dari penyakit kemaksiatan.

Zikir adalah penawar kepada jiwa agar sentiasa suci dan tunduk pada Ilahi. Ruh yang tunduk pada Rabbnya, sentiasa menghalangi jasadnya dari perkara yang dimurkaiNya. Dan sentiasa mengharapkan keredhaanNya pada setiap langkah dan detik hidup.

Berzikir selain menjadi sumber ketenangan dan ketentraman jiwa, ia juga menjadi sumber kekuatan dan rahsia kemenangan di dalam da’wah, oleh karena Rasulullah saw dan para khalifah setelahnya setiap memberangkatkan pasukan perang, mereka selalu berpesan untuk memperbanyak ketaatan dan berzikir kepada Allah dan tidak boleh lalai dan bermaksiat kepada-Nya. Kemudian Allah SWT memasukkan berzikir kepada Allah sebagai syarat kemenangan sebagaimana di sebutkan di dalam surat Al-Anfal sebagai berikut:

“Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), Maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung”. [Surah Al-Anfal: 45]
Jika hati tidak berzikir, hati cenderung mengikut jejak dan hasutan syaitan serta ajakan hawa nafsu.

Dengan zikir hati yang keras menjadi lunak.
Dengan zikir juga, kita dapat sibukkan diri dari bercakap perkara2 yang x baik. Contohnya, jika hati n lisan sedang berzikir, tetiba ada orang datang bercerita hal orang lain dalam erti kata lain, mengumpat, adakah kita nak join sedangkan tadi kita sedang berzikir mengingati Allah...tidakkah kontra berzikir dan mengumpat tadi???jadi berzikir di sini, kita dapat lihat betapa berzikir dapat menghalangi kita dari berkata yang tidak baik.

Berzikir juga penyebab turunnya Rahmat dari Allah. Malaikat untuk mendoakan kita serta di banggakan oleh Allah SWT. Allah berfirman:
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”.[Surah Ar-Ra’ad: 28]
Saya akhiri perkongsian saya kali ini dengan ayat-ayat cinta agung kita, firman Allah yang sarat petunjuk dan panduan buat mereka yang berakal...

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka”. [Surah Ali Imran: 190-191]

p/s: jom sesama test dan apply pada diri kita, berzikir dgn byknya pada Rabb kita, Pemilik kita dan Pencipta kita...mulakan saat ini...

Ruj:
1. Al-Quran Kareem
2. KEUTAMAAN ZIKIR DAN BERISTIGHFAR Oleh: H.Abdussalam Masykur, Lc. MA
3. Tazkirah dan Muhasabah Diri.