Perkahwinan? Redha Allah matlamat kita...Kali ni saya ingin menulis tentang cinta dan perkahwinan walaupun saya bukanlah orang yang arif dan berpengalaman...insyaAllah, ini adalah pendapat dan pendirian saya tentangnya...terasa malu utk menulis post ini, tp idea ni terbit dari perbualan saya, abang2 saya, adik, dan mak tersayang...
Semalam seusai solat isyak, abang2 saya (kembar) berbincang dengan mak tentang hajat mereka utk bertunang dan seterusnya berkahwin dengan pilihan hati masing2. Perbualan makin rancak, saya dan adik turut sama menyibuk. Saya diam, mendengar sambil berfikir. Alhamdulillah, perkara baik harus dipercepatkan. Tapi........
Bukan sekadar menghalalkan yang haram
“Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu”.Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.
Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang. Sepanjang kehidupan. [ Saifulislam - Jangan sekadar syurga dunia ]
Saya setuju dengan kata-kata Ustaz Hasrizal. Dan tertarik dengan ayat ini, Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.
“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]
Persediaan dan pengetahuan
Ada pasangan yang suaminya masih berjiwa PSP, tiada keghairahan terhadap anak yang lahir. Ada isteri yang memberikan anak kecil minum susu sejuk kerana tidak tahu susu badan yang dibekukan di peti ais perlu dihangatkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada anak. Semuanya gara-gara kurang persediaan dan kurang bersungguh mencari pengetahuan yang diperlukan
Jadi, penyelesaiannya bukan jangan kahwin, atau nak kahwin juga.
Sebaliknya, berfikirlah dengan cermat sebelum apa-apa keputusan dibuat. Kemudian buat persiapan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dengan mematangkan fikir daripada rentak seorang anak muda atau pelajar, kepada suami dan isteri, ibu dan bapa, yang sinonim dengan tanggungjawab dan peranan.
Budaya bercouple
Teringat zaman sekolah dan universiti, saya tidak pernah melibatkan diri dengan budaya ini. ermm orang yang tidak bercouple seakan pelik yang amat sangat. tidak mengapa...
Masa sekolah dulu, saya merasa bercouple ni mengganggu pelajaran (pendapat saya pada waktu tu). walaupun kawan2 saya yang bercouple ada yang pandai dan berjaya, tapi saya tidak kisah dan saya tidak berminat.
Semasa tahun pertama di universiti, barulah saya tahu kenapa kita tidak bercouple...bukan kerana pelajaran, tapi kerana Allah larang. kerana itu, tiada sebab lain.
Apakah kita memerlukan sebab yang lain? Tidak. Cukuplah keredhaan Allah itu matlamat kita, cukuplah kemurkaan Allah itu menjadi sebab kebencian kita atas sesuatu perkara
Yakin dengan janji-Nya
Ingin saya mengajak semua yang belum berkahwin, usah cemari rumah tanggamu nanti dengan maksiat dan dosa. Sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah tercatat di lohmahfuz untukmu namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehahkanlah dirimu.
Yakin dengan janji Allah, dalam Surah An Nur:
Maksudnya: Dan wanita-wanita yang baik adalah untul laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). [ Surah An Nur 24: 26]
4 comments:
tersenyum simpul ana membaca artikel enti. Mubarak! ^__-
betul, berusahalah untuk menjadi bukan semata mencari - sbb selalunya orang bagi alasan nak bercouple nak mengenali pasangan, kalau tak kenal maka susahlah nak menikah, sedangkan sepatutnya kita yakin dengan janji Allah spt dalam surah an-Nuur.
Baitul Muslim - lebih dari itu ialah langkah mencapai redha Allah.
masyaAllah...
ana pun malu gak mula2 nk tulis pasal ni..
insyaAllah...sesama doakan dan berusaha mensolehahkan diri dan kuatkan keyakinan akan janjiNya...
syukran wa jzkk ya sodiqoti... :)
hehe~
^^, anak mak dh besau rupenye~
tak mahu kene kawin pakse juga ^^,
dan sedang berusaha mempersiapkan diri.
insyaAllah tahun depan-depan.hehe.
masyaAllah...sahabatku...
hehe...
jgn la ckp x mahu kawen...hehe..bgus la mak nti...
InsyaAllah,sesama mempersiapkan diri dgn ilmu n amal... :)
Post a Comment