Wednesday, May 25, 2011

Menjadi sepertinya...sebuah inspirasi...

semoga kita mampu lahirkan ribuan akhwat sepertinya sebagai penerus perjuangan dakwah...

Assalamualaikum….
Hurmm…mari menyapu habuk yg dah banyak di blog saya…sekian lama ditinggalkan…Baik…apa saya nak tulis kali ini…banyak benda nk tulis sebenarnya…




Suatu kisah seorang ukhti yg…Subhanallah…hebat…yg tidak pernah surut semangat dan penghayatannya…ukhti ini telah kembali mengadap Kekasihnya..beliau dijemput Allah pulang dalam perjalanan hendak menghadiri konvokesyen anaknya…


Allahyarhamah Ibunda Yoyoh Yusrah…


Jauh…jauh sekali utk membandingkan diriku dan dirinya…membaca kisah beliau buat saya rasa kerdil sangat…saya terlalu kecil…ya Allah…


Saya masih baru dan baru beberapa tahun di medan dakwah dan belum berumah tangga…dibandingkan dengan ukhti ini..telah melahirkan 13 orang jundullah yg hebat…seorang ibu yg tidak pernah ada pembantu rumah, seorang isteri yg tabah dan optimis dgn kerja dakwah…bukan calang2…anggota dewan parlimen mewakili parti PKS…bagaimana sehebat itu?adakah keluhan selalu melata dibibirnya?mungkin tidak…malah ukhti ini merasakan dirinya terlalu kerdil dibandingkan dgn wanita-wanita Palestin, yg mampu melahirkan dan membesarkan lebih ramai anak2 pewaris perjuangan walaupun keadaan negara mereka yang sedang bergolak...ukhti ini hafal sehingga 20 juzuk Quran, tetapi merasa jauh terkebelakang daripada wanita2 Palesti yg rata2nya menghafal 30 juzuk Al Quran…


Pesanan ukhti kepada akhawat…
Kita sebenarnya sedang berhadapan dengan pewaris perjuangan, bersabarlah…bersabarlah…malah, tanggapan optimis ukhtie ini terhadap perkahwinan dalam dakwah membuatkan diri menepis tanggapan negatif yang menyalahkan perkahwinan pada awal usia...katanya,

"Berbicara mengenai visi pernikahan, visi pernikahan itu adalah visi da'wah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi da'wah, apapun masalah yang tengah dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”


“Bagaimana dengan menunda pernikahan?”


“Ternyata apabila menunda pernikahan, maka akan menunda kelahiran dan kebangkitan umat, menunda pernikahan akan menghambat pertumbuhan atau penambahan umat-umat yang berkualitas. Bukankah Rasul senang dengan umat yang banyak dan berkualitas. Dan bukankah kita rindu dengan lahirnya kembali kepemimpinan Islam dan Islam menjadi soko guru seluruh alam ?”

Ukhti ini juga sering mengingatkan para wanita supaya menjaga pemakanan kerana katanya,
"Rahim seorang wanita harus dipersiapkan untuk menghasilkan generasi yang terbaik. Jadi, makanlah hanya sesuatu yang halal dan toyib”


Siapa kata kelelahan menguruskan anak-anak kecil menghalang diri daripada bangun beribadah pada malam hari? Jika anak kecil sering menangis kerana takut ditinggalkan ibu yang bangun bertahajjud? Bagi yang belum mendirikan rumah tangga, kelelahan kerja dunia apa yg menghalang kita dr bangun beribadah pada mala hari???Apa kata ukhti ini?


“Insya Allah masih bisa ukhti…Yang namanya bayi, ya tugasnya memang nangis. Malah kita khawatir kalau dia tidak bisa menangis tapi anteng terus. Nah, anti bisa siapkan bayi dulu dengan memmbersihkan dari najis, terus dipasang pampers, lalu menyempatkan diri wudhu sebentar. Saatnya sholat, gelarlah kasur kecil di samping sajadah kita dan taruh bayi di situ. Kalau dia menangis, jangan panik dulu, tetap teruskan sholat. Tapi kalau terlihat tanda-tanda nangisnya tak mau berhenti, gendonglah dia sambil sholat. Insya Allah dalam dekapan si ibu, dia akan tenang kembali. Sekaligus ini memberikan tarbiyah ruhaniyah padanya, sejak kecil sudah merasakan dan menyaksikan ibunya selalu bangun untuk sholat lail di sepertiga malam”. Masya Allah! Luar biasa sekali.


Saya berazam mencontohinya ya Allah..bangun bertahajjud dan bertemuMu, Ya Allah…bersama-sama setiap anak-anakku (cita-cita suatu hari nanti)…kuatkan keazamanku, ya Allah…dan kurniakan aku dgn teman hidup yg terbaik buat diriku, yg dpt melayari bahtera dakwah bersamaku, dapat mengirup bauan taman syurgaMu dan dapat bersama-sama bertemuMu di akhirat kelak…dan kurniakan dirinya pahala jariah ini...kerana dia menjadi sumber inspirasiku...Ameen ya Rabb.


Beberapa hari sebelum dijemput pulang menghadap Ilahi, ukhti ini mengirimkan sms berikut terhadap temannya:
“Ya Rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak di akhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita, Khadijah Al-Qubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah yang dibela Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa) dan qawwahmahnya (rajin sholat malam)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500-an hadits, sedang aku… ehm, 500 juga belum. Atau dengan Ummu Sulaim yang shabirah (penyabar). Atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad. Atau dengan siapa ya Allah? Tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliyah mereka sehingga aku laik bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di Taman Firdaus-Mu”.


Sungguh dia sudah terasa ajalnya hampir tiba...
Mulianya dia ya Allah...ganjari dia dengan segala rahmat antara rahmat atas segala kebajikan yang pernah disumbangkannya...hari ini kita kehilangan seorang Ukhti bernama Yoyoh Yusrah...semoga pada masa akan datang, kita mampu lahirkan ribuan akhwat sepertinya sebagai penerus perjuangan dakwah...akan merindui setiap langkah perjalanannya...

Al-Fatihah (Ibunda Yoyoh kembali ke Rahmatullah pada 21 Mei 2011 yang lalu kerana terlibat dalam satu kemalangan.


p/s: perjuangan yg sama mengenalkan kita...walaupun kita tidak pernah bersua, ya ukhti...


Sumber:
-emel sahabat2
-dakwatuna.com
-http://sinarsinggahsana.blogspot.com/2011/05/jadikan-daku-seperti-dirinya-ya-allah.html

Wednesday, May 4, 2011

Takwin Centric

Takwin Centric - tujuan, manhaj, qiyadah, junud, disusun, menyusun

Assalamualaikum, lama saya tidak menulis...tapi yang ini bukan saya yang tulis. ini adalah penulisan seorang ukhti yang saya kasihi kerana Allah...saya kongsikan penulisan beliau, yang saya baca awal pagi td lewat emel as tazkirah pagi buat saya dan semua...insyaAllah next post saya akan kembali menulis...


Sharing is caring.

Kita adalah golongan yang bekerja. Bukan hanya sekadar mentabligh, tetapi mentaghyir.

Taghyir tidak akan berlaku tanpa kita sendiri mempunyai mindset “takwin centric”.
Kerana taghyir hanya dapat dilakukan oleh manusia-manusia hebat yang mendukung fikrah. Iaitu mereka yang mengikut manhaj yang berkesan dan selaras, serta sentiasa bersiap sedia untuk menyusun dan disusun.




Sehingga setiap dari kita akhirnya menjadi tentera fikrah dan aqidah.
Taghyir tidak mampu dilakukan oleh mereka yang berada di luar gelanggang, sekadar menonton dan bertepuk sorak memberi semangat.


Hadaf UTAMA takrif ialah takwin.
Rasulullah sendiri ditakwin dan mentakwin. Salah satu produk takwin Rasulullah ialah Bilal itu sendiri. Lihat bagaimana Rasulullah mentakwin Bilal dari seorang hamba sehingga menjadi manusia hebat dan mampu memikul jawatan gabenor kerajaan islam pada waktu itu.
Ada antara kita yang hanya bekerja dengan mindset “dakwah centric”. Lalu wujudlah golongan yang kecundang selepas mendirikan rumah tangga kerana menganggap mendidik anak, isteri dan ahli keluarga sahaja sudah dikira memenuhi tuntutan KITA.

Begitu juga dengan ikhwah dan akhawat yang masuk ke alam pekerjaan dan menganggap infaq bulanan sudah memenuhi keperluan KITA. Terus meninggalkan kerja-kerja mentakwin.
Dakwah centric tidak mencukupi kerana ia nya masih kabur. Kita perlukan kita yang takwin centric!


UA tidak akan tercapai jika kita masih sekadar menjadi penghibur kepada masyarakat. Memberi apa yang mereka mahukan dan menghiburkan mereka dengan apa yang mereka ingin dengari. UA hanya akan tercapai melalui proses takwin - pembinaan bertahap.

Kita kekurangan tenaga taujih tarbawi yang mampu mentakwin dengan baik. Kita juga kekurangan ikhwah dan akhawat yang takwin centric!
Kita yang mampu mencetak tenaga-tenaga takwin yang baru.
Kita yang mampu menghasilkan modul-modul takwin.
Kita yang mampu menulis artikel-artikel takwin.
Kita yang mampu menghasilkan video-video takwin.
Kita yang mampu menghasilkan nasyid-nasyid takwin.
Kita yang memikirkan cara mentakwin dengan segala jenis uslub tajmik.
Kita yang memusatkan fikiran dan tenaga untuk amal-amal takwin yang muntij.
Kita yang mampu mentakwin masyarakat dan memasyarakatkan takwin.

Aku menganggap takwin sebagai proses men-seribu-kan diri. Maksudku, setiap produk yang ditakwin itu sama seperti seribu orang. Itulah yang diyakini Khalid Al-Walid ketika tenteranya hanya berjumlah 3000 orang dan beliau hanya meminta 500 orang sahaja askar tambahan dari Umar Al-Khatab untuk berhadapan dengan 100 000 tentera musuh.


Dan seorang mujaddid pula pernah begitu optimis dengan kualiti dan hasil-hasil yang bakal dijana oleh produk takwin dengan berkata…


“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..”


Pernahkah kita terfikir mengapa Rasulullah sanggup menghabiskan lebih dari separuh usia dakwahnya (13 tahun) di Mekah hanya dengan 313 orang semata-mata untuk proses takwin yang intensif?

by :


Ukhti Azreen
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [ 3 : 147 ]