Thursday, March 3, 2011

K.I.T.A dan Facebook

Duri pada mawar bisa melindungi dirinya...


Kali ni saya nak tulis tentang facebook dan kita dan perempuan. Saya juga seorang perempuan, as perempuan kadang-kadang saya sedih dan malu dengan perempuan. Sebenarnya macam ni, lepas habis lab work dan before balik rumah, saya sempat tengok2 facebook dan beberapa profile rakan2, adik2, kakak2 yang saya kenali. Apa yang saya dapat lihat? Pelbagai ragam, status, comment, GAMBAR yang mereka ingin kongsikan di laman profile masing2.
Saya jadi malu…astaghfirullah…
Lepas tu saya fikir, perlu ke kongsi semua gambar-gambar tu??? Ya, mungkin orang boleh kata hak asasi seseorang.
“ Suka hati la nak letak gambar banyak2...ni my profile..” (ayat rekaan semata)…hee
Ok, xpa...1st, kita tanya pada diri, kenapa kita ada facebook? Utk mempamerkan semua gambar2 kita? utk dikenali? utk mengenali? ermmm...cuba tanya diri...
2nd, tanya diri, betul ke kita ada hak letak gambar2??? ermmm...gambar apa yang kita letak? Gambar yang terdedah auratnya, yang menconteng wajah dgn warna2, bertudung tapi hanya menutup rambut...dan sebagainya...mata-mata siapa yang melihat kalian? fikirkanlah...
Saudari2 yang saya kasihi kerana Allah,
Apakah ‘hak asasi’ kita as muslim??? Adakah kita cuba memenuhinya atau ikut suka kita nak hidup macam mana. Astaghfirullah…
Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.
Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.
Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-
فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا
Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?
Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.
Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)
Saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian sebab dalam facebook kita dapat lihat pelbagai fesyen yang menyakitkan mata dan mengganggu hati2 yang melihat.
Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan rambut dan telinga, bertudung hanya utk menutup rambut, berseluar ketat, bert-shirt pendek dan sepertinya. Adakah apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia hak peribadi? Tidak boleh campuri urusan orang lain?
Saudariku,
Tubuh ini bukan milik kita, hanya pinjaman. Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada disiplin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.
Baik, jom kita tengok buku manual (Al-Quran) kita...mungkin kita terlupa...so kita check balik...baca dan hayatilah dengan hati...
Ok kita speaking sket…mungkin lebih senang utk difahami…hee…
So what do the Quran and Sunna have to say about that? There are two verses that deal with this question. They are Surah an-Nur verse 31 and Surah al-Ahzab verse 59.
Surah an-Nur verse 31 reads:
And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts, and not to display their beauty except what is apparent of it, and to extend their headcoverings (khimars) to cover their bosoms, and not to display their beauty except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or what their right hands rule (slaves), or the followers from the men who do not feel sexual desire, or the small children to whom the nakedness of women is not apparent, and not to strike their feet (on the ground) so as to make known what they hide of their adornments. And turn in repentance to God together, O you the faithful, in order that you are successful.
Surah al-Ahzab verse 59 reads:
O Prophet! Say to your wives and your daughters and the women of the faithful to draw their outergarments (jilbabs) close around them; that is better that they will be recognized and not annoyed. And God is ever Forgiving, Gentle.
My dear sisters, we are muslim woman.
We wear hijab for the simple reason that Allah has commanded it in Quran and Sunnah. As muslims, we make the testimony “Muhammad is the messenger of God”. The Prophet, Muhammad (peace be upon him) would not be a messenger if he did not come with a message, and his message in the Quran. Therefore, we are saying “The Quran is the message of God”. Our faith in God motivates us to obey God’s message and that is why we follow that has commanded in the Quran. The Sunnah records what the Prophet Muhammad said, did, and silently allowed. It shows us how he put the Quran into action. It tells us what he commanded, allowed, prohibited, judged, and decided. And it informs us how he explained the Quran.
Ok sisters,
Just think about it…deeply… :)
Ya Allah…forgive us for all the sin and wrong doing.
Purify our soul.
Keep it us in on the right track…ameen…ya Rabb…

p/s: nasihat buat diri dan kalian...tidaklah tinggi mana ilmu n amal ini...tapi sesama ingatkan jika terlupa...terlupa bahawa KITA dan KEHIDUPAN kita ini ada PEMILIK & PENCIPTANYA... :)

No comments: