Sunday, May 23, 2010

* PERISTIWA AL NAKBAH *

Free Palestine End The Occupation...


Ramai masyarakat antarabangsa tidak mengetahui bagaimana penjajahan negara Palestin oleh Israel dilakukan dan apakah peristiwa hitam al-Nakbah. Mari kita soroti sejarah penubuhan negara haran Israel sehingga mencetuskan al-Nakbah.

PERSIDANGAN ZIONIS PERTAMA
Pada tahun 1897, gerakan Zionis bermula dengan rasminya di Basle dengan Theodor Heizl sebagai presiden yg bermatlamat utk menubuhkan bagi Yahudi- sebuah negara yang sah secara umum dan legal di Palestin.

DEKLARASI BALFOUR
Selepas kemenangan British, Perancis dan Amerika dalam perang dunia pertama, Negara Palestin telah diisytiharkan sebagai negara mandat British pada 1919 yang diawasi oleh Liga Bangsa-bangsa. Zionis akhirnya mengambil peluang ini utk merealisasikan impian mereka dengan mencadangkan deklarasi Balfour. Bagi mengenangkan jasa Cham Weizman, tokoh yahudi Russia yang menyumbang kepada ketenteraan British dan yang memenangi organisasi yahudi Amerika yang berpengaruh akhirnya deklarasi Balfour diluluskan oleh kerajaan British yang sebenarnya sehaluan dengan zionis. Deklarasi ini merupakan satu inisiatif yang menggalakkan bangsa yahudi utk berhijrah ke Palestin.

PENGHIJRAHAN BANGSA YAHUDI BERAMAI-RAMAI
Selepas persetujuan deklarasi Balfour maka berlakulah kemasukan beramai-ramai bangsa Yahudi Eropah ke Palestin. Mereka merampas tanah-tanah ladang dan mengenepikan hak pengusaha tanah dan peladang Arab. Yahudi juga bertindak menghalau mereka dari tanah-tanah mereka usahakan. Kerajaan British tidak melakukan apa-apa utk menyelesaikan permasalahan tanah yang dihadapi oleh penduduk Arab Palestin. Maka berlaku rusuhan berdarah yang dilakukan oleh penduduk Arab Palestin yang tidak berpuas hati dengan perkara in, namun Zionis meneruskan kemasukan beramai-ramai orang Yahudi. Pada 1936, penduduk Yahudi meningkat kepada 384 ribu atau lebih 30% daripada penduduk Palestin, satu penambahan pesat pernah dicatatkan dalam sejarah penempatan manusia.

SURUHANJAYA PEEL
Suruhanjaya Peel 1937 mencadangkan kepada Palestin dipecahkan kepada negara Yahudi dan negara Palestin di mana 33% dari negara Palestin diberikan kepada Yahudi. Cadangan ini adalah satu penghinaan kepada rakyat islam Palestin dan menyebabkan rusuhan berdarah meletus semula pada Julai 1937. Negara-negara Arab mendesak penghijrahan orang Yahudi diberhentikan dan pengharaman pengambilan hak milik tanah Arab. British telah bertindak menangkap dan memenjarakan beribu umat islam Palestin dan menjatuhkan hukuman gantung kepada mereka. Dalam pada itu, pengganas Yahudi telah menjalankan operasi serangan bom ke atas tempat-tempat awam di Palestin bagi memaksa penaklukan ke atas Palestin.
KERTAS PUTIH
Pada tahun 1939, British melaksanakan kertas putih yang menyatakan dalam tempoh 5 tahun 75 ribu pendatang Yahudi yang dibenarkan masuk ke Palestin. Selepas itu pemindahan tertakluk kepada rakyat Palestin. Namun polisi ini ditentang oleh kedua-dua pihak, rakyat Arab dan Yahudi.
TRAGEDI HOLOCOUST
Zionis mengambil kesempatan menggunakan peristiwa Holocoust yang meraih simpati dunia dan menggunakan simpati ini utk mewajarkan kemasukan orang-orang Yahudi yang terselamat ke Palestin. Selepas kemenangan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua, Presiden Harry S.Truman telah membenarkan 100 ribu bangsa Yahudi masuk ke Palestin pada Juai 1945. Dia juga menyatakan sokongan rakyat Amerika terhadap pembahagian negara Yahudi dan negara Arab dan menjadikan sebagai kempen pilihan raya congress yang akhirnya membawa kemenangan besar kepada parti republikan yang diwakilinya. ini telah mengundang kemarahan negara-negara Arab.

RESOLUSI 181
Pada Januari 1947, British mengambil keputusan utk menyerahkan Palestin di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB menubuhkan Jawatankuasa Khas Palestin (UNSCOP). Daripada jawatankuasa tersebut maka luluslah Resolusi 181 yang menyatakan negara Yahudi mendapat 55% daripada tanah Palestin dan 45% lagi kepada negara Palestin. Keputusan itu menimbulkan kemarahan negara-negara Arab kerana penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Maka negara Arab membuat keputusan melancarkan serangan ke atas Yahudi Zionis.

KELAHIRAN NEGARA HARAH ISRAEL
Pada 14 Mei 1948, benda Union Jack diturunkan di Baitul Maqdis dan keesokkan harinya, David Ben Gurion mengisytiharkan kelahiran Israel. Peristiwa ini telah meningkatkan serangan negara-negara Arab dari Mesir, Lebanon dan Syria ke atas negara haram Israel. Namun tentera Arab telah tewas dengan teruknya dalam peperangan tersebut. Tentera pengganas Israel terus melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin sehingga beribu-ribu rakyat Palestin enjadi pelarian dan tanah mereka dirampas.

AL-NAKBAH
Peristiwa Al Nakbah ini bermula sejak akhir tahun 1947 sehingga sepanjang tahun 1948. Namun tanggal 14 Mei 1948 telah menjadi hari peringatan bagi peristiwa tersebut. Keganasan Israel tidak terbendung apabila mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Arab Palestin yang akhirnya menyebabkan perpindahan besar-besaran penduduk Palestin seramai 800 ribu keluar dari penempatan mereka. Sebanyak 531 buah kampung dimusnahkan. Daripada tragedi ini Zionis berjaya menguasai lebih banyak kawasan iaitu 77%. Antara serangan ganas yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan tentera pengganas Yahudi ialah:

1) Pembunuhan beramai-ramai di Dier Yassin dimana sehingga 250 orang dibunuh secara kejam. Seramai 25 ibu mengandung dirobek perut mereka hidup-hidup. Seramai 52 orang kanak-kanak dipenggal di hadapan ibu-ibu mereka. Mayat mereke kemudiannya dihumban ke dalam perigi.
2) Pada 13-14 April 1948, pengganas YAhudi menyamar sebagai pasukan Arab dan memasuki sebuah desa di Nasir ad Din membunuh hampir ke semua penduduknya, 40 orang sahaja yang terselamat.

Peristiwa adalah beberapa contoh fakta keganasan yang telah dilakukan oleh pengganas Yahudi ke atas rakyat Palestin, 800 ribu penduduk Palestin yang menjadi pelarian terpaksa tinggal di kem pelarian. Kini genap 62 tahun atau lebih kurang tiga generasi masih menetap di khemah pelarian tanpa pembelaan. Penduduk Gaza pula dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi dan bekalan makanan menyebabkan mereka tinggal dalam keadaan kemiskinan dan kesusahan.

Rujukan daripada buku Israel Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya. Hafidzi Mohd Noor, 2006.

Daripada sorotan sejarah penubuhan negara haram Israel ini, maka kita sepatutnya kita sudah jelas dengan keganasan pengganas Zionis dan ketidakadilan kuasa-kuasa besar dunia dalam isu ini. Israel telah melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin hingga kini dan mereka terus mencuba merampas tanah Palestin utk dijadikan milik mereka. Oleh itu, sebagai masyarakat antarabangsa yang mencintai kedamaian, kita harus bersama-sama dalam satu kefahaman utk tidak mengiktiraf negara Israel ini. Mari kita bersama berganding bahu dalam menyokong pembebasan bumi Palestin drpd kekejaman Israel dengan:
- sebarkan maklumat dan informasi kepada keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling.
- memberikan sumbangan sama ada berbentuk dana kepada rakyat Palestin melalui saluran yang betul
- memboikot barangan-barangan yang sudah sah memberikan sumbangan kepada negara haram Israel.
FREE PALESTINE END THE OCCUPATION

sumber: www.aqsasyarif.com & PACE

No comments: