Thursday, April 15, 2010

++ Selamat Hari Lahir Ayah dan Mak ++

Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Selamat Hari Lahir Mak n Ayah...by Devianart

Saya nak buat ucapan khas kepada mak dan ayah tersayang yang menyambut hari lahir mereka. Ayah pada 13 Mac dan mak pada 14 April....masing2 menyambut ulang tahun kelahiran ke-49 dan mak yang ke-47...

" Selamat Hari Lahir mak dan ayah...semoga Allah merahmati dan setiap langkah mak ayah mendapat redha Allah...b ah sayang kt mak n ayah...alhamdulillah...bersyukur dengan sangat, sbb mak ayah lah yang telah melahirkan b ah...Allah hadiahkan kita 1 famili yang sederhana dan bahagia...Alhamdulillah...

Doa b ah buat mak ayah, moga meningkatnya usia mak ayah, meningkat juga keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Terima kasih buat mak ayah yang telah melahirkan aku, abang2 dan adik beradik ku, tidak pernah diluahkan rasa penat melahirkan kami semua. Tidak pernah juga mak ayah meluahkan rasa penat menjaga kami semua ketika kami masih kecil. Tidak pernah mak ayah meluahkan rasa penat menjaga kami di zaman persekolahan kami, di saat kami sakit dan demam, dan di sepanjang hidupnya mak ayah bersama kami. Moga Allah menjauhi mak ayah dari azab api neraka.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” [Surah Al-Ahqaf : 15]

B ah nak mnta maaf sangat2 kalau ada tersalah tingkah dan tersalah kata yang membuatkan hati mak n ayah terguris dan sedih...maaf sangat2 jika x blh buat mak n ayah sentiasa tersenyum...b ah sentiasa cuba buat mak ayah senyum... :) insyaAllah...

Mak ayah...ketahuilah...anakmu ini sangat bahagia, gembira dan bertuah menjadi anakmu...juga ketahuilah, bertemunya anakmu dengan jalan yang satu, jalan dakwah dan tarbiyyah ini telah mendidik anakmu utk menyayangi dan menghormati mak ayah, berusaha menjadi insan soleh wa musleh, berusaha menegakkan syariat Allah di muka bumi...insyaAllah...anakmu mengharapkan doa, restu dan redha...

Terima kasih x terhingga buat mak ayah yang x putus2 berdoa buat si anak ini...berdoa yang terbaik buat anak...b ah mohon doa dan redha mak ayah yang x putus2 dalam segala yang b ah lakukan...terima kasih juga atas segala sokongan dan dorongan...

Banyak lagi yang x terucap...kerana tersangat banyak budi dan jasa yang x mungkin dpt dibalas...hatta 1 senyuman dari ibu pun x bisa dibalas oleh sang anak...x mungkin juga dapat dibalas dengan harta dan wang ringgit...

Yakin dengan janji Allah, bekalan buat para ibu bapa di 'sana' nanti hanyalah ilmu yang diamalkan, sedekah jariah semasa hidup dan doa anak2 yang soleh dan solehah...insyaAllah, b ah berdoa dengan sangat dan berusaha utk jadi anak yg solehah yang sentiasa mendoakan mak ayah..insyaAllah..."

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa : 23-24]

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Musafir Dunia,

Pertama sekali, penghargaan saya buat Musafir Dunia kerana berjaya memaparkan artikel artikel menarik dan membuka minda kepada muslimin dan muslimat.

Saya merasakan artikel artikel Musafir Dunia sangat bermanfaat dan menyampaikan nasihat yang baik kepada semua, tetapi sayangnya, kadangkala, kita lebih selesa menasihati dan menulis tetapi tidak berjaya menasihati ahli keluarga kita sendiri dan membuka mata ahli keluarga sendiri kepada apa yang elok dan apa yang tidak elok dalam pandangan Islam.

Mungkin Musafir Dunia telah melihat gambar gambar yang dengan bangganya dipaparkan oleh ahli keluarga Musafir Dunia- berpelukan dan berkepit dengan perempuan bukan muhrim, Astagfirullah...Amat memalukan dan jijik dilihat. Tidak ada rasa malu, segan atau takut pada Allah, bergambar seperti pasangan suami isteri yang sah. Mungkin ahli keluarga Musafir Dunia tidak membaca artikel Budaya Coupling yang pernah saudari tuliskan dahulu. Atau mungkin Musafir Dunia tidak pernah berdakwah kepada ahli keluarga sendiri. Tidak salah yang tua menegur yang muda, mahupun yang muda menegur yang lebih tua.

Lelaki dan perempuan yang belum berkahwin hukumnya haram berdua dua-an dan bergambar berpelukan berpegangan, seolah olah telah beranak 2. Perempuan yang berakhlak juga tidak akan berperilaku sedemikian. Renungkanlah....

Mulalah berdakwah di dalam rumah sendiri sebelum melangkah keluar, lebih afdal.

Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Maaf jika ada terkasar bahasa.

Wallahualam...

FAREHAH ZAINAL said...

wa'alaikumussalam w.b.t

pertama skali, terima kasih kerana sudi menziarah, sudi membaca dan mengambil manfaat dari blog saya...

alhamdulillah...saya dipilih Allah utk mendapat hidayahNya dan menerima tarbiyyah..moga Allah tetapkan langkah saya di Jalan Nya...

saya bersyukur mempunyai keluarga seperti mereka...walaupun sebegitu...dalam masa yang sama..hanya Allah yang tahu...
usaha dan doa saya buat mereka...apa usaha saya, Allah sahaja yg tahu...mungkin ada kelemahan diri yg harus diperbaiki dalam menyampaikan dakwah kpd keluarga...mungkin juga kurangnya permohonan n rayuan saya kpd Allah...
insyaAllah, saya berusaha n tidak bisa putus asa..

syukran wa jzkk atas teguran...

kalau saya blh tahu, siapa anda?dan dr mana? blh emel saya : wardatul_iman19@yahoo.co.uk

Ukhti Nur said...

Salam'alayk...

Jazakallah khayr katheera kepada Anonymous yg tlh memberikan pandangan.

Saya setuju, lebih afdal memulai dakwah didalam rumah sendiri.rujuk surah at-Tahrim, ayat 6.

namun bagi saya, itu bukanlah halangan utk melangkah keluar, itu bukanlah alasan utk tidak menyebarluaskan risalah ini..

sebagaimana yg ditunjukkan baginda ar-Rasul dlm memulakan dakwah dgn mereka yg didalam rumah, isteri dan sahabat2 yg paling rapat. Namun usaha itu tidak berhenti setakat disitu, dakwah baginda tidak terhalang utk sampai melata ke seluruh Makkah meskipun Pakcik Rasulullah yang sangat disayangi pun masih tidak berpegang pada akidah dan risalah yg baginda bawa.
Risalah itu terus tersebar indah dan luasnya buat mereka yg disantuni dan mereka yang dipilih Allah. bukankah begitu?

Bagaimana pula kisah dlm surah at-Tahrim, saat isteri nabi Lut dn nabi Nuh - hamba-hamba Allah yg soleh ini diberi ujian dikhianati oleh isteri sendiri. Apakah dengan ujian itu melemahkan mereka dari terusan menyakini janji Allah? lalu berhenti dari menyebarkan risalah ini? atas alasan > mulalah berdakwah didalam rumah sendiri SEBELUM melangkah keluar.
waAllahu'alam...

betul, berdakwahla kpd ahli keluarga kita dan mohonlah dengan sangat2 supaya Allah membuka laluan hidayah buat mereka yg sangat kita sayangi.

Ukhti Musafir Dunia,
saya tidak tahu berapa banyak usaha awak menyantuni keluarga awak. dan sungguh saya tidak tahu betapa kesungguhan awak mengharapkan hidayah itu Allah selitkan dalam hati mereka yg awak sayangi ini. saya tidak tahu.. tapi mengertilah, DIA Maha Tahu, dan DIA Maha Mendengar, DIA Maha Melihat..dan DIA jugalah yg akan menghitung usaha-usahamu...bukan hasilnya.kerana hasil itu hanya milikNYA.

Justeru, kemungkinan-kemungkinan orang diluar termasuk saya, hanyalah sebuah ketidakpastian. Hanya Allah jua yang Maha Tahu.

teruskanlah menyebarkan risalahNYA kepada keluarga yg didalam dan masyarakat di luar.kita tidak tahu kepada siapa yang Allah akan titipkan hidayahNya.

Mohon maaf andai ada kesilapan/ kekasaran bahasa. Moga Allah redha.

Wassalam

Salam mahabbah,
SYABAB MUSAFIR KASIH.

FAREHAH ZAINAL said...

wslm...
Jzkk pd ukhti nur yg turut memberi pandangan...

semua kata2 anda buat saya sendiri berfikir dalam-dalam...
sesungguhnya hati kita dipegang olehNya...hatta hati yang sedang berkata2 ini...
insyaAllah...teruskan usaha dan pacukan doa dengan sangat...moga thabat dijalanNya...berdakwah dalam keluarga dan masyarakat...usaha sungguh2,tanpa putus asa...kerana kita tidak tahu bila akan dijemput pulang...hasilnya bukan di tangan kita...

jzkk pd semua...

Unknown said...

Assalamualaikum saudari Farehah,

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi membaca comment saya dan meluahkan masa untuk menjawab. Saya, anonymous di dalam comment ialah Small Caliph. saudari boleh menghubungi saya di emel:smallcaliph@gmail.com

Minta maaf sekiranya comment saya mengguris hati saudari, tidaklah saya berniat untuk menyakiti atau melukai hati saudari sebab dari cara saudari menulis, saya yakin, saudari amat jujur dengan apa yang saudari luahkan di dalam blog Musafir Dunia.

Janganlah Musafir Dunia menyalahi diri sendiri sekiranya mereka gagal atau tidak menghiraukan nasihat saudari. Tidak semua yang sedia untuk mendengar nasihat yang baik, tetapi pada saya, eloklah jika nasihat ini diulangi supaya perkara yang tidak elok tidak berlaku.

Teruskan usaha Musafir Dunia, insyaAllah....akan berjaya.

Saya bersetuju dengan pendapat Ukhti Nur, bukanlah halangan menlangkah keluar untuk berdakwah. Betul apa yang dikatakannya, cuma kadangkala, kita lebih yakin dengan dakwah seseorang dari melihat contoh contoh baik yang ditunjukkan oleh pendakwah dan orang orang yang dekat dengan pendakwah. Namun begitu, saya percaya, bukanlah mudah untuk kita berdakwah kepada ahli keluarga sendiri jika mereka enggan atau buat tidak peduli dengan nasihat yang diberikan.

Semua yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam.