Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Saya nak buat ucapan khas kepada mak dan ayah tersayang yang menyambut hari lahir mereka. Ayah pada 13 Mac dan mak pada 14 April....masing2 menyambut ulang tahun kelahiran ke-49 dan mak yang ke-47...
" Selamat Hari Lahir mak dan ayah...semoga Allah merahmati dan setiap langkah mak ayah mendapat redha Allah...b ah sayang kt mak n ayah...alhamdulillah...bersyukur dengan sangat, sbb mak ayah lah yang telah melahirkan b ah...Allah hadiahkan kita 1 famili yang sederhana dan bahagia...Alhamdulillah...
Doa b ah buat mak ayah, moga meningkatnya usia mak ayah, meningkat juga keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Terima kasih buat mak ayah yang telah melahirkan aku, abang2 dan adik beradik ku, tidak pernah diluahkan rasa penat melahirkan kami semua. Tidak pernah juga mak ayah meluahkan rasa penat menjaga kami semua ketika kami masih kecil. Tidak pernah mak ayah meluahkan rasa penat menjaga kami di zaman persekolahan kami, di saat kami sakit dan demam, dan di sepanjang hidupnya mak ayah bersama kami. Moga Allah menjauhi mak ayah dari azab api neraka.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” [Surah Al-Ahqaf : 15]
B ah nak mnta maaf sangat2 kalau ada tersalah tingkah dan tersalah kata yang membuatkan hati mak n ayah terguris dan sedih...maaf sangat2 jika x blh buat mak n ayah sentiasa tersenyum...b ah sentiasa cuba buat mak ayah senyum... :) insyaAllah...
Mak ayah...ketahuilah...anakmu ini sangat bahagia, gembira dan bertuah menjadi anakmu...juga ketahuilah, bertemunya anakmu dengan jalan yang satu, jalan dakwah dan tarbiyyah ini telah mendidik anakmu utk menyayangi dan menghormati mak ayah, berusaha menjadi insan soleh wa musleh, berusaha menegakkan syariat Allah di muka bumi...insyaAllah...anakmu mengharapkan doa, restu dan redha...
Terima kasih x terhingga buat mak ayah yang x putus2 berdoa buat si anak ini...berdoa yang terbaik buat anak...b ah mohon doa dan redha mak ayah yang x putus2 dalam segala yang b ah lakukan...terima kasih juga atas segala sokongan dan dorongan...
Banyak lagi yang x terucap...kerana tersangat banyak budi dan jasa yang x mungkin dpt dibalas...hatta 1 senyuman dari ibu pun x bisa dibalas oleh sang anak...x mungkin juga dapat dibalas dengan harta dan wang ringgit...
Yakin dengan janji Allah, bekalan buat para ibu bapa di 'sana' nanti hanyalah ilmu yang diamalkan, sedekah jariah semasa hidup dan doa anak2 yang soleh dan solehah...insyaAllah, b ah berdoa dengan sangat dan berusaha utk jadi anak yg solehah yang sentiasa mendoakan mak ayah..insyaAllah..."
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa : 23-24]