bila kesabaran menjadi lemah...
Assalamualaikum...
Subhanallah...Alhamdulillah....Allahuakbar...Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam...selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w...
Moga kita semua sentiasa berada dalam kebasahan iman...terutama diri sendiri...
"bykkan bersabar...."
"sabarlah ye..."
"sabaq naa..."
"saba la beb...."
SABAR....SaBaR.......sAbAr....sabar.......SABAR......................................
fuh...kata2 kat atas ni senang nak cakap bila terjadi sesuatu perkara kat orang lain n kita nasihat dia....Fuh...tapi sebenarnya, sangatlah...tersangatlah susah nk implement dalam diri bila sesuatu terjadi kt diri sendiri...
Ya Allah...bantulah hambaMu ini...utk memahami erti sabar...
Bila sesuatu kesukaran dan kekusutan melanda diri kita...rasa sedih n serabut segala benda...down...rasa masalah kita lah yg paling susah gila...huhu..apakah bahasa ni??
tapi kan Allah telah berfirman dalam Al Quran...
" Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yg terdaya olehnya." [ Al baqarah, 2: 286]
lagi...dalam surah lain...
" Patutkah manusia mengira bahawa mrk akan dibiarkan dgn hanya berkata, "Kami beriman". sedangkan mereka tidak diuji (dgn ssuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang2 terdahulu sblm mereka, maka (dgn ujian demeikian), nyata apa yg diketahui Allah tentang orang2 yg benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yg diketahuiNya akan orang2 yg berdusta. [Al-ankabut, 29: 2-3]
Allahu...manusia apa kita ni... (saya lah....terutamanya....)
Allah mendatangkan pelbagai ujian yg berbeza antara kita manusia satu dunia ni....sbb tu kita rasa, kita lah yg paling susah sekali....tengok2 ada org sebelah kita, lg la susah dr kita...tp dia relax ja....masyaAllah...tgok diri kita, org sebelah, jiran kita, orang Palestin, orang Syria.....gurlppp....
Bila kita tahu ujian tu dr Allah...nak mntk tolong dari sapa? minta tolong macam mana????>+/&%@%^!
Mintalah tolong dr Allah dgn sabar dan solat. sebelum pertolongan Allah datang, kita ni haruslah bersabar macam Rasulullah s.a.w bersabar....MasyaAllah, hebatnya baginda s.a.w...
Dalam satu firman Allah s.w.t,
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." [Surah Al-Baqarah 2: Ayat 153]
Ayat ni ada hubungan dgn ayat yg sebelumnya, iaitu Allah menjelaskan tntg musuh islam yg dengki dan buat kejahatan kpd umat islam. walau bgaimanapun, umat islam xtermakan dgn isu org Yahudi yg meragukan umat islam tentang isu peralihan arah kiblat. pelbagai cara mereka lakukan agar umat islam x mengikut kebenaran. Ini adalah amat berat utk umat islam hadapi.
Maka Allah turunkan ayat ni, supaya memohon pertolongan kpd Allah dan Allah mengajarkan mereka cara memohon pertolongan iaitu dengan sabar dan solat...
Sbbnya bila Allah dah bersama dgn org yg sabar... ketika itu, tiada musuh yg dpt buat apa2 pd kita...sbb Allah akan memelihara orang yg bersabar...
Ya Allah...kdg2 kita ni lupa dan sebenarnya x semat n tanam di hati n yakini pn...sbb bila ada sesuatu yg menguji kita, kita terus down, gelisah n kecewa...oo perasaan tu x salah, as manusia biasa, tp kita kena tahu apa nak buat dan caranya utk kembali pulih...hebatkan Allah bg pd semua muslim...
Kenapa sabar n solat? sbbnya, adakalanya sabar kita menjadi lemah krn penderitaan yg panjang...Maka utk memulihkan kesabaran itu, Allah gandingkan dgn solat. kerana dgn solat, kesabaran kita menjadi kuat n bertambah kuat...
Solat merupakan thiqah dengan Allah. Justeru pertolongan Allah pasti datang dengan sebab mengabdikan diri kepadaNya dan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah sehingga menjadikan solat cahaya mata dalam kehidupannya.
Sabar merupakan seberat-berat amalan batin atas jasad. Sedangkan solat seberat-berat amalan zahir atasnya . Justeru dengan digabungkan dua perkara sudah pasti membawa kelebihan yang besar, sebagaimana kata Syeikh al-Maghari.
Mintalah pertolongan dari Allah, bukti bahawa kita manusia, hamba yg sanga kecil dan hina, memiliki keterbatasan, lemah tiada kuasa dan daya...
Dgn segala kerendahan diri dan hati, mohonlah kepada Allah...dengan sabar dan solat...
Hebatnya...Allah beri ujian utk mendidik kita sabar dan meningkatkan keimanan kita kpd Nya...