Assalamualaikum...semua...
Bulan Rejab telah tiba..tapi tahukah kita akan hadith2 tntang bulan Rejab ni. Kita perlu ambil tahu, mengkaji dan bertanya pada yg lebih arif dan pakar dalam bidang ini sebelum kita beramal. Bukanlah maksud saya utk semua orang mengurangkan amalan masing2, cuma mari kita beramal dgn amalan2 yg sohih. itu penting.
Sebabnya, bila membaca atau mengikuti sesuatu hadith palsu, dhaif ini. hadith2 tersebut kelihatan berlebih-lebihan (exaggeration) dan membawa kpd pembohongan. Saya bukanlah seorang yg arif tentang ini. malah selalu juga terlupa tentang pelbagai perkara. tapi apa yg saya selalu ingatkan diri ni adalah alert dgn date. jd saya akan mencari, mengkaji dan bertanya dahulu sebelum beramal.
Dari seorang ustaz saya, Ustaz Syazalie Hirman (Ustaz Jali)
1)Banyak tersebar dalam kalangan masyarakat muslimin sebuah riwayat dari Anas bin Malik. beliau mengatakan, "Ketika tiba bulan Rejab, Rasulullah SAW biasa mengucapkan,
"Allahumma baarik lanaa fii Rejab wa Sya'ban wa ballignaa Ramadhan (Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan perjumpakanlah kami dengan bulan Ramadhan)""
Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan Ibn Sunniy dalam 'Amalul Yaum wal Lailah. Namun perlu diketahui bahawa hadith ini adalah hadith yang dalam kategori amat lemah (hadith dha'if jiddan) kerana di dalamnya ada perawi yang bernama Zaidah bin Abi Ar-Ruqod. Zaidah adalah munkarul hadith (banyak keliru dalam meriwayatkan hadith dan seorang pelupa) sehingga hadith ini termasuk hadith dha'if. Hadith ini dikatakan dha'if (lemah) oleh Ibn Rajab dalam Lathaif Ma'arif no.218, Syeikh Nasir Ad-Diin Al-Albani dalam tahqiq Misykatul Mashabih no.1369, dan Syeikh Syu'aib Al-Arnauth dalam Takhrij Musnad Imam Ahmad.
Ini untuk pengetahuan umum berkenaan takhrij hadith yang sangat masyhur dalam kalangan masyarakat. Utamakan hadith-hadith yang sahih yang terdapat didalam kitab Sahehain.
2)“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”.
(Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98)
Rujukan:
- Syazalie Hirman, quote di fb