Sunday, January 30, 2011

Ikhlas...sesuci dan semurni air susu...

ikhlas...sesuci dan semurni air susu...


Assalamualaikum...
Fuh2...banyak betul habuk...masyaAllah, lama betul tak menulis n update blog...ok, sapu2 skt...n kemas2 skt...

Baik, banyak benda nak share kat sini...tak tau mana satu...

InsyaAllah kali ni, saya nak tulis tentang ikhlas...ermmm nampak macam perkataan biasa...oo...memang senang nak sebut oleh lisan...tapi sebenarnya di mana letaknya ikhlas ni?

Ikhlas itu di mana?

ikhlas itu kunci amalan hati..amal soleh tidak sempurna tanpa dilandasi keikhlasan, kerana diterima atau tidak suatu amal itu akan tergantung kepada keikhlasan hamba yang hanya diketahui Allah 'azza wa jalla saja...

Ikhlas diertikan tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang lain, namun dimaksudkan agar disaksikan Allah s.w.t. Kita tidak perlu orang lain menyaksikan solat, tangis, atau haji kita yang sudah enam kali, demikian juga jihad kita, bahkan mungkin tudung labuh kita. Cukuplah utk kita firman Allah, " Dan cukuplah Allah sebagai saksi..." [Al-Fath: 28]

Saudaraku, mari kita sesama mentadabbur surah paling mulia dalam Al-quran iaitu Surah Al-ikhlas...pahalanya sebanding sepertiga Al-quran. "Katakanlah Allah itu Esa....". mengapa dikatakan Al-Ikhlas???sebabnya, jika kita mengamalkannya pesan-pesan surah ini, kita akan menjadi orang yg mukhlis (ikhlas).

"Dia yang Esa." maka arahkanlah ibadah dan tujuan kita kepada Allah semata. Jangan kita arahkan tujuan2 itu kecuali kepada Allah Yang Esa.

"Dan Allahlah tempat kita bergantung" Pada siapa kita akan bersandar kalau bukan kepada Allah?

Berhati-hatilah wahai saudaraku,
Mari kita teliti kembali hati kita...teliti kembali niat kita...
Tanyakan pada hati tentang niat kita...hanya Allah dan hati kita ada jawapannya...berkata benarlah duhai hati...usah selindung...adakah niat kita sentiasa mencari redha Allah dengan penuh ikhlas, suci dan murni...seperti suci, murni n pure nya susu dari haiwan ternak...

Renungi firman Allah yang ini, dari surah An Nahl ayat 66,sangat indah perumpamaan utk keikhlasan... "Dan sesungguhnya pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya."

Dari susu itu tidak tercampur dengan setitis darah pun. air susu itu bersih, begitu bersih, begitu murni. contoh ini dari seorang penulis yang membuat saya buka mata dan bertanya pada diri...mari kita sesama membandingkan keikhlasan kita dengan air susu murni."

Demikianlah ikhlas dalam beramal, harus bersih tanpa sebarang campuran...

Mari kita tanya dan jawab pertanyaan2 ini.

Apakah di dalam amal kita ada campuran?

Apakah kita suka dilihat manusia saat melakukan solat?

Apakah kita suka manusia berterima kasih dan memuji kerana perbuatan kita yang mulia?

Baik, mari kita berusaha amal dari sebarang dan segala campuran, HANYA utk Allah.

Ikhlas memang sukar dan berat. ya, sangat berat. Sahl bin Sa'd pernah ditanya, "Apakah yang paling sulit bagi jiwa?" Ia menjawab,"Ikhlas." Mangapa sulit? Kerana ketika ikhlas, jiwa tidak memiliki bagian sedikit pun."

Iman Sufyan Ats-Tsauri pernah berkata,"Tidaklah aku mengubati sesuatu yg lebih berat dari niatku." ertinya sesuatu yang paling berat utk diubati adalah qalbu, kerana ia mudah berubah-ubah.

Berusahalah duhai hati-hati utk ikhlas, HANYA untuk Allah...berbahagialah bagi yang mampu ikhlas kepada Allah, meskipun dalam satu sujud atau dalam satu jam...

Ungkapkanlah, " amal ini tidak utk sesiapapun kecuali Engkau, wahai Tuhanku. Sejernih dan semurni air susu."

Ruj:
1- Al-Quran, Kalam cinta dari Allah 'azza wa jalla.
2- Buku 'Hati Sebening Mata Air' by Amru Khalid.