Monday, November 30, 2009

' ukhuwwah fillah '

Sahabat...saling berpaut kekuatan dariNya... (pic by farah2anim)

Kali ini saya nak cerita pasal seorang sahabat saya...terharu dan sangat gembira dibuatnya...sahabat yang saya kenal dgn rapat semasa di tahun 3 pengajian...rs rugi sbb agak terlambat...tapi manisnya bertemu dan bertaaruf kerana Allah..masa belajar dlu, km tggl di rumah sewa yang sama, "Yellow house"...alhamdulillah, Allah temukan saya dengan sahabat2 yang baik2 belaka akhlaknya dan sentiasa membantu dalam segala aspek (mmg sesama hadapi susah dan senang)...terima kasih Allah...kami serumah berusrah dengan kak lin (naqibah) semasa di tahun 3...seronok sangat bila 1 rumah sesama mentarbiyyah diri...alhamdulillah... :)

Rabu lepas, seorang sahabat saya datang ke rumah saya, nak beraya AidilAdha bersama...mak cik ani (ibu tercinta sahabat saya) sangat memahami kami...begitu juga ibu tercinta saya, turut memahami...mak bg green light...terima kasih mak...

mak cik ani bagi sahabat saya ni datang ke rumah saya sebab nanti if saya dah kahwin tak boleh la sahabat saya ni datang dan have a pillow talk...hehe...

masa kedatangan sahabat ni ke penang, saya masih bekerja (x mohon cuti lg)..petang lepas keja, saya ada usrah...bawa dia sekali, boleh la kenalkan pada naqibah saya di penang...mak cik latifah...ya Allah, ni lah saat yang dinanti...kami bertadarus bersama...masyaAllah...rindu sangat 'saat itu'..abis usrah, kami solat maghrib berjemaah di masjid usm...then have a dinner kt kedai...roti nan cheese...sedapkan ukhti??? :P

esoknya,khamis pn saya keja lagi, tp separuh hari ja...kesian sangat sebab kena tinggal kat rumah...selamat la ada adik perempuan saya di rumah,jadi la peneman sementara menunggu saya balik keja...lepas keja,pulang ke kampung...kami berpuasa sesama hari tu, then berbuka puasa di kampung...teringat zaman di rumah sewa, beli ja lauk atau masak ramai2...meriah sangat...berbuka di rumah terutama di kampung, lagi la meriah...meriah dengan kuih muih yang banyak...mak jang masak murtabak kegemaran sekeluarga termasuklah sahabat2 yellow house... :)
malam tu kami tidur di rumah baru keluarga saya...jadi sahabat ni adalah sahabat pertama yang datang n bermalam di rumah baru kami...hehe..yang lain jangan jeles...insyaAllah di kesempatan yang lain... :)

pagi jumaat, bergema takbir raya, dari TV serta sayup2 dari masjid berdekatan...ya Allah, bertemu lagi saya dengan Aidil adha...berbeza dengan tahun2 sebelum ini...tahun ni ada tetamu, seorang sahabat yang di kasihi kerana Allah...dan juga saya yang baru ingin memahami erti pengorbanan...ya Allah, terima kasih atas hidayahMu...

selepas solat sunat hr raya Aidil adha, kami ke rumah tok n tok wan sebelah mak, next ke rumah tok n tok wan sebelah ayah...petang tu, sahabat saya dah nk balik ke Klang...masa sangat pantas berlalu...tp kami manfaatkan masa yang ada dengan baik...mak dan saya hantar dia ke stesen bas...

sedih bercampur gembira...

petikan di fb:

"terima kasih ya sodiqoti...sbb sudi dtg jauh jumpa ana...mhn maaf slh slp n kekurangan ms nti kt umah ana...mntk maaf sgt2...tp ketahuilah wahai sahabatku hati ini sgt terharu... :)"

"Ana datang sebenarnya kerana rindu mendengar bacaan & hendak menumpang kekuatan che ah~ hidup ni kdg-kala sangat memenatkan..terima kasih atas layanan yang baik dan terlalu banyak makanan~ huhu---->musnah dietku..." (sempat buat lawak)

"hukhuk..sdih...tp gmbira...insyaAllah nnt jumpa lagi...sesama berpaut kekuatan drNya..."

Wednesday, November 25, 2009

' Wahai remaja beriman...'

Ketahuilah....
" akan ada dikalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu." (Muttafaq 'alaih)

indah kalam Rasul junjungan,
mengajar erti perjuangan,
perlukan keteguhan azam,
istiqamah tetap pendirian,
jangan mudah terhalang,
janji Allah pasti datang.

Islam itu tinggi,
tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
satu janji, satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci,
bagi merebut pandangan Ilahi,
sebagai jilul Quran yang tersendiri.

"Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini." (Surah Muhammad 47: 38)

Ayat Allah cukup menggentarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
buat hamba Nya yang bermalas-malasan,
senantiasa mencipta alasan,
liat dengan dakwah dan peningkatan,
mahu diketuk berterusan,
tidak menjadikan penggeraknya iman,
cinta Allah dianggap khayalan,
bimbang kelak diri akan terbuang,
dari jalan dakwah penuh ujian,
dibiarkan Allah dengan keasyikan,
tertipu dengan jalan kehancuran.

ketahuilah duhai remaja,
Allah memelihara jalan Nya,
agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketaqwaan,
merindui wajah Nya,
jua keredhaan,
itulah jiwa insan pejuang,
bimbangilah wahai remaja,
daripada memiliki jiwa munafik,
bertopeng ketaatan.

# Fatimah syarha, Majalah Solusi isu no.13

' Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan '



Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,Bagaimana pula dengan cinta kita?Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa.Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia. Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja. Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya. Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja. Tunggu nanti bila meningkat tua. Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!


Salam Aidil adha buat semua...kullu 'am wa antum bi alfi khoir...jom sesama menghayati aidiladha dengan erti pengorbanan...moga diberkati Allah dan mendapat redha Nya...

Thursday, November 19, 2009

' SAAD BIN ABI WAQAS '

SAAD BIN ABI WAQAS

Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.

Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”.

Daripada peristiwa ini, lalu turunlah firman Allah SWT yang bermaksud, “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan DAKU (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Al-Ankabut: 8)

Saad adalah orang yang pertama memanah dalam perang di jalan Allah. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Tak kala sampai berita tentang serangan Pasukan Persia terhadap kaum muslimin dan gugurnya 4000 tentera muslimin dalam pertempuran Al Jisr dan penduduk Iraq mengingkari janji mereka, Khalifah Umar bin Al Khattab telah memutuskan untuk mengepalai sendiri angkatan tentera Muslimin. Akan tetapi kaum muslimin tidak bersetuju. Abdurrahman bin Aus mengusulkan untuk mengutuskan Saad bin Abi Waqas sebagai panglima perang. Pasukan Saad telah berjaya memerangi pasukan Persia sampai ke wilayah Nahrawand kemudian ke wilayah Al-Madain.

Dalam perang Al-Madain, pasukan yang dipimpinnya menyeberangi sungai Eufrat. Ketika mereka turun ke sungai dengan kenderaan tunggangan mereka, Saad menyuruh mereka mengucapkan, “Kami meminta pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Cukuplah bagi kami Allah sebagai wakil. Tidak ada daya dan kekuatan selain daya dan kekuatan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Setelah itu mereka berjalan atas sungai seperti mereka berjalan di darat.

Saad adalah salah satu diantara enam orang yang ditunjukkan oleh Umar sebagai calon untuk menggantikannya sebagai Khalifah selepas peninggalannya. Saidina Uthman bin Affan dipilih sebagai pengganti Umar.

Saad menghindarkan diri dari pergolakan politik antara Saidina Ali (khalifah ke4) dengan Saidina Muawiyah.

Ia kehilangan penglihatannya di akhir hayatnya. Ia meninggal dunia di istananya di daerah Al-‘Aqiq yang berjarak 5 batu dari Kota Madinah. Ia meninggal pada tahun 55 H dalam usia 80 tahun.

Rujukan:

  1. Syaikh Muhammad Sa’id Mursi, (2005), Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur.

' MEREKA JUA REMAJA '

MEREKA ADALAH REMAJA…

Alangkah besarnya peranan belia dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan belia, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang ulang.

Marilah kita sama sama merujuk kepada sejarah Islam..
Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…
Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?
Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?
Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?
Siapakah yang menjadi sadaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?


Siapakah golongan di gelar ‘as sabiqun’ dalam sejarah Islam..? Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia? Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud; “sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien” hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenangjung tanah arab..? Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?
Siapakah yang berjuang menentang aliran aliran memusuhi Islam dan menyengutukan Allah..?

Wahai Para belia!!!
Rujuklah sejarah.. bacalah buku buku sejarah… kamu akan dapati contoh contoh dan qudwah kepada para belia….

Siapakah Zubair bin al A’wam ra?

Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Islam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam.. sebaya dengan usia belia tingkatan 3!!!
Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita cita dan berusaha seperti Zubair bin al A’wam?

Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?

Diantara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang tokoh daie, seorang pahalawan yang mahir, gagah dan kedepan dan seorang dermawan fi sabililLah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia 16tahun ketika ia memeluk Islam.

Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra?

Seorang sahabat yang besar….orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya mustajab. Satu satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibubapanya, ketika mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud ‘irmi Saad fida’ka abi wa ummi’yang bermaksud Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi
Beliau berusia 17tahun ketika memeluk Islam.

Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?

Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz dakwah selama 3tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketehui oleh pembesar-pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa Fir’aun umat, Abu Jahl dari kabilah bani Makhzumi adalah merupakan musuh nombor 1 dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.

Cuba bayang apakah belia yang seusia dengannya fikirkan, apa yang dimimpikan, mungkin nak jadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Milion dan sebagainya.

Kita ketika membaca kisah pahlawan pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra, Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicarakan kisah pahlawan pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan pahlawan yang agung dalam usia belia. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan, kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya belia hari ini bangga menjadi mereka sebagai qudwah, ikutan dan impian, lebih lebih lagi mereka adalah sahabat sahabat kepada junjungan besar Rasulullah saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.

Thursday, November 12, 2009

++ blog under construction ++

Assalamualaikum...

my blog is under construction...
saja, ingin kelihatan baru sikit, setelah agak beberapa minggu ditinggalkan berhabuk...

insyaAllah cuba mencari ruang masa utk kembali menulis...
jzkk...