Tuesday, July 3, 2012

Nisfu Syaaban


perlu kepada ibadah yg sahih...

Malam esok adalah malam ke 15 Syaaban atau dikenali sebagai malam nisfu Syaaban.
Di kalangan masyarakat Islam, ramai yang menganggap malam tersebut merupakan satu malam yang sangat besar fadhilatnya. Mereka mengkhususkan malam tersebut dengan ibadah seperti solat beberapa rakaat, baca surah Ya Sin dan lain-lain dengan kepercayaan sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan diampuni segala dosa.

Dari segi sejarahnya, al-Hafidz Ibn Rajab rahimahullah menulis di dalam kitabnya “Latoif al-Ma’arif”, “Dan malam nisfu Syaaban, at-Tabi’un dari kalangan ahli Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin ‘Aamir dan lain-lain membesarkannya dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan ibadah pada malam tersebut. Daripada merekalah orang ramai mengambil fadhilatnya dan membesarkannya. Sesungguhnya ada yang berkata bahawa mereka mengambil perkara itu daripada kesan-kesan israeliyyat. Apabila tersebar perkara ini daripada mereka di kalangan orang ramai, mereka berselisih pendapat. Sebahagian manusia menerima dan bersetuju dengan mereka dalam membesarkannya. Antara yang bersetuju adalah sekumpulan ahli ibadah penduduk Basrah dan lain-lain. Manakala sebahagian besar ulamak Hijaz mengingkarinya. Mereka, termasuk ‘Ato’, Ibn Abi Mulaikah, dinaqalkan oleh Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam daripada fuqaha’ ahli Madinah. Ini juga merupakan pendapat sahabat-sahabat Malik dan lain-lain. Mereka berkata: “Itu semua bid’ah.”

Ahli Syam yang bersetuju dengan perkara ini berlainan pendapat pula dari segi cara sambutannya.

Pertama: Ia disunatkan menyambutnya secara berjamaah di masjid-masjid. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin ‘Aamir dan lain-lain memakai pakaian yang paling elok pada malam itu, memakai wangian dan bercelak. Mereka qiam di masjid sepanjang malam. Perbuatan itu dipersetujui oleh Ishaq bin Rahuwaih. Dia berkata, qiam di masjid itu bukan bid’ah.

Kedua: Makruh berkumpul pada malam itu di masjid-masjid untuk solat, bercerita dan berdoa. Tetapi tidak makruh jika seseorang bersolat pada malam tersebut sendirian. Ini merupakan pendapat al-Auza’ei, Imam ahli Syam, juga merupakan seorang yang faqih lagi alim.”
Seterusnya beliau (Ibn Rajab) menambah, “tidak thabit tentang nisfu Syaaban daripada Nabi s.a.w. sedikitpun dan tidak juga daripada sahabat-sahabat baginda. Tetapi ia thabit daripada segolongan tabi’in dari kalangan fuqaha’ ahli Syam yang terkemuka.” 

Antara dalil yang dipegang oleh mereka yang membesarkan malam nisfu Syaaban ialah: “Jika datang malam pertengahan di bulan Sya’ban, maka solatlah pada malamnya dan berpuasalah siang harinya.” Hadis dhaif riwayat Ibn Hibban daripada Ali r.a.

Selain itu terdapat Hadis palsu atau rekaan yang bermaksud “Wahai Ali, barang siapa yang melakukan solat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 100 rakaat, ia membaca setiap rakaat Al fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali, pasti Allah memenuhi segala permintaannya…” 

Imam an-Nawawi berkata di dalam kitab “Al-Majmuk”: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan Rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bidaah dan mungkar. Jangan terpedaya dengan apa yang disebut tentang keduanya di dalam kitab “Qut al-Qulub” dan “Ihya’ Ulum ad-Din” serta Hadis mengenai keduanya. Sesungguhnya semua itu batil. Jangan terpedaya dengan setengah imam yang keliru mengenainya, lalu mereka mengarang beberapa helai kertas yang menggalakkan keduanya. Semua itu adalah salah dan tidak betul.”

Jelas bahawa membesarkan malam nisfu Syaaban dengan solat khusus atau lain-lain dan mengkhususkan harinya dengan berpuasa merupakan sesuatu yang tidak thabit daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. Hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan malam tersebut, menurut ahli Hadis dan para alim ulamak adalah dhaif dan palsu.




Paradise is where we are now


May Allah rewards us with Jannah... 


I remember when I first met you
I felt that God answered my call

There was that one place I always thought about

And I just wanted to be there with you

The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day I’ll be there with you

And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward
Do you remember the hard times we went through?
And those days we used to argue
But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever
And best of all, it’s just me and you

I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever
Paradise is where we are now
Paradise, a dream come true
Paradise, O what a feeling!
Paradise, thank You Allah!


p/s: i share this bcoz i love it...much... :)

Tuesday, June 19, 2012

KITA ENJOY !



kita enjoy!!!

Assalamualaikum semua... (semua??perasan ramai)

Semalam saya bersembang dengan seorang akhawat yg saya kagumi semangatnya. sangat kuat, tabah dan jelas matlamatnya...subhanallah...doa saya tatkala diamkan diri, moga saya boleh menjadi seperti beliau.

Kami sama2 melanjutkan pelajaran di peringkat MSc, saya di school lain dan dia di school lain. Kami mula berkenalan di bumi yg sama, di tanah pulau ini. Sangat manis bila kami berkenalan di jalan dakwah dan tarbiyah...subhanallah...Osem!

kami bercerita tentang environment labwork kami...akhawat ni punyai kawan2 yg rajin di lab, begitu juga saya...

teringat malam tu, kami balik dari program, dia ajak saya teman utk ke lab sebentar...saya pun ikut saja. kami selesai program around 11 mlm, masih ada kwnnya di lab...kata akhawat ni, rakannya sangat rajin, hingga boleh siapkan MSc dalam masa yg cepat.

setelah itu, saya pun membuka cerita, kawan2 saya di lab kebanyakannya berbangsa lain dan beragama lain. mereka juga rajin dan bersungguh2 buat keja dan belaja..saya kagum dgn mereka...saya banyak belajar dengan melihat mereka...

saya ckp pd akhawat ni, " kadang2 perlu jg ikut contoh mcm diorang, rajin n sungguh2..."

akhawat tersayang jawab, " bg akak kan, mmg pun kita kena rajin n bersungguh2, kita kan da'ie...tp dorang berpenat lelah di lab sampai ke malam, kita x dpt la mcm tu, kdg2 boleh la...tp kita ada KERJA LAGI BEST dr diorang...I'M PROUD DOING IT & ENJOY DOING IT"...enjoy buat dakwah!...

dalam hati saya, " MasyaAllah"...

OSEM BUKAN???

teingat ayat Allah, 

" Kamu adalah sebaik-baik umat yg dikeluarkan utk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dgn ma'ruf dan melarang dari yg mungkar." Al Imran, 3: 110)

So, be proud, kita yg TERBAIK...berusahalah utk jd yg TERBAIK...

" Maka serulah kepada TuhanMu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus. " (Al Hajj, 22: 67)

Jalan yg lurus yang selalu kita lafazkan dalam al fatihah di setiap rakaat solat kita..jadi berbahagialah... :)

setakat ni dulu...

p/s: senyum pd ukhti ni... :)





Thursday, June 7, 2012

WAR in our HEART !

Yakinlah...pasti hatimu menjadi tenang...


Assalamualaikum...

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Just would like to share this...

Ada sorang akhawat ni beri tazkirah and i love her words which is from a book, "Dimana DIA di Hatiku?" by Pahrol Mohd Juoi. I have that book, tp baru sempat membaca awal2 ja...banyak buku di rak buku saya sedang menunggu giliran utk dibaca, tuannya selalu berusaha utk membaca, tp selalunya satu demi satu buku dibaca tp x habis. pilihan utk dibaca mengikut semangat, keperluan dan citarasa saat itu. Moga Allah memberi kekuatan dan keberkatan masa utk saya membaca dgn baik. insyaAllah. 

ok terus kepada ayat yg menusuk qalbu saya, dari seorang penulis yg saya hormati dan kagumi...sahabat saya share satu part dari buku beliau, "Perang di dalam hati"... Sedar x sedar setiap hari diri kita berperang dgn pelbagai perkara kan?

Peranggan yang saya suka dlm part tu,

Peristiwa demi peristiwa sedang berlaku dalam hidup ini.
Ujian menjadi titian kepada kesuburan jiwa. 
Masalah menjadi anak tangga menuju kehalusan rasa. 
Fitnah adalah baja menyubur pohon iman."

kita akan terus diuji.

Demi kesuburan pokok, daun yg kering mesti gugur, ranting yg reput pasti jatuh.
Mujahid yg lemah akan kecundang. Saringan dan tapisan terus terjadi. 
Yang kalah mundur sebentar, bina semula kekuatan. 
Yang menang terus maju, akan ada lagi cabaran.

Subhanallah...sangatlah osem!!!

memang sungguhlah yg hidup kita ni satu perjalanan yg unik..yg dilimpahi perasaan yg pelbagai..kadang sedih...sekejap lg gembira..sebab kita ni manusia...dan tak mampu langsung manusia nak tafsirkan takdir yg terjadi. Maha Besar, Maha Teliti. Allah telah susun dgn sebaik2nya. Yakinlah, ada yg tersirat bg setiap sesuatu. 

Ni ayat yg saya suka jgk..

"ALLAH lebih kenal siapa kita daripada kita mengenal diri kita sendiri." Sangat cool kan?
MasyaAllah...

just wonder, kita ni, manusia, selalu x ikut perintah Allah, ada ja nak merungut n beri alasan. bila fikir semula, Allah yg cipta kita, DIA lebih hebat dan kenal dan Maha Tahu apa yg terbaik utk kita. tp kita still nak memandai-mandai...hee...
Astaghfirullah...

Yakinlah...pasti hatimu menjadi tenang... :)

p/s: pesanan buat diri dan semua





Tuesday, June 5, 2012

Never STOP!!!







Never stop praying for our brothers and sisters in Syria and Palestine. It is the least we can do, but at least we do something. SPREAD THE MESSAGE, SHARE THE REWARD.


by Pertubuhan IKRAM Malaysia

Monday, June 4, 2012

Perutusan Aqsa Syarif






Perutusan Sempena Ulangtahun an-Naksah ke 45

Assalamualaikum wrt bth

Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha pengasihani

Bagi umat Islam khususnya, tarikh 5 – 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling rendah dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa kembali terjajah setelah ianya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira seribu tahun yang silam.

Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya untuk memperingati satu lagi insiden dalam siri tragedi bertimpa yang dilalui oleh rakyat Palestin. Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah, rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau ‘hari kekalahan’. Peristiwa an-Naksah merujuk kepada Perang enam hari yang berlangsung dari 5 hingga 10 Jun 1967 di antara Negara-negara Arab dan Israel. Dalam tempoh sesingkat enam hari 3 negara Arab iaitu Mesir, Syria dan Jordan kehilangan wilayah dan mengalami kemusnahan yang besar dari sudut ketenteraan. Bahkan dalam tempoh tersebutlah Masjid al-Aqsa ditawan oleh tentera Israel dan terus terjajah sehingga hari ini.

Pada 8 Jun Mesir kehilangan seluruh Semenanjung Sinai yang merupakan satu kekalahan yang besar dan memberi kelebihan strategik kepada Israel untuk terus menguasai Selat Tiran yang mengawal laluan ke Laut Merah. Jalur Gaza yang dikuasai oleh Mesir sejak tahun 1948 juga jatuh ke tangan musuh.Tentera Israel juga memasuki Kota lama Baitul Maqdis dan menduduki Masjid al-Aqsa pada 7 Jun, seterusnya mara ke Sungai Jordan dan menguasai seluruh Tebing Barat yang ditadbir oleh Jordan. Apabila Mesir dan Jordan bersetuju dengan gencatan senjata yang diputuskan oleh PBB pada 8 Jun, seluruh Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat sudah diduduki oleh tentera Israel. Syria juga memilih untuk patuh dengan gencatan senjata pada 9 Jun, namun Israel terus menceroboh wilayah Syria dan menduduki Tanah Tinggi Golan sehingga kini. Menjelang 10 Jun, Israel menguasai wilayah yang keluasannya ialah dua kali ganda dari Negara haram Israel yang didirikan ke atas wilayah Palestin pada tahun 1948. Wilayah tersebut meliputi Baitul Maqdis timur, Tebing Barat, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.

Bagi umat Islam, 7 Jun adalah tarikh yang amat memilukan kerana pada tarikh tersebutlah Masjid al-Aqsa kembali terjajah. Tentera Israel memasuki masjid al-Aqsa yang mulia dan mencemarinya dengan pelbagai perbuatan biadap. Mereka bersorak menghina umat Islam dengan melaungkan Khaibar! Khaibar! Mereka menganggap pada hari tersebut penghinaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh umat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW ditebus dengan jatuhnya Masjid al-Aqsa ditangan Yahudi. Mereka menghina Rasulullah SAW dengan melaungkan ‘Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita; merujuk kepada Negara-negara Arab yang mengalami kekalahan teruk dalam Perang 6 hari tersebut. Mereka turut memusnahkan laluan (pintu) Maghriba dan merobohkan semua rumah-rumah rakyat Palestin yang mengadap Tembok Buraq (Western Wall) dan menukarnya menjadi satu perkarangan lapang bagi upacara keagamaan Yahudi. Tembokj Buraq mereka kuasai dan menamakannya sebagai ‘Kottel’ atau ‘Wailing wall’, satu tindakan yang jelas merampas hak umat Islam yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa sebagai warisan Islam. Israel seterusnya mengistiharkan penggabungan Baitul Maqdis barat (bahagian Baitul Maqdis yang ditawan pada tahun 1948) dan Baitul Maqdis timur (yang mereka tawan dalam Perang 6 hari) dan menamakan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu Negara abadi Israel yang tidak boleh dirunding buat selama-lamanya pada 26 Jun 1967.

PBB bertindak meluluskan Resolusi 242 pada bulan 2 November 1967 yang memutuskan Israel perlu berundur semula ke sempadan sebelum 1967 dan mengembalikan ‘sebahagian dari wilayah yang ditawannya’. Namun Israel telah menggunakan wilayah yang didudukinya sebagai bahan tawar-menawar (bargaining chip) untuk menciptakan perdamaian palsu melalui apa yang disebut sebagai pertukaran wilayah (land swap). Hakikatnya Israel tidak pernah berniat untuk melepaskan mana-mana wilayah di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur yang ditawannya. Ini adalah berdasarkan tindakan Israel yang terus menerus membina penempatan-penempatan haram di seluruh Tebing Barat bahkan di sekeliling Kota lama yang menempatkan Masjid al-Aqsa. Apabila perjanjian damai Oslo ditanda tangani pada tahun 1993, Israel meningkatkan lagi aktiviti pembinaan penempatan haram tersebut. Keadaan ini berterusan setelah persetujuan dicapai dalam Annapolis Konferens pada tahun 2007 sehingga kini. Israel terus berdolak dalih dan berselindung di sebalik pelbagai istilah perdamaian bermula dari Madrid (1991) sehinggalah Deklarasi Prinsip-prinsip Clinton (DOP – Declaration of Principles – 2001) dan Pelan Damai atau ‘Road Map’ (2003). Mereka turut membina tembok pemisah (Separation or ‘Aparthied’ wall) sepanjang 800 km dari utara ke selatan jauh ke dalam Tebing Barat untuk mengepung rakyat Palestin, membataskan pergerakan mereka dan menafikan pelbagai kemudahan asas termasuklah sumber air bersih untuk minuman dan mengairi ladang, perkhidmatan dan hak rawatan di hospital bahkan untuk mendapatkan pendidikan untuk anak-anak Palestin. Apabila HAMAS memenangi pilihanraya legislatif yang pertama dan membentuk kerajaan pilihan rakyat yang sah, Israel mengenakan sekatan dan akhirnya kepungan menyeluruh ke atas Gaza bermula pada tahun 2007 sehingga kini.

Hari ini kita menyaksikan pelbagai perkembangan positif dengan perubahan lanskap politik di timur tengah khususnya di Mesir. Perkembangan ini merupakan gugatan kepada Israel yang semakin merasa terdesak dengan kehilangan sekutu kuatnya Mesir apabila tumbangnya regim Hosni Mubarak yang merupakan boneka Amerika dan orang suruhan regim Zionis. Bahkan pada hari ini Israel terpaksa mencari rakan-rakan baru setelah sekutu-sekutu tradisinya tumbang ditangan rakyat satu persatu. Turki sudah berubah arah 180 darjah dan sistem sekular berteraskan ideologi fanatisisma Kamal Ataturk semakin tergugat, Israel hanya menunggu masa untuk dipencilkan oleh Turki. Pergolakan di Syria juga akan berakhir dengan pertukaran regim yang pastinya menjadi ancaman yang 'real' kepada Israel. Kedudukannya di tanah tinggi Golan yang tidak pernah tergugat di zaman dinasti Basyar akan goyah. Kemenangan calun Presiden FJP iaitu Muhammad Mursi dari Ikhwan Muslimin akan menjadi mimpi ngeri kepada Israel. Kemenangan ini juga akan menukar lanskap keseimbangan kuasa di Semenanjung Sinai yang dikuasai israel secara proksi yang menjerut dan menutup pintu masuk ke Gaza selama ini. Dalam perkataan lainnya, keputusan pilihanraya presiden Mesir akan memberi harapan baru kepada Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan oleh Israel sejak tahun 2007.

Aqsa Syarif menegaskan bahawa jalan untuk menuju perdamaian di Timur Tengah dan di Palestin hanyalah satu iaitu Israel wajib berundur ke sempadan 1967 dan melepaskan semua wilayah yang didudukinya dalam perang 6 hari, berdirinya sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan 1967 tersebut dengan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Palestin yang tidak bolih dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan hak rakyat Palestin untuk pulang ke nagara mereka wajib dihormati sepenuhnya tanpa syarat. Aqsa Syarif mengulangi pendirian negara dan rakyat Malaysia yang berdiri teguh bersama rakyat Palestin untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Aqsa Syarif akan terus berjuang bagi mengembalikan hak rakyat Palestin, berdirinya sebuah negara Palestin yang merdeka dan pembebasan Masjid al-Aqsa sepenuhnya dari cengkaman Zionis Israel.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif

Monday, May 21, 2012

Hadith Bulan Rejab





Assalamualaikum...semua...

Bulan Rejab telah tiba..tapi tahukah kita akan hadith2 tntang bulan Rejab ni. Kita perlu ambil tahu, mengkaji dan bertanya pada yg lebih arif dan pakar dalam bidang ini sebelum kita beramal. Bukanlah maksud saya utk semua orang mengurangkan amalan masing2, cuma mari kita beramal dgn amalan2 yg sohih. itu penting.

Sebabnya, bila membaca atau mengikuti sesuatu hadith palsu, dhaif ini. hadith2 tersebut kelihatan berlebih-lebihan (exaggeration) dan membawa kpd pembohongan. Saya bukanlah seorang yg arif tentang ini. malah selalu juga terlupa tentang pelbagai perkara. tapi apa yg saya selalu ingatkan diri ni adalah alert dgn date. jd saya akan mencari, mengkaji dan bertanya dahulu sebelum beramal.

Dari seorang ustaz saya, Ustaz Syazalie Hirman (Ustaz Jali)

1)Banyak tersebar dalam kalangan masyarakat muslimin sebuah riwayat dari Anas bin Malik. beliau mengatakan, "Ketika tiba bulan Rejab, Rasulullah SAW biasa mengucapkan,


"Allahumma baarik lanaa fii Rejab wa Sya'ban wa ballignaa Ramadhan (Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan perjumpakanlah kami dengan bulan Ramadhan)""
Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan Ibn Sunniy dalam 'Amalul Yaum wal Lailah. Namun perlu diketahui bahawa hadith ini adalah hadith yang dalam kategori amat lemah (hadith dha'if jiddan) kerana di dalamnya ada perawi yang bernama Zaidah bin Abi Ar-Ruqod. Zaidah adalah munkarul hadith (banyak keliru dalam meriwayatkan hadith dan seorang pelupa) sehingga hadith ini termasuk hadith dha'if. Hadith ini dikatakan dha'if (lemah) oleh Ibn Rajab dalam Lathaif Ma'arif no.218, Syeikh Nasir Ad-Diin Al-Albani dalam tahqiq Misykatul Mashabih no.1369, dan Syeikh Syu'aib Al-Arnauth dalam Takhrij Musnad Imam Ahmad.
Ini untuk pengetahuan umum berkenaan takhrij hadith yang sangat masyhur dalam kalangan masyarakat. Utamakan hadith-hadith yang sahih yang terdapat didalam kitab Sahehain.


2)“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”.
(Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98)
Rujukan:
- Syazalie Hirman, quote di fb