Showing posts with label Dakwah n Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah n Tarbiyah. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Nisfu Syaaban


perlu kepada ibadah yg sahih...

Malam esok adalah malam ke 15 Syaaban atau dikenali sebagai malam nisfu Syaaban.
Di kalangan masyarakat Islam, ramai yang menganggap malam tersebut merupakan satu malam yang sangat besar fadhilatnya. Mereka mengkhususkan malam tersebut dengan ibadah seperti solat beberapa rakaat, baca surah Ya Sin dan lain-lain dengan kepercayaan sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan diampuni segala dosa.

Dari segi sejarahnya, al-Hafidz Ibn Rajab rahimahullah menulis di dalam kitabnya “Latoif al-Ma’arif”, “Dan malam nisfu Syaaban, at-Tabi’un dari kalangan ahli Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin ‘Aamir dan lain-lain membesarkannya dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan ibadah pada malam tersebut. Daripada merekalah orang ramai mengambil fadhilatnya dan membesarkannya. Sesungguhnya ada yang berkata bahawa mereka mengambil perkara itu daripada kesan-kesan israeliyyat. Apabila tersebar perkara ini daripada mereka di kalangan orang ramai, mereka berselisih pendapat. Sebahagian manusia menerima dan bersetuju dengan mereka dalam membesarkannya. Antara yang bersetuju adalah sekumpulan ahli ibadah penduduk Basrah dan lain-lain. Manakala sebahagian besar ulamak Hijaz mengingkarinya. Mereka, termasuk ‘Ato’, Ibn Abi Mulaikah, dinaqalkan oleh Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam daripada fuqaha’ ahli Madinah. Ini juga merupakan pendapat sahabat-sahabat Malik dan lain-lain. Mereka berkata: “Itu semua bid’ah.”

Ahli Syam yang bersetuju dengan perkara ini berlainan pendapat pula dari segi cara sambutannya.

Pertama: Ia disunatkan menyambutnya secara berjamaah di masjid-masjid. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin ‘Aamir dan lain-lain memakai pakaian yang paling elok pada malam itu, memakai wangian dan bercelak. Mereka qiam di masjid sepanjang malam. Perbuatan itu dipersetujui oleh Ishaq bin Rahuwaih. Dia berkata, qiam di masjid itu bukan bid’ah.

Kedua: Makruh berkumpul pada malam itu di masjid-masjid untuk solat, bercerita dan berdoa. Tetapi tidak makruh jika seseorang bersolat pada malam tersebut sendirian. Ini merupakan pendapat al-Auza’ei, Imam ahli Syam, juga merupakan seorang yang faqih lagi alim.”
Seterusnya beliau (Ibn Rajab) menambah, “tidak thabit tentang nisfu Syaaban daripada Nabi s.a.w. sedikitpun dan tidak juga daripada sahabat-sahabat baginda. Tetapi ia thabit daripada segolongan tabi’in dari kalangan fuqaha’ ahli Syam yang terkemuka.” 

Antara dalil yang dipegang oleh mereka yang membesarkan malam nisfu Syaaban ialah: “Jika datang malam pertengahan di bulan Sya’ban, maka solatlah pada malamnya dan berpuasalah siang harinya.” Hadis dhaif riwayat Ibn Hibban daripada Ali r.a.

Selain itu terdapat Hadis palsu atau rekaan yang bermaksud “Wahai Ali, barang siapa yang melakukan solat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 100 rakaat, ia membaca setiap rakaat Al fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali, pasti Allah memenuhi segala permintaannya…” 

Imam an-Nawawi berkata di dalam kitab “Al-Majmuk”: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan Rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bidaah dan mungkar. Jangan terpedaya dengan apa yang disebut tentang keduanya di dalam kitab “Qut al-Qulub” dan “Ihya’ Ulum ad-Din” serta Hadis mengenai keduanya. Sesungguhnya semua itu batil. Jangan terpedaya dengan setengah imam yang keliru mengenainya, lalu mereka mengarang beberapa helai kertas yang menggalakkan keduanya. Semua itu adalah salah dan tidak betul.”

Jelas bahawa membesarkan malam nisfu Syaaban dengan solat khusus atau lain-lain dan mengkhususkan harinya dengan berpuasa merupakan sesuatu yang tidak thabit daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. Hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan malam tersebut, menurut ahli Hadis dan para alim ulamak adalah dhaif dan palsu.




Tuesday, June 19, 2012

KITA ENJOY !



kita enjoy!!!

Assalamualaikum semua... (semua??perasan ramai)

Semalam saya bersembang dengan seorang akhawat yg saya kagumi semangatnya. sangat kuat, tabah dan jelas matlamatnya...subhanallah...doa saya tatkala diamkan diri, moga saya boleh menjadi seperti beliau.

Kami sama2 melanjutkan pelajaran di peringkat MSc, saya di school lain dan dia di school lain. Kami mula berkenalan di bumi yg sama, di tanah pulau ini. Sangat manis bila kami berkenalan di jalan dakwah dan tarbiyah...subhanallah...Osem!

kami bercerita tentang environment labwork kami...akhawat ni punyai kawan2 yg rajin di lab, begitu juga saya...

teringat malam tu, kami balik dari program, dia ajak saya teman utk ke lab sebentar...saya pun ikut saja. kami selesai program around 11 mlm, masih ada kwnnya di lab...kata akhawat ni, rakannya sangat rajin, hingga boleh siapkan MSc dalam masa yg cepat.

setelah itu, saya pun membuka cerita, kawan2 saya di lab kebanyakannya berbangsa lain dan beragama lain. mereka juga rajin dan bersungguh2 buat keja dan belaja..saya kagum dgn mereka...saya banyak belajar dengan melihat mereka...

saya ckp pd akhawat ni, " kadang2 perlu jg ikut contoh mcm diorang, rajin n sungguh2..."

akhawat tersayang jawab, " bg akak kan, mmg pun kita kena rajin n bersungguh2, kita kan da'ie...tp dorang berpenat lelah di lab sampai ke malam, kita x dpt la mcm tu, kdg2 boleh la...tp kita ada KERJA LAGI BEST dr diorang...I'M PROUD DOING IT & ENJOY DOING IT"...enjoy buat dakwah!...

dalam hati saya, " MasyaAllah"...

OSEM BUKAN???

teingat ayat Allah, 

" Kamu adalah sebaik-baik umat yg dikeluarkan utk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dgn ma'ruf dan melarang dari yg mungkar." Al Imran, 3: 110)

So, be proud, kita yg TERBAIK...berusahalah utk jd yg TERBAIK...

" Maka serulah kepada TuhanMu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus. " (Al Hajj, 22: 67)

Jalan yg lurus yang selalu kita lafazkan dalam al fatihah di setiap rakaat solat kita..jadi berbahagialah... :)

setakat ni dulu...

p/s: senyum pd ukhti ni... :)





Thursday, October 27, 2011

10 point utk kamu yg 'bekerja'


Jadilah cahaya yang dapat menerangi...

Assalamualaikum semua...

Marilah kita sesama menumbuh suburkan kesyukuran yg tidak terhingga kpd Allah azza wa jalla krn nikmatNya yg terlalu banyak buat kita sebagai hambaNya.

Suka saya utk share lg tentang 10 point utk kamu yg bekerja di medan. Perkara2 ini penting bila kita kata kita menyerahkan diri kita seluruhnya dalam jalan ini.

Pertama, hendaklah kamu ketahui kamu ada diperbatasan yg lebih hebat, ditengkuk kamu ada tanggungjawab yg besar. Ia lebih besar dari bukit. Tunaikanlah ia sepertimana ia dikehendaki oleh Allah dan kemu percaya pada Allah.

Kedua, perbaikilah hubungan kamu dengan Allah. Baiki diri sama ada terang atau tersembunyi. Hendaklah kamu berda dalam keadaan Allah suka kepada kamu. Jadikanlah perkara ini penting dalam usaha-usaha kamu.

Ketiga, latihlah diri, sahabat cinta pada masjid, berulang alik dan iktikaf dlm masjid kerana dalan itu terdapat rahmatNya.

Keempat, inginkan usrah proaktif, produktiviti utk dakwah dan masyarakat. Jadilah usrah kita menara yang dapat menerangi semua orang. Kita mahu syiar usrah kita tiada siapa yg dapat mendahului dalam ibadat kita.

Kelima, urusan itu dilakukan dgn kasih sayang, saling membantu dan simpati. Dan tanamkan utk memberi pandangan, jangan halang pandangan orang lain, terima nasihat orang dengan hati yg lapang.

Keenam, hiasi diri dengan qudwah yg soleh, astikan bahawa anda sentiasa berada dihadapan dalam gerak kerja. Hati2 dalam mengarah. takut kamu tidak melakukannya. Buat dulu, baru arahkan.

Ketujuh, kecemerlangan tarbiyyah, terletak kepada kemampuan kita menyelesaikan masalah, dapat merangkul ahli2 dalam dakapan dan yg paling utama ialah berlah rawatan dengan rawatan yg baik.

Kelapan, contohilah orang2 soleh yg berada dalam jalan ini.

Kesembilan, orang yg dalam medan dakwah ini ialah orang yang menarik gerabak2. jika kepala gerabak perlahan maka ia akan menjadi perlahan, jika ia laju maka lajulah.

Kesepuluh, sabar dan jadikanlah Al quran peneman hidup. Ingat sekali lagi "dileher kamu ada tanggungjawab yg besar".

10 perkara ini, jika dilihat begitu berat...sangat berat...namun, YAKINLAH kpd Allah...Yakinlah dgn masa depan dakwah ini. Jadilah kamu kaum yg beramal dan bekerja. Tarbiyyah dan takwin menampakkan jalan kita.

Allahu akbar!


Tugas-tugas dan tanggungjawab dakwah

Assalamualaikum...

InsyaAllah, kali ni saya nak share kata2 dari seseorang. iaitu, Sheikh Hamed Elwa.

Lebih kurang begini kata2nya,

" Sesungguhnya ummat yg nak bangkit adalah ummat yg bukan duduk bersahaja dan goyang kaki, rehat-rehat, angan-angan sahaja. Seharusnya mereka bersedia demi utk memperjuangkan yg haq dan batil dan jalan yang menggerunkan ini perlu dilalui oleh mereka yg mempunyai iman yang kuat kerna jalan ini perlu dilalui oleh iman yang kuat."

" Banyak kewajipan berganda hak-hak ummat ke atas kamu, dan bertambah tanggungjawab, berfikir lebih panjang dan lebih banyak kerja dan bangun melakukan kerja."

p/s: rasa terketuk dan tertampar... :)


Wednesday, September 28, 2011

benar-benar tulus...




Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus...,

Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus..., maka tidak akan banyak daie yang berguguran di tengah jalan.

Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus..., nescaya hati sekian banyak orang akan menjadi bersih, fikiran mereka bersatu, dan fenomena ingin menang sendiri saat berbeda pendapat akan terhindarkan.

Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus..., maka dia tidak akan peduli apakah ditempatkan di bahagian belakang ataupun depan, apakah sebagai jundi yang tidak dikenal sama sekali ataukah sebagai qiyadah yang harus mengeluarkan keputusan-keputusan.

Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus..., maka tidak akan sisa ruang dihatinya kecuali rasa cinta dan memaafkan kepada saudara-saudara seperjuangannya.

Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus..., maka semua akan sangat menghargai waktu. Tidak akan tersisa waktunya kecuali ia mereka sedang beribadah kepada Allah SWT di sudut mihrab atau sedang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus..., maka setiap orang yang kurang kuat komitmetnya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh dengan komitmennya akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dengan harapan mendapat keredhaan Allah SWT.

*Rujukan: Komitmen Daie Sejati, karya Muhammad Abduh

p/s: dr emel seorang sahabat


Wednesday, July 6, 2011

Jalan-jalan Cari....?


' Medan Amal ' kita...

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Assalamualaikum...

fuh2...habuk2...lama betul x update...ok baik..xpa...

kali ni saya nak tulis tentang....merujuk tajuk di atas...mungkin x dpt nak faham dan relate pun apa yg saya maksudkan...huu...

sebenarnya nak bercerita tentang, kehidupan kita seharian...sejauh mana kita menggunakan apa yg kita ada utk islam?sejauh mana kita menggunakan posisi kita utk islam??ataukah kita hanya mendiamkan diri??

soalan ini utk saya dan anda...

cuba kita lihat cat steven @ yusuf islam and others yg revert to islam...betapa mereka merasakan kebenaran dan satu perkara yg sangat istimewa buat mereka...hingga mereka nak beritahu pada yg lain...

kita yg mungkin dekat 20 tahun lebih, islam...sepatutnya merasai betapa istimewanya kita menjadi seorang muslim...itu 1 perkara...

perkara yg saya nak kongsi sebenarnya adalah...medan amal kita yg sgt besar yg perlu kita manfaatkan sebaiknya...perlu guna segala peluang, ruang dan posisi yg ada...yg perlu kita fikirkan setiap hari...apa yg boleh kita buat bila kita berada di tempat itu???

bukanlah dgn mencari kesalahan2 org lain dan menuding jari...seharusnya, kita menjadi agen perubahan @ magnet kebaikan @ seangkatan dgnnya...pendek kata, kita yg akan memperbaiki keadaan di situ...

macam mana nak buat???
" Kita kena tahu apa yang Nabi Muhammad s.a.w buat...baru kita tahu apa nak buat..."
sebab, HANYA ada 1 jalan, TIADA jalan yg lain...

Nabi s.a.w x buat dakwah sorang2...Nabi s.a.w ada target utk dicapai...Nabi s.a.w kumpul tenaga manusia...tenaga org2 muda yg hebat2...

cuba kita renung,
Rasulullah s.a.w target dan ada strategi yg luar biasa....subhanallah...
pilih dan hantar Mus'ab bin Umair?
Rasulullah s.a.w p Taif, then target sapa?
subhanallah....hebat...

jadi kita? kena tahu apa yg Rasulullah s.a.w buat, baru kita tahu apa kita nak buat...

x kiralah kita berada di posisi mana...as student, pekerja, boss, doctor, engineer, tukang kayu, pensyarah dan so on...

renungan buat diri...

Wednesday, May 4, 2011

Takwin Centric

Takwin Centric - tujuan, manhaj, qiyadah, junud, disusun, menyusun

Assalamualaikum, lama saya tidak menulis...tapi yang ini bukan saya yang tulis. ini adalah penulisan seorang ukhti yang saya kasihi kerana Allah...saya kongsikan penulisan beliau, yang saya baca awal pagi td lewat emel as tazkirah pagi buat saya dan semua...insyaAllah next post saya akan kembali menulis...


Sharing is caring.

Kita adalah golongan yang bekerja. Bukan hanya sekadar mentabligh, tetapi mentaghyir.

Taghyir tidak akan berlaku tanpa kita sendiri mempunyai mindset “takwin centric”.
Kerana taghyir hanya dapat dilakukan oleh manusia-manusia hebat yang mendukung fikrah. Iaitu mereka yang mengikut manhaj yang berkesan dan selaras, serta sentiasa bersiap sedia untuk menyusun dan disusun.




Sehingga setiap dari kita akhirnya menjadi tentera fikrah dan aqidah.
Taghyir tidak mampu dilakukan oleh mereka yang berada di luar gelanggang, sekadar menonton dan bertepuk sorak memberi semangat.


Hadaf UTAMA takrif ialah takwin.
Rasulullah sendiri ditakwin dan mentakwin. Salah satu produk takwin Rasulullah ialah Bilal itu sendiri. Lihat bagaimana Rasulullah mentakwin Bilal dari seorang hamba sehingga menjadi manusia hebat dan mampu memikul jawatan gabenor kerajaan islam pada waktu itu.
Ada antara kita yang hanya bekerja dengan mindset “dakwah centric”. Lalu wujudlah golongan yang kecundang selepas mendirikan rumah tangga kerana menganggap mendidik anak, isteri dan ahli keluarga sahaja sudah dikira memenuhi tuntutan KITA.

Begitu juga dengan ikhwah dan akhawat yang masuk ke alam pekerjaan dan menganggap infaq bulanan sudah memenuhi keperluan KITA. Terus meninggalkan kerja-kerja mentakwin.
Dakwah centric tidak mencukupi kerana ia nya masih kabur. Kita perlukan kita yang takwin centric!


UA tidak akan tercapai jika kita masih sekadar menjadi penghibur kepada masyarakat. Memberi apa yang mereka mahukan dan menghiburkan mereka dengan apa yang mereka ingin dengari. UA hanya akan tercapai melalui proses takwin - pembinaan bertahap.

Kita kekurangan tenaga taujih tarbawi yang mampu mentakwin dengan baik. Kita juga kekurangan ikhwah dan akhawat yang takwin centric!
Kita yang mampu mencetak tenaga-tenaga takwin yang baru.
Kita yang mampu menghasilkan modul-modul takwin.
Kita yang mampu menulis artikel-artikel takwin.
Kita yang mampu menghasilkan video-video takwin.
Kita yang mampu menghasilkan nasyid-nasyid takwin.
Kita yang memikirkan cara mentakwin dengan segala jenis uslub tajmik.
Kita yang memusatkan fikiran dan tenaga untuk amal-amal takwin yang muntij.
Kita yang mampu mentakwin masyarakat dan memasyarakatkan takwin.

Aku menganggap takwin sebagai proses men-seribu-kan diri. Maksudku, setiap produk yang ditakwin itu sama seperti seribu orang. Itulah yang diyakini Khalid Al-Walid ketika tenteranya hanya berjumlah 3000 orang dan beliau hanya meminta 500 orang sahaja askar tambahan dari Umar Al-Khatab untuk berhadapan dengan 100 000 tentera musuh.


Dan seorang mujaddid pula pernah begitu optimis dengan kualiti dan hasil-hasil yang bakal dijana oleh produk takwin dengan berkata…


“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..”


Pernahkah kita terfikir mengapa Rasulullah sanggup menghabiskan lebih dari separuh usia dakwahnya (13 tahun) di Mekah hanya dengan 313 orang semata-mata untuk proses takwin yang intensif?

by :


Ukhti Azreen
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [ 3 : 147 ]