Thursday, June 7, 2012

WAR in our HEART !

Yakinlah...pasti hatimu menjadi tenang...


Assalamualaikum...

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Just would like to share this...

Ada sorang akhawat ni beri tazkirah and i love her words which is from a book, "Dimana DIA di Hatiku?" by Pahrol Mohd Juoi. I have that book, tp baru sempat membaca awal2 ja...banyak buku di rak buku saya sedang menunggu giliran utk dibaca, tuannya selalu berusaha utk membaca, tp selalunya satu demi satu buku dibaca tp x habis. pilihan utk dibaca mengikut semangat, keperluan dan citarasa saat itu. Moga Allah memberi kekuatan dan keberkatan masa utk saya membaca dgn baik. insyaAllah. 

ok terus kepada ayat yg menusuk qalbu saya, dari seorang penulis yg saya hormati dan kagumi...sahabat saya share satu part dari buku beliau, "Perang di dalam hati"... Sedar x sedar setiap hari diri kita berperang dgn pelbagai perkara kan?

Peranggan yang saya suka dlm part tu,

Peristiwa demi peristiwa sedang berlaku dalam hidup ini.
Ujian menjadi titian kepada kesuburan jiwa. 
Masalah menjadi anak tangga menuju kehalusan rasa. 
Fitnah adalah baja menyubur pohon iman."

kita akan terus diuji.

Demi kesuburan pokok, daun yg kering mesti gugur, ranting yg reput pasti jatuh.
Mujahid yg lemah akan kecundang. Saringan dan tapisan terus terjadi. 
Yang kalah mundur sebentar, bina semula kekuatan. 
Yang menang terus maju, akan ada lagi cabaran.

Subhanallah...sangatlah osem!!!

memang sungguhlah yg hidup kita ni satu perjalanan yg unik..yg dilimpahi perasaan yg pelbagai..kadang sedih...sekejap lg gembira..sebab kita ni manusia...dan tak mampu langsung manusia nak tafsirkan takdir yg terjadi. Maha Besar, Maha Teliti. Allah telah susun dgn sebaik2nya. Yakinlah, ada yg tersirat bg setiap sesuatu. 

Ni ayat yg saya suka jgk..

"ALLAH lebih kenal siapa kita daripada kita mengenal diri kita sendiri." Sangat cool kan?
MasyaAllah...

just wonder, kita ni, manusia, selalu x ikut perintah Allah, ada ja nak merungut n beri alasan. bila fikir semula, Allah yg cipta kita, DIA lebih hebat dan kenal dan Maha Tahu apa yg terbaik utk kita. tp kita still nak memandai-mandai...hee...
Astaghfirullah...

Yakinlah...pasti hatimu menjadi tenang... :)

p/s: pesanan buat diri dan semua





Tuesday, June 5, 2012

Never STOP!!!







Never stop praying for our brothers and sisters in Syria and Palestine. It is the least we can do, but at least we do something. SPREAD THE MESSAGE, SHARE THE REWARD.


by Pertubuhan IKRAM Malaysia

Monday, June 4, 2012

Perutusan Aqsa Syarif






Perutusan Sempena Ulangtahun an-Naksah ke 45

Assalamualaikum wrt bth

Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha pengasihani

Bagi umat Islam khususnya, tarikh 5 – 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling rendah dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa kembali terjajah setelah ianya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira seribu tahun yang silam.

Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya untuk memperingati satu lagi insiden dalam siri tragedi bertimpa yang dilalui oleh rakyat Palestin. Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah, rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau ‘hari kekalahan’. Peristiwa an-Naksah merujuk kepada Perang enam hari yang berlangsung dari 5 hingga 10 Jun 1967 di antara Negara-negara Arab dan Israel. Dalam tempoh sesingkat enam hari 3 negara Arab iaitu Mesir, Syria dan Jordan kehilangan wilayah dan mengalami kemusnahan yang besar dari sudut ketenteraan. Bahkan dalam tempoh tersebutlah Masjid al-Aqsa ditawan oleh tentera Israel dan terus terjajah sehingga hari ini.

Pada 8 Jun Mesir kehilangan seluruh Semenanjung Sinai yang merupakan satu kekalahan yang besar dan memberi kelebihan strategik kepada Israel untuk terus menguasai Selat Tiran yang mengawal laluan ke Laut Merah. Jalur Gaza yang dikuasai oleh Mesir sejak tahun 1948 juga jatuh ke tangan musuh.Tentera Israel juga memasuki Kota lama Baitul Maqdis dan menduduki Masjid al-Aqsa pada 7 Jun, seterusnya mara ke Sungai Jordan dan menguasai seluruh Tebing Barat yang ditadbir oleh Jordan. Apabila Mesir dan Jordan bersetuju dengan gencatan senjata yang diputuskan oleh PBB pada 8 Jun, seluruh Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat sudah diduduki oleh tentera Israel. Syria juga memilih untuk patuh dengan gencatan senjata pada 9 Jun, namun Israel terus menceroboh wilayah Syria dan menduduki Tanah Tinggi Golan sehingga kini. Menjelang 10 Jun, Israel menguasai wilayah yang keluasannya ialah dua kali ganda dari Negara haram Israel yang didirikan ke atas wilayah Palestin pada tahun 1948. Wilayah tersebut meliputi Baitul Maqdis timur, Tebing Barat, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.

Bagi umat Islam, 7 Jun adalah tarikh yang amat memilukan kerana pada tarikh tersebutlah Masjid al-Aqsa kembali terjajah. Tentera Israel memasuki masjid al-Aqsa yang mulia dan mencemarinya dengan pelbagai perbuatan biadap. Mereka bersorak menghina umat Islam dengan melaungkan Khaibar! Khaibar! Mereka menganggap pada hari tersebut penghinaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh umat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW ditebus dengan jatuhnya Masjid al-Aqsa ditangan Yahudi. Mereka menghina Rasulullah SAW dengan melaungkan ‘Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita; merujuk kepada Negara-negara Arab yang mengalami kekalahan teruk dalam Perang 6 hari tersebut. Mereka turut memusnahkan laluan (pintu) Maghriba dan merobohkan semua rumah-rumah rakyat Palestin yang mengadap Tembok Buraq (Western Wall) dan menukarnya menjadi satu perkarangan lapang bagi upacara keagamaan Yahudi. Tembokj Buraq mereka kuasai dan menamakannya sebagai ‘Kottel’ atau ‘Wailing wall’, satu tindakan yang jelas merampas hak umat Islam yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa sebagai warisan Islam. Israel seterusnya mengistiharkan penggabungan Baitul Maqdis barat (bahagian Baitul Maqdis yang ditawan pada tahun 1948) dan Baitul Maqdis timur (yang mereka tawan dalam Perang 6 hari) dan menamakan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu Negara abadi Israel yang tidak boleh dirunding buat selama-lamanya pada 26 Jun 1967.

PBB bertindak meluluskan Resolusi 242 pada bulan 2 November 1967 yang memutuskan Israel perlu berundur semula ke sempadan sebelum 1967 dan mengembalikan ‘sebahagian dari wilayah yang ditawannya’. Namun Israel telah menggunakan wilayah yang didudukinya sebagai bahan tawar-menawar (bargaining chip) untuk menciptakan perdamaian palsu melalui apa yang disebut sebagai pertukaran wilayah (land swap). Hakikatnya Israel tidak pernah berniat untuk melepaskan mana-mana wilayah di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur yang ditawannya. Ini adalah berdasarkan tindakan Israel yang terus menerus membina penempatan-penempatan haram di seluruh Tebing Barat bahkan di sekeliling Kota lama yang menempatkan Masjid al-Aqsa. Apabila perjanjian damai Oslo ditanda tangani pada tahun 1993, Israel meningkatkan lagi aktiviti pembinaan penempatan haram tersebut. Keadaan ini berterusan setelah persetujuan dicapai dalam Annapolis Konferens pada tahun 2007 sehingga kini. Israel terus berdolak dalih dan berselindung di sebalik pelbagai istilah perdamaian bermula dari Madrid (1991) sehinggalah Deklarasi Prinsip-prinsip Clinton (DOP – Declaration of Principles – 2001) dan Pelan Damai atau ‘Road Map’ (2003). Mereka turut membina tembok pemisah (Separation or ‘Aparthied’ wall) sepanjang 800 km dari utara ke selatan jauh ke dalam Tebing Barat untuk mengepung rakyat Palestin, membataskan pergerakan mereka dan menafikan pelbagai kemudahan asas termasuklah sumber air bersih untuk minuman dan mengairi ladang, perkhidmatan dan hak rawatan di hospital bahkan untuk mendapatkan pendidikan untuk anak-anak Palestin. Apabila HAMAS memenangi pilihanraya legislatif yang pertama dan membentuk kerajaan pilihan rakyat yang sah, Israel mengenakan sekatan dan akhirnya kepungan menyeluruh ke atas Gaza bermula pada tahun 2007 sehingga kini.

Hari ini kita menyaksikan pelbagai perkembangan positif dengan perubahan lanskap politik di timur tengah khususnya di Mesir. Perkembangan ini merupakan gugatan kepada Israel yang semakin merasa terdesak dengan kehilangan sekutu kuatnya Mesir apabila tumbangnya regim Hosni Mubarak yang merupakan boneka Amerika dan orang suruhan regim Zionis. Bahkan pada hari ini Israel terpaksa mencari rakan-rakan baru setelah sekutu-sekutu tradisinya tumbang ditangan rakyat satu persatu. Turki sudah berubah arah 180 darjah dan sistem sekular berteraskan ideologi fanatisisma Kamal Ataturk semakin tergugat, Israel hanya menunggu masa untuk dipencilkan oleh Turki. Pergolakan di Syria juga akan berakhir dengan pertukaran regim yang pastinya menjadi ancaman yang 'real' kepada Israel. Kedudukannya di tanah tinggi Golan yang tidak pernah tergugat di zaman dinasti Basyar akan goyah. Kemenangan calun Presiden FJP iaitu Muhammad Mursi dari Ikhwan Muslimin akan menjadi mimpi ngeri kepada Israel. Kemenangan ini juga akan menukar lanskap keseimbangan kuasa di Semenanjung Sinai yang dikuasai israel secara proksi yang menjerut dan menutup pintu masuk ke Gaza selama ini. Dalam perkataan lainnya, keputusan pilihanraya presiden Mesir akan memberi harapan baru kepada Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan oleh Israel sejak tahun 2007.

Aqsa Syarif menegaskan bahawa jalan untuk menuju perdamaian di Timur Tengah dan di Palestin hanyalah satu iaitu Israel wajib berundur ke sempadan 1967 dan melepaskan semua wilayah yang didudukinya dalam perang 6 hari, berdirinya sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan 1967 tersebut dengan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Palestin yang tidak bolih dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan hak rakyat Palestin untuk pulang ke nagara mereka wajib dihormati sepenuhnya tanpa syarat. Aqsa Syarif mengulangi pendirian negara dan rakyat Malaysia yang berdiri teguh bersama rakyat Palestin untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Aqsa Syarif akan terus berjuang bagi mengembalikan hak rakyat Palestin, berdirinya sebuah negara Palestin yang merdeka dan pembebasan Masjid al-Aqsa sepenuhnya dari cengkaman Zionis Israel.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif

Monday, May 21, 2012

Hadith Bulan Rejab





Assalamualaikum...semua...

Bulan Rejab telah tiba..tapi tahukah kita akan hadith2 tntang bulan Rejab ni. Kita perlu ambil tahu, mengkaji dan bertanya pada yg lebih arif dan pakar dalam bidang ini sebelum kita beramal. Bukanlah maksud saya utk semua orang mengurangkan amalan masing2, cuma mari kita beramal dgn amalan2 yg sohih. itu penting.

Sebabnya, bila membaca atau mengikuti sesuatu hadith palsu, dhaif ini. hadith2 tersebut kelihatan berlebih-lebihan (exaggeration) dan membawa kpd pembohongan. Saya bukanlah seorang yg arif tentang ini. malah selalu juga terlupa tentang pelbagai perkara. tapi apa yg saya selalu ingatkan diri ni adalah alert dgn date. jd saya akan mencari, mengkaji dan bertanya dahulu sebelum beramal.

Dari seorang ustaz saya, Ustaz Syazalie Hirman (Ustaz Jali)

1)Banyak tersebar dalam kalangan masyarakat muslimin sebuah riwayat dari Anas bin Malik. beliau mengatakan, "Ketika tiba bulan Rejab, Rasulullah SAW biasa mengucapkan,


"Allahumma baarik lanaa fii Rejab wa Sya'ban wa ballignaa Ramadhan (Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan perjumpakanlah kami dengan bulan Ramadhan)""
Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan Ibn Sunniy dalam 'Amalul Yaum wal Lailah. Namun perlu diketahui bahawa hadith ini adalah hadith yang dalam kategori amat lemah (hadith dha'if jiddan) kerana di dalamnya ada perawi yang bernama Zaidah bin Abi Ar-Ruqod. Zaidah adalah munkarul hadith (banyak keliru dalam meriwayatkan hadith dan seorang pelupa) sehingga hadith ini termasuk hadith dha'if. Hadith ini dikatakan dha'if (lemah) oleh Ibn Rajab dalam Lathaif Ma'arif no.218, Syeikh Nasir Ad-Diin Al-Albani dalam tahqiq Misykatul Mashabih no.1369, dan Syeikh Syu'aib Al-Arnauth dalam Takhrij Musnad Imam Ahmad.
Ini untuk pengetahuan umum berkenaan takhrij hadith yang sangat masyhur dalam kalangan masyarakat. Utamakan hadith-hadith yang sahih yang terdapat didalam kitab Sahehain.


2)“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”.
(Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98)
Rujukan:
- Syazalie Hirman, quote di fb

Wednesday, March 28, 2012

Iman itu tidak seperti Bunga Plastik !

kembali...


Assalamualaikum...
Alhamdulillah thumma alhamdulillah...Allah sentiasa memberikan nikmat n kasih sayang kpd hamba Nya setiap hari...buktinya dapat dilihat setiap saat dan di mana-mana sahaja...subhanallah...thank u Allah...

i'm back...back from where? xda la mana2...just its been more than 4 months that i have not been blogging...rindu rasanya...ada benda nak tulis, tp perlu masa yg best utk tulis...boleh ke macam tu?




T . I . M . E


Masa yg kamu ada...ia utk apa?

Cakap pasal masa, sgt takut sebenarnya...

Mari kita renung firman Allah dalam Surah Al 'asr, ayat 1 - 3...Surah ini pendek ja...tp sudah cukup buat menggetarkan hati orang-orang beriman...oo surah ni x cita pun psl hari kiamat, tp cukup menggetarkan jiwa dan penuh makna...berkisar masa, keimanan dan nilai keimanan dalam kehidupan...nampak macam benda kecik, tapi besar nilainya sebenarnya...setiap hari kita lalui itu, masa...pernah fikir x, Allah bagi masa 24 jam utk apa?

Mari kita beriman dgn surah masa ini...

Adakah masa yg kita ada ni, kita gunakan utk mengerjakan kebajikan? saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran? menyampaikan islam itu? berapa minit agaknya dalam hidup kita sehari? 
Masa yg kita ada, kita guna utk fikir tentang apa? 
Masa yg kita ada, apa yg kita cakap? apa yg kita dgr? apa yg kita lihat?

Banyak benda boleh kita tanya pada diri berkait psl masa ja...

Sungguh benar firman Allah...
1: Demi masa
2: Sungguh, manusia berada dalam kerugian
3: kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran

Inilah iman dalam islam

Amal soleh, mengerjakan kebajikan dan saling menasihati utk kebenaran adalah buah tabi'i dan iman, dan secara auto bermula saat bertapaknya iman dalam hati manusia. ia satu hakikat iman yg dinamis. Sebaik sahaja ia bertapak dalam hati manusia ia terus bergerak menonjolkan zatnya keluar dalam bentuk amalan yang soleh. Inilah iman dalam Islam.

Iman tidak beku tanpa bergerak, tidak tinggal tersembunyi tanpa menjelma dalam satu bentuk harakat yang hidup di luar tubuh seseorang Mu'min. 

Tidak seperti Bunga plastik !

Jika iman itu tidak bergerak, maka ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati. Ia sama dengan bunga yang tidak berbau. Macam bunga plastik, ia mati dan tidak berbau. Iman tidak sama sekali seperti bunga plastik yg tidak berbau dgn sendiri or automatik. Oleh itu amalan yang soleh harus tercetus dari keimanan itu secara tabi'i jika tidak maka keimanan itu tidak wujud. 

Iman adalah gerakan, tindakan, amalan, pembinaan dan pembangunan yang menjurus kepada Allah. Iman bukannya penguncupan diri bukannya bersifat negatif, bukannya penyorokan diri dalam isi dada dan bukannya semata-mata niat baik yang tidak menjelma dalam gerakan dan tindakan. Inilah sifat utama Islam dan sifat inilah yang menjadikan Islam suatu kekuatan pembangunan yang amat besar dalam kehidupan.

Itulah nilai iman dalam kehidupan.

Yup...Itulah keimanan

Itulah keimanan, amalan yang soleh, saling berpesan menjunjung ajaran yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar.

Kebenaran yg tertegak

Berpesan-pesan dgn kebenaran itu menjunjung ajaran Allah yg benar. Ia juga bukti kepada identiti sekelompok umat islam  yg mempunyai ikatan dan tujuan perjuangan yg sama. Semestinya satu keperluan yg sangat dalam perjuangan. Kebenaran Agama Islam ini tidak dapat ditegakkan melainkan dengan pengawasan dan kawalan kelompok Muslimin yang saling membantu, saling berpesan dan bersatu padu. Dan dalam perjalanan menegakkan kebenaran, sangat perlu akan kesabaran. Kesabaran yg sangat, tinggi...

Setakat ini dulu...

Banyak lagi perkara yg nak cakap kt sini sebenarnya...mungkin akan datang, insyaAllah...

Cumanya, mari kita sesama bermuhasabah...kita ini manusia yg bagaimana? orang yg kata beriman, tp bagaimana? 

Dan sentiasa berdoa agar Allah memberi kefahaman dalam islam, memberkati masa kita dan memberi kita hidayah dan iman yg subur dan bercambah...insyaAllah...mohon pd Allah, moga kita tidak tergolong dikalangan manusia yg rugi.

 p/s: muhasabah buat diri dan semua... :)


Rujukan: Al Quran & Tafsir Fil Zilal

Friday, November 4, 2011

Melampaui batas!



Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...


Beristighfar panjang mendengar dan membaca isu ini...berfikir dan merasai betapa banyak 'kerja' yg kena lakukan...bukan duduk goyang kaki, rehat2 dan berangan2...


Program yg ingin mereka lakukan itu adalah bertentangan dengan prinsip2 akhlak dalam Islam dan fitrah kemanusian sejagat. Cuba fikirkan, ia hanya membawa kemudaratan kepada manusia, masyarakat dan negara.


Allah swt telah berfirman dalam Surah Al A'raaf, 80-81, yg bermaksud:
"Dan (Kami mengutus) Nabi Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). sungguh, kamu telah melempiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas."


Jika direnung dalam-dalam dgn penuh percaya kpd ayat2 Allah di dalam surah ini, sarat dengan peringatan tentang kaum dan umat terdahulu. 


Apakah yang terjadi kepada mereka?


Bukan 1 kaum, tapi beberapa kaum yg Allah lenyapkan dari muka bumi ini akibat perbuatan mereka yg melampaui batas.


Tidakkah kita mengambil pengajaran dari Al quran?


Manusia sekarang semakin berani...bertindak sesuka hati...berbuat apa saja...seakan tidak bertuhan...


Ingatlah Dialah hakim yang terbaik...





Melihat mereka...aku...


half of them...

Jarang sekali saya meluahkan rasa saya di sini. Saya banyak menulis secara direct kot, kurang puitis dan ayat pun x berapa sedap dan x catchy. Mungkin malu menyelubungi bila nak bercakap penuh perasaan, tu mungkin masalah sikit bagi saya, mungkin kurang romantic..hee... Tapi x pa, sebab meluahkan perasaan, bukanlah tujuan utama saya menulis blog...

Tapi mungkin kali ini ada sedikit luahan hati.

Melihat mereka...aku bahagia...setiap kali jumpa, hati berbunga...mungkin mereka tidak tahu...x mengapa...biar Allah saja yg tahu...

Melihat mereka...aku tersenyum lebar...keletihan terus berlayar...Terima kasih Allah...kerana kemanisan itu...

Melihat mereka...aku kasihan...kerana aku bukanlah yg terbaik buat mereka...namun aku cuba yg terbaik...itu juga Allah tahu...moga Allah sentiasa bantu dan beri kekuatan...

Melihat mereka...aku risau...bukan bersangka buruk...mungkinkah mereka mencari kesempurnaan padaku...aku tidak ada apa2, melainkan milik Allah segalanya...bersangka baiklah, mereka itu berhati baik...itu kurniaan Allah...

Melihat mereka...aku bersalah...mungkin banyak saja alasan yg boleh dicipta...terkadang aku tidak terdaya...tapi masih terus berusaha...

Melihat mereka...terasa berat...satu amanah tergalas ditengkuk...amanah besar dari Allah...lebih besar dari bukit...maka tunaikanlah seperti yg Allah kehendaki...

Melihat mereka...aku berfikir dalam...mencari jalan apa yg harus diperbuat...agar mereka faham islam ini, agar mereka jelas jalan ini...semuanya kerana Mu, ya Allah...

Melihat mereka...aku belajar utk sensitive...sensitif dan peka dengan apa yg terjadi...
Melihat mereka...aku belajar menganalisa...menganalisis segala permasalahan...mencari pengubat dan solusi untuk setiap perkara...

Melihat mereka...aku mencari...mencari-cari siapa diri ku...banyak sungguh kurangnya berbanding lebihnya...seakan tidak nampak...namun memberi hamasah utk memperbaiki...

Melihat mereka...aku mendekati...mendekati Allah yg sentiasa menanti taubat seorang hamba...perbaiki hubungan dgn Allah, perbaiki diri samada dalam terang atau tersembunyi...

Melihat mereka...aku tenang...kerana Allah masih memilih dan memimpin utk terus di sini...doa terus dilanjutkan, moga Allah memilih, terus memilih dan mengikat kaki ku di sini...syukur kpd Allah, kutitipkan kerana menemukan aku dgn mereka dan nilai kesabaran yg Allah ingin berikan kpdku... 

Don’t know how to describe this feeling...it’s such a great feeling in me rite now...not to be appreciated by human...but it is just a tarbiyyah from Allah 'azza wa jalla...subhanallah...alhamdulillah...allahuakbar...