Wednesday, June 2, 2010

Hiduplah Dengan Mulia Agar Syahid Sudi Menerima Kita

Kali ini ana postkan emel dr seorang sahabat as tazkirah buat ana dan semua...sangat terkesan, menyentuh hati dan rasa diketuk2...insyaAllah, bersama bermuhasabah dan hisab diri masing2 utk diperbaiki...sebelum kita dijemput ke 'sana' dan dihisab di 'sana' apabila bertemu dan berada di hadapan Allah 'azza wa jalla...ketika itu, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala sesuatu yang telah kita lakukan...Astaghfirullah...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,

Ikhwah dan akhawat yang ana kasihi sekalian..

Moga-moga dengan peristiwa yang berlaku, yang sangat hampir dengan kita, yang sentiasa membuatkan kita ternanti-nanti perkembangannya, membuatkan kita semua menjadi rindu kepada syahid fi sabilillah. Sama-samalah kita mendo'akan diri kita dan sahabat-sahabat menjadi insan-insan yang Allah pilih untuk bersama para syuhada', ahli syurga Allah. Rugilah diri kita seandainya kita merasakan kepayahan untuk berjihad, bilamana kita mencintai dunia dan seisinya lebih daripada cintakan Allah dan RasulNya serta berjuang untuk agamaNya.

Menyelusuri surah at-Taubah [9:20-22],
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih Tinggi derajatnya di sisi Allah; dan Itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripadanya, keridhaan dan surga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal, Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar."

Dalam satu ayat kemudiannya [9:24],
"Katakanlah: Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan KeputusanNya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

Ikhwah dan Akhawat yang ana kasihi dan hormati,
Seandainya kita belum diberi peluang untuk berjihad seperti barisan mujahideen tersebut, masih ada banyak ruang dan peluang untuk kita zahirkan mujahadah kita.

1. Jadikanlah Allah, Rasul dan orang-orang beriman sebagai teman setia kita [9:16]

2. Mujahadah untuk istiqamah beramal - qiamullail, banyakkan amalan sunat; Ana suka untuk ulang kata-kata ini, kita sering melaung-laungkan, syurga adalah destinasi kita, tapi, adakah kita sebenarnya beramal dengan amalan ahli syurga? Lihatlah kehidupan sahabat yang Allah janjikan syurga buat mereka, cerminlah diri kita, letakkan kita di sebelahnya, adakah ada sekurang-kurangnya 1% persamaan syakhsiyah kita dengan mereka? Di sudut manakah dalam kehidupan kita yang menggambarkan, ini adalah peribadi ahli syurga..? Tutur kata kita, pergaulan kita, penampilan kita, akhlak kita, dan semuanya..

Akhir sekali, ana menyeru ikhwah dan akhawat sekalian dan diri ana sendiri terutamanya, mari kita semak semula amalan berbelanja kita.. Kita mungkin tidak mampu menyumbang ribuan wang ke sana, namun, kita mungkin secara tidak sedar menyumbang barang sesen pun kepada ekonomi musuh kita.Alhamdulillah, peristiwa ini secara peribadi memberi ana sentakan untuk lebih berhati-hati berbelanja. Bukan sahaja dalam memilih produk barangan, tetapi juga dalam mengeluarkan duit walau sekecil mana pun untuk apa-apa jua perbelanjaan. Ingin berbelanja lebih, ingatlah saudara kita di sana. Ingin bermewahan dengan pakaian kita, mereka di sana sehelai sepinggang.
Ikhwah akhawat sekalian, mereka mungkin hidup dalam serba kekurangan, tapi jika dibandingkan dalam aspek amal ibadah, boleh jadi kita yang hidup dalam serba kekurangan mengingati Allah! Mari sama-sama kita melancarkan jihad bermula dengan diri sendiri. Moga-moga Allah terima usaha kita yang sangat kecil ini.Hiduplah dengan kehidupan yang mulia agar mati syahid menjadi cita-cita kita!

Salam mujahadah,
'Abidah Ali
Multimedia University, Cyberjaya

p/s: emel dr sahabat saya, 'Abidah Ali.

Oh Malaysian...Open your Eyes!!!

Open Your Eyes...Open Your Mind

" Open your eyes " kali ini bukan lagu Maher Zain...tapi saya nak mengajak semua utk buka mata dan lihat dgn pandangan mata hati, apakah yg telah ISRAEL lakukan, dan itulah wajah sebenar mereka sejak sekian lamanya...
Serangan ISRAEL ke atas konvoi Freedom Flotilla sgt la melampau, kejam, zalim dan x tahu apa lagi perkataan yang blh menggambarkan sikap mereka...cuba fikirkan serangan itu melibatkan semua sukarelawan dr pelbagai negara...diperlakukan sebegitu...bayangkan saudara2 kita di Palestin, bagaimana lah agaknya layanan mereka terhadap rakyat Palestin...

oh Malaysian...oh ummah...

Mari sesama pacukan DOA dengan sangat kepada Allah 'azza wa jalla...

Cuba la mula AMBIL TAHU pasal saudara2 kita di Palestin & Kezaliman ISRAEL laknatullah...

TERUS @ MULAKAN MEMBOIKOT barangan ISRAEL & AMERIKA SYARIKAT...



Plz BOIKOT...

Monday, May 31, 2010

" Normalisasi Muqaddimah Zina "

Dosa...


Post kali ni, saya just copy paste 1 artikel dr Saifulislam.com. Saya sangat setuju dan sudah lama nak menulis tentang perkara ni, tapi agak lambat utk saya menghasilkan 1 artikel dan kekangan masa...x mengapa, saya postkan artikel ini utk bacaan saya n semua...


Normalisasi Muqaddimah Zina


“Susah, ustaz. Macam mana nak solat dalam kapal terbang kalau pakaian kotor” kata seorang anak muda.

“Nak berangkat ke UK pun pakai baju kotor? Tak sempat basuh ke?” tanya si ustaz.

“Bukan macam itu. Pakaian yang dipakai sudah tentu bersih. Tetapi semasa ke tandas di KLIA, di situlah pakaian jadi kotor” jelas beliau.

“Mengapa? Ustaz ke tandas tiada masalah pun” si ustaz ‘pura-pura tidak tahu’.

“Ustaz lainlah” ujar anak muda itu lagi.

“Apa pula lainnya. Awak lelaki, ustaz lelaki. Masuk pun ke tandas yang sama. Cuma, awak kencing berdiri ya?” si ustaz bertanya terus ke topik sebenar

Anak muda itu ketawa kecil. Apa yang beliau tidak mahu menyebut, telah disebut oleh sang ustaz.

Memang sukar.

Jika bersolat di dalam pesawat terganggu oleh kesukaran menentukan arah kiblat, ada penyelesaiannya. Andaikata bermasalah untuk berdiri, ada penyelesaiannya. Jika sulit mahu mengambil wudhu’, ada kaedah-kaedahnya. Tetapi jika pakaian tidak bersih, memang susah mahu diselesaikan. Bayangkan, dalam kesesakan ratusan penumpang kapal terbang, si anak muda mahu menyalin seluar dengan memakai kain pelekat, mahu sahaja disikunya orang di kiri dan kanan.

Justeru, jika kita jenis orang yang bersolat kerana Islam, maka Islamlah semenjak di rumah dan di Lapangan Terbang. Jangan tiba-tiba mahu mengambil Islam, memang banyak ‘kerosakan’ yang terpaksa diuruskan!

Sama juga dengan perempuan. Andaikata solat itu hendak dikerjakan semasa berada di dalam pesawat, selain pakaian perlu bersih, pastikan juga ia sempurna menutup aurat. Andai pakaian yang dipakai itu tidak cukup syarat untuk membolehkan kita bersolat dengannya, memang sukar kalau tiba-tiba di dalam pesawat, mahu disarung telekung. Mahu terserkup orang di sebelah!

Demikianlah Islam.

PAKEJ

Di pangkal, di tengah atau di hujung, Islam ada caranya yang tersendiri untuk berfungsi. Tetapi sebagai sebuah sistem, Islam mesti diambil seawal langkah yang pertama.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) SEGALA hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [al-Baqarah 2: 208]

Demikian Allah berpesan.

Apabila Islam diambil, ambillah ia secara sempurna. Pakej yang lengkap. Menerima sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, adalah cara Syaitan menyesatkan manusia, sedangkan Syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata. Kelihatannya di sepanjang sejarah manusia, Syaitan itu makhluk yang sabarnya sering mengatasi manusia. Syaitan tidak tergesa-gesa untuk mencapai misinya. Segalanya berlaku secara berperingkat, sedikit demi sedikit, dalam kealpaan manusia yang tidak menyedarinya.

Itulah enjin di sebalik musibah buang bayi di negara kita.

Buang bayi kerana berleluasanya zina.

Berleluasanya zina kerana pencegahannya tidak mengambil acuan Islam.

Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia” [al-Israa' 17: 32]

Allah tahu, zina itu sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar menolaknya, terlalu sukar. Justeru sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah zina yang mesti dihindari.

Apakah muqaddimah zina yang mesti dicegah itu?

1. MENUNDUKKAN PANDANGAN
Tingkap itu yang mesti dipelihara. Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Perkara yang merangsang libido dan mengundang diri kepada zina.


Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.” [al-Nur 24: 30]

Wanita-wanita yang beriman itu juga diberikan saranan yang sama. Di dalam ayat yang menyusul perintah di atas, Allah memerintahkan kaum wanita seperti kaum lelaki, sama-sama memelihara pandangan daripada melihat apa yang tidak diharuskan baginya melihat.

“Alahai, takkanlah baru tengok sudah mahu berzina!” seorang manusia mahu berbijak-bijak berhujah dengan Tuhan.

Dia lupa, fitnah penglihatan dan zina bukan urusan rasional. Ia urusan nafsu dan kemaluan. Urusan hati yang membuat pertimbangan. Justeru itu Allah berpesan, “yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Muqaddimah zina ini bukan hanya urusan di peringkat individu. Ia bertujuan membentuk suasana yang sihat. Saling bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang tidak mengundang zina.

2. MEMELIHARA AURAT
Menundukkan pandangan daripada perkara haram menjadi lebih mudah apabila perkara haram itu tercegah dalam daerah halalnya. Anggota tubuh yang perlu diberi perlindungan, adalah cara seseorang memuliakan dirinya sendiri dan menghormati orang lain yang bermata lagi berhati, juga bernafsu.

Peliharalah aurat.

Wanita.

Lelaki.

Sama sahaja.

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]

Perintahnya bukan perintah menutup rambut.

Perintahnya adalah perintah memelihara aurat.

3. TIDAK BERTABARRUJ JAHILIAH
Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita membentuk diri. Biar dengan menutup aurat itu kita belajar menganut sifat malu, belajar mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan batasan-batasan itu.

“Dan hendaklah kamu melazimkan diri berada di rumah kamu serta janganlah kamu mendedah, menghias dan menonjolkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu” [Al-Ahzaab 33: 33]

“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.

Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]

Bertudung. Tetapi masih mahu menarik perhatian orang memandang dan membelek.
Justeru hilanglah hikmah memelihara aurat.

Biar pun rambut ditutup, dia masih kaya dengan elemen Jazb al-Intibah (menarik perhatian dan pandangan orang).

4. BERURUSAN DENGAN BATASAN
Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus.
Namun keharusan itu harus dipandu oleh batasan.

Silang jantina perlu mengenal keperluan dan tujuan, jangan hanya berpandukan kemahuan.

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Bermesyuaratlah, tetapi biar seadanya.

“Hai, takkanlah sembang-sembang sudah terangsang?” hujah seorang bijak pandai di syarikat Multinasional.

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” jawab Allah.

Dia yang memiliki hati. Dia tahu sifat baik dan buruk hatimu. Justeru nasihat-Nya tentang hati itulah nasihat terbaik untuk manusia yang mahu berhati-hati.

Lihatlah di pejabat, siapa di meja sebelah, siapa di kubikel depan, keluar makan tengah hari dengan siapa, dari Stesyen LRT ke pejabat tumpang kereta siapa, pergi ke site atau bertemu pelanggan naik kereta siapa, semua itulah yang perlu dipertimbangkan kembali, kerana melakukannya tanpa batasan adalah MUQADDIMAH ZINA.

5. TIDAK MELUNAKKAN SUARA
Dengar suara, mahu orangnya.

Itu akibat manusia-manusia yang hatinya berpenyakit.

Sakitnya pula letak di hati yang tidak kelihatan. Justeru jangan cari penyakit. Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa, jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada.

“Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak. Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf” [al-Ahzaab 33: 32]

NORMALISASI MUQADDIMAH ZINA
Mencegah lebih baik daripada mengubat… bukan slogan tanpa asas!

Cabarannya, bagaimanakah penerimaan kita terhadap saranan-saranan Allah ini?

Percaya bahawa kita lebih bijak daripada-Nya?

Semua perintah dan larangan yang dihimpunkan itu tadi (sebagai memetik sebahagiannya) telah mengalami normalisasi. Semuanya sudah diterima sebagai satu cara hidup semasa.

“Make sure you balik before Midnite, ok. This is my house. You follow my rule!” kata si ayah yang ‘cool’.

Anak lelakinya keluar menonton wayang dengan rakan silang jantina.

Muqaddimah zina sudah jadi biasa. Sudah tidak lagi dianggap salah. Ia diterima sebagai satu cara hidup kontemporari, tidak hanya di kota malah di desa. Sudah jadi biasa. Lantas buruk benar kalau ia tiba-tiba digelar sebagai Muqaddimah Zina!
Itulah NORMALISASI…

“Alaa, she’s still young. Let her taste the excitement. Just be herself. Jangan hipokrit. Nanti bila nak pakai tudung tu, dia pakailah. Kita doakan!” kata si emak melihat anak perempuannya keluar rumah dengan penuh gaya.

Memaksa diri bertudung kerana di dunia ini ada Tuhan, namanya hipokrit?

Akhirnya, menutup pintu Muqaddimah Zina dianggap kolot.

Walhal itulah hidup bertamadun. Hidup yang tahu membataskan diri.

Bergaul sesuka hati, menyentuh sesedap rasa, menunggang tak kenal agama, itu Lifestyle rimba.

Nampakkah kamu keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.” [al-Furqan 25: 43-44]



By Saifulislam.com

Sunday, May 23, 2010

* PERISTIWA AL NAKBAH *

Free Palestine End The Occupation...


Ramai masyarakat antarabangsa tidak mengetahui bagaimana penjajahan negara Palestin oleh Israel dilakukan dan apakah peristiwa hitam al-Nakbah. Mari kita soroti sejarah penubuhan negara haran Israel sehingga mencetuskan al-Nakbah.

PERSIDANGAN ZIONIS PERTAMA
Pada tahun 1897, gerakan Zionis bermula dengan rasminya di Basle dengan Theodor Heizl sebagai presiden yg bermatlamat utk menubuhkan bagi Yahudi- sebuah negara yang sah secara umum dan legal di Palestin.

DEKLARASI BALFOUR
Selepas kemenangan British, Perancis dan Amerika dalam perang dunia pertama, Negara Palestin telah diisytiharkan sebagai negara mandat British pada 1919 yang diawasi oleh Liga Bangsa-bangsa. Zionis akhirnya mengambil peluang ini utk merealisasikan impian mereka dengan mencadangkan deklarasi Balfour. Bagi mengenangkan jasa Cham Weizman, tokoh yahudi Russia yang menyumbang kepada ketenteraan British dan yang memenangi organisasi yahudi Amerika yang berpengaruh akhirnya deklarasi Balfour diluluskan oleh kerajaan British yang sebenarnya sehaluan dengan zionis. Deklarasi ini merupakan satu inisiatif yang menggalakkan bangsa yahudi utk berhijrah ke Palestin.

PENGHIJRAHAN BANGSA YAHUDI BERAMAI-RAMAI
Selepas persetujuan deklarasi Balfour maka berlakulah kemasukan beramai-ramai bangsa Yahudi Eropah ke Palestin. Mereka merampas tanah-tanah ladang dan mengenepikan hak pengusaha tanah dan peladang Arab. Yahudi juga bertindak menghalau mereka dari tanah-tanah mereka usahakan. Kerajaan British tidak melakukan apa-apa utk menyelesaikan permasalahan tanah yang dihadapi oleh penduduk Arab Palestin. Maka berlaku rusuhan berdarah yang dilakukan oleh penduduk Arab Palestin yang tidak berpuas hati dengan perkara in, namun Zionis meneruskan kemasukan beramai-ramai orang Yahudi. Pada 1936, penduduk Yahudi meningkat kepada 384 ribu atau lebih 30% daripada penduduk Palestin, satu penambahan pesat pernah dicatatkan dalam sejarah penempatan manusia.

SURUHANJAYA PEEL
Suruhanjaya Peel 1937 mencadangkan kepada Palestin dipecahkan kepada negara Yahudi dan negara Palestin di mana 33% dari negara Palestin diberikan kepada Yahudi. Cadangan ini adalah satu penghinaan kepada rakyat islam Palestin dan menyebabkan rusuhan berdarah meletus semula pada Julai 1937. Negara-negara Arab mendesak penghijrahan orang Yahudi diberhentikan dan pengharaman pengambilan hak milik tanah Arab. British telah bertindak menangkap dan memenjarakan beribu umat islam Palestin dan menjatuhkan hukuman gantung kepada mereka. Dalam pada itu, pengganas Yahudi telah menjalankan operasi serangan bom ke atas tempat-tempat awam di Palestin bagi memaksa penaklukan ke atas Palestin.
KERTAS PUTIH
Pada tahun 1939, British melaksanakan kertas putih yang menyatakan dalam tempoh 5 tahun 75 ribu pendatang Yahudi yang dibenarkan masuk ke Palestin. Selepas itu pemindahan tertakluk kepada rakyat Palestin. Namun polisi ini ditentang oleh kedua-dua pihak, rakyat Arab dan Yahudi.
TRAGEDI HOLOCOUST
Zionis mengambil kesempatan menggunakan peristiwa Holocoust yang meraih simpati dunia dan menggunakan simpati ini utk mewajarkan kemasukan orang-orang Yahudi yang terselamat ke Palestin. Selepas kemenangan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua, Presiden Harry S.Truman telah membenarkan 100 ribu bangsa Yahudi masuk ke Palestin pada Juai 1945. Dia juga menyatakan sokongan rakyat Amerika terhadap pembahagian negara Yahudi dan negara Arab dan menjadikan sebagai kempen pilihan raya congress yang akhirnya membawa kemenangan besar kepada parti republikan yang diwakilinya. ini telah mengundang kemarahan negara-negara Arab.

RESOLUSI 181
Pada Januari 1947, British mengambil keputusan utk menyerahkan Palestin di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB menubuhkan Jawatankuasa Khas Palestin (UNSCOP). Daripada jawatankuasa tersebut maka luluslah Resolusi 181 yang menyatakan negara Yahudi mendapat 55% daripada tanah Palestin dan 45% lagi kepada negara Palestin. Keputusan itu menimbulkan kemarahan negara-negara Arab kerana penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Maka negara Arab membuat keputusan melancarkan serangan ke atas Yahudi Zionis.

KELAHIRAN NEGARA HARAH ISRAEL
Pada 14 Mei 1948, benda Union Jack diturunkan di Baitul Maqdis dan keesokkan harinya, David Ben Gurion mengisytiharkan kelahiran Israel. Peristiwa ini telah meningkatkan serangan negara-negara Arab dari Mesir, Lebanon dan Syria ke atas negara haram Israel. Namun tentera Arab telah tewas dengan teruknya dalam peperangan tersebut. Tentera pengganas Israel terus melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin sehingga beribu-ribu rakyat Palestin enjadi pelarian dan tanah mereka dirampas.

AL-NAKBAH
Peristiwa Al Nakbah ini bermula sejak akhir tahun 1947 sehingga sepanjang tahun 1948. Namun tanggal 14 Mei 1948 telah menjadi hari peringatan bagi peristiwa tersebut. Keganasan Israel tidak terbendung apabila mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Arab Palestin yang akhirnya menyebabkan perpindahan besar-besaran penduduk Palestin seramai 800 ribu keluar dari penempatan mereka. Sebanyak 531 buah kampung dimusnahkan. Daripada tragedi ini Zionis berjaya menguasai lebih banyak kawasan iaitu 77%. Antara serangan ganas yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan tentera pengganas Yahudi ialah:

1) Pembunuhan beramai-ramai di Dier Yassin dimana sehingga 250 orang dibunuh secara kejam. Seramai 25 ibu mengandung dirobek perut mereka hidup-hidup. Seramai 52 orang kanak-kanak dipenggal di hadapan ibu-ibu mereka. Mayat mereke kemudiannya dihumban ke dalam perigi.
2) Pada 13-14 April 1948, pengganas YAhudi menyamar sebagai pasukan Arab dan memasuki sebuah desa di Nasir ad Din membunuh hampir ke semua penduduknya, 40 orang sahaja yang terselamat.

Peristiwa adalah beberapa contoh fakta keganasan yang telah dilakukan oleh pengganas Yahudi ke atas rakyat Palestin, 800 ribu penduduk Palestin yang menjadi pelarian terpaksa tinggal di kem pelarian. Kini genap 62 tahun atau lebih kurang tiga generasi masih menetap di khemah pelarian tanpa pembelaan. Penduduk Gaza pula dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi dan bekalan makanan menyebabkan mereka tinggal dalam keadaan kemiskinan dan kesusahan.

Rujukan daripada buku Israel Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya. Hafidzi Mohd Noor, 2006.

Daripada sorotan sejarah penubuhan negara haram Israel ini, maka kita sepatutnya kita sudah jelas dengan keganasan pengganas Zionis dan ketidakadilan kuasa-kuasa besar dunia dalam isu ini. Israel telah melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin hingga kini dan mereka terus mencuba merampas tanah Palestin utk dijadikan milik mereka. Oleh itu, sebagai masyarakat antarabangsa yang mencintai kedamaian, kita harus bersama-sama dalam satu kefahaman utk tidak mengiktiraf negara Israel ini. Mari kita bersama berganding bahu dalam menyokong pembebasan bumi Palestin drpd kekejaman Israel dengan:
- sebarkan maklumat dan informasi kepada keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling.
- memberikan sumbangan sama ada berbentuk dana kepada rakyat Palestin melalui saluran yang betul
- memboikot barangan-barangan yang sudah sah memberikan sumbangan kepada negara haram Israel.
FREE PALESTINE END THE OCCUPATION

sumber: www.aqsasyarif.com & PACE

Sunday, May 16, 2010

Buat yang bergelar pendidik...


Assalamualaikum...
fuh2...berhabuk bersawang blog yg dah lama saya x update...masyaAllah...sibuk dan masalah internet di rumah...x suka perkataan sibuk...sbb samada btul2 sibuk atau x...astagfirullah...
insyaAllah ruang masa yg sedikit ni saya cuba utk mencoretkan sesuatu...

16 Mei, Hari Guru...
subhanallah..mulia sungguh pekerjaan mu...
duhai guru,dariNya kekuatan bt mu, mendidik kami penuh kesabaran...
mendidik kami menjadi orang berguna...tanpa mengira anak siapa...

kini...kami seorang doktor,kami seorang engineer,
seorang scientist, ustaz dan menteri...
tapi kau tetap seorang guru...
subhanallah..hebat...
kau mengajar kami mengenal huruf, membaca serta mengira...
kami dimarahi bukan kerana amarahmu, tp kerana sayang...
dimarahi dinasihati supaya jadi manusia...
baruku sedar sekarang cikgu, atas segalanya...

mohon maaf n terima kasih x terhingga buatmu guru...
moga Allah merahmati n redha atas segala yang cikgu lakukan...

buat guru emas,
teruslah menyemai bakti pd ummat...
mereka memerlukan mu...

buat guru muda,
betulkan niat...mendidik ummat...
profesion guru bukanlah diisi kerana tiada pekerjaan...
atau ruang pekerjaan paling mudah...
bukanlah berburuk sangka...kerana zaman ini penuh cabaran hebat...
bukan hanya perlu mengajar...tapi tarbiyyah itu perlu disemat...
subhanallah...
kepada cikgu2 sy...dr tadika, sek.ren, sek men, universiti...
x dilupa...mak ayah saya, tok, tok wan n mak jang...
yg turut menjadi cikgu di rumah...
sy xtahu apa perkataan lagi yg blh diungkap...
melainkan...sy amat menghargai n menghormati kalian...
p/s: selamat hari guru buat semua yang bergelar pendidik...

Thursday, April 15, 2010

++ Selamat Hari Lahir Ayah dan Mak ++

Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Selamat Hari Lahir Mak n Ayah...by Devianart

Saya nak buat ucapan khas kepada mak dan ayah tersayang yang menyambut hari lahir mereka. Ayah pada 13 Mac dan mak pada 14 April....masing2 menyambut ulang tahun kelahiran ke-49 dan mak yang ke-47...

" Selamat Hari Lahir mak dan ayah...semoga Allah merahmati dan setiap langkah mak ayah mendapat redha Allah...b ah sayang kt mak n ayah...alhamdulillah...bersyukur dengan sangat, sbb mak ayah lah yang telah melahirkan b ah...Allah hadiahkan kita 1 famili yang sederhana dan bahagia...Alhamdulillah...

Doa b ah buat mak ayah, moga meningkatnya usia mak ayah, meningkat juga keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Terima kasih buat mak ayah yang telah melahirkan aku, abang2 dan adik beradik ku, tidak pernah diluahkan rasa penat melahirkan kami semua. Tidak pernah juga mak ayah meluahkan rasa penat menjaga kami semua ketika kami masih kecil. Tidak pernah mak ayah meluahkan rasa penat menjaga kami di zaman persekolahan kami, di saat kami sakit dan demam, dan di sepanjang hidupnya mak ayah bersama kami. Moga Allah menjauhi mak ayah dari azab api neraka.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” [Surah Al-Ahqaf : 15]

B ah nak mnta maaf sangat2 kalau ada tersalah tingkah dan tersalah kata yang membuatkan hati mak n ayah terguris dan sedih...maaf sangat2 jika x blh buat mak n ayah sentiasa tersenyum...b ah sentiasa cuba buat mak ayah senyum... :) insyaAllah...

Mak ayah...ketahuilah...anakmu ini sangat bahagia, gembira dan bertuah menjadi anakmu...juga ketahuilah, bertemunya anakmu dengan jalan yang satu, jalan dakwah dan tarbiyyah ini telah mendidik anakmu utk menyayangi dan menghormati mak ayah, berusaha menjadi insan soleh wa musleh, berusaha menegakkan syariat Allah di muka bumi...insyaAllah...anakmu mengharapkan doa, restu dan redha...

Terima kasih x terhingga buat mak ayah yang x putus2 berdoa buat si anak ini...berdoa yang terbaik buat anak...b ah mohon doa dan redha mak ayah yang x putus2 dalam segala yang b ah lakukan...terima kasih juga atas segala sokongan dan dorongan...

Banyak lagi yang x terucap...kerana tersangat banyak budi dan jasa yang x mungkin dpt dibalas...hatta 1 senyuman dari ibu pun x bisa dibalas oleh sang anak...x mungkin juga dapat dibalas dengan harta dan wang ringgit...

Yakin dengan janji Allah, bekalan buat para ibu bapa di 'sana' nanti hanyalah ilmu yang diamalkan, sedekah jariah semasa hidup dan doa anak2 yang soleh dan solehah...insyaAllah, b ah berdoa dengan sangat dan berusaha utk jadi anak yg solehah yang sentiasa mendoakan mak ayah..insyaAllah..."

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa : 23-24]

Thursday, April 1, 2010

O single Muslim! ~ Poem dedicated to you...

Jangan dekati zina...
This is a poem dedicated to all my single Muslim brothers and sisters who reject following their desires and falling into haraam but are instead keeping halal until they get married. Because everyone needs a little encouragement sometimes! :)
First, some words of advice from Allah (Subhanahu wa Ta'ala ) and His Messenger (Salalahu Alayhi wa Salaam

"And let those who find not the financial means for marriage keep themselves chaste, until Allah enriches them of His bounty." (24.33)
"Whoever seeks chastity Allah will make him chaste, and whoever seeks help from none but Allah, He will help him, and whoever is patient He will make it easy for him, and no one has ever been given anything better than patience." (Bukhari)
Abdullaah ibn Mas'ood said, "We were with the Prophet while we were young and had no wealth whatsoever. So Allah's Messenger said, "O young people! Whoever among you can marry, should marry, because it helps him lower his gaze and guard his modesty (i.e. his private parts from committing illegal sexual intercourse etc.), and whoever is not able to marry, should fast, as fasting diminishes his sexual power." (Bukhari)
It's really hard being a single Muslim!! Am I right? We are constantly bombarded with either reminders of marriage or the many haraam alternatives. It seems like EVERYONE is getting married but us! So as we attend countless weddings throughout the year, for whatever reason we are not able to marry (most of the time this choice is made for us). However we do NOT choose the haraam paths because we fear Allah Azza wa Jal and know that He is All-Aware, All-Knowing, All-Seer and All-Hearer. SubhanAllah! And we know that the haraam we engage in we will see again on Qiyamah in a record and we will have to answer for it!! We know on that day our eyes, ears, legs and bodies will be a witness against us! :(
We know a few hours or days of fulfilling desires is NOT worth confinement in the hellfire.
"...Our Lord! Avert from us the torment of Hell. Verily! It's torment is ever an inseparable, permanent punishment. Evil indeed it (Hell) is as an abode and as a place to dwell." (25:65-66)
Ameen
So my single Muslim brothers and sisters please STAY STRONG. Please always keep halal and do NOT listen to those people who call you to immorality.
Always keep Jannah in mind and know that Allah is rewarding you for your patience and for your steadfastness.
InshaAllah this poem will put a smile on your face, bring comfort to your heart and will give you that extra boost to stay strong! :)
O single Muslim! -By UmmGhareebah
O single Muslim!
How chaste are you!
While others engage in haraam and fulfill their desires,
You shun the many calls to sin,For fear of the hellfire!
O single Muslim!
How modest are you!
While others are 'alone',They loose their fear of Allah,
But alone or not, you lower your gaze,Refusing to look at haraam!
O single Muslim!
How sensible are you!
While others waste away their hours watching bollywold flicks,
You spend it worshipping Allah,Fasting and increasing in ilm!

O single Muslim!
How devoted are you!
While others memorize lyrics to the latest songs,
You make an effort to memorize duaas and Quran!
O single Muslim!
How upright are you!
While others foolishly throw Quran and Sunnah to the side,
You strive to learn and implement them both into your life!
O single Muslim!
How blessed are you!
While others gossip,And partake in useless matters,
You spend your time reflecting,And preparing for the herafter!

O single Muslim!
How aware are you!
While others fall for the first person who plays the sweet card,
You know the tricks of shaytan,And remain constantly on guard!
O Single Muslim!
How steadfast are you!
While others loose their modesty and dignity along the way,
You remain chaste and honorable, And your sabr only increases each day!
O single Muslim!
How fortunate are you!
While others rack up sins for forming illicit relationships,
You gain reward from Allah for your trials and hardships!
O single Muslim!
How intelligent are you!
While some make marriage their ultimate goal,
You know it's only a means,To reach the final abode!
O single muslim,
How wise are you!
While others desire spouses,With only beauty and riches,
You desire an upright person,With good character and religion!
O single Muslim,
How successful are you!
While others spend their time in grief,Regretting their foolishness and haste,
For your steadfasteness and patience:Allah grants you one of His most righteous slaves!
And O single Muslim,
How honored are you!
While others who lived in sin,Will be humiliated on Qiyamah,You will be granted honor and shade,On the Day when there is NO shade,Except under the throne of ALLAH!
:)


du'a d extra boost...

p/s: this poem from notes in my fren fb...insyaAllah...keep on du'a...it's d extra boost to stay strong indeed... :)