Hanya gambar hiasan...tiada kaitan antara hidup dan mati...
memang akan pilih Malaysia...Malaysia yg ikut syariat Allah...insyaAllah...
Assalamualaikum...
Makin hangat
bahang PRU 13....kan? ke x rasa apa2...ermmmm....
Hangat n panas
betul...sampai dah x leh nak tgok TV...panas ja...huhu...
tp mgkn ada yg
rasa sejuk beku ja dgn isu ini...n mungkin juga ada yg rasa suam2 ja...
Politik?? apa tu?
bila cakap
pasal politik, apa yg terlintas adalah pemerintahan. dalam pemerintahan mesti
ada pemimpin. pemimpin yg akan susun satu sistem utk memerintah. jadi..nak
cakapnya, PEMIMPIN adalah satu unsur penting dalam POLITIK.
Mari kita jadi
masyarakat yg berfikiran kritikal dan matang...instead of jadi orang yang rasa
ok ja...ya ok ja, sbb kita blh p sekolah dan university, x da orang tembak
kita..boleh makan kat kedai mana2 yg kita suka...boleh lepak2 kt shopping
kompleks. Itu ja ka hidup kita??
bukan nak jadi
pengkritik jalanan...cuma pandangan kecil saya seorang orang muda...gurlppp
muda lg ka?...tp as muslim, we have to know what islam and Allah state about
it. apa yg ok? apa yg x ok? jom kita tengok apa kenyataan islam tentang
politik.
Wujudkah politik dalam islam?
Jawapannya YA
Dalam Riyadhus
Solihin, Bab 78, bertajuk " Arahan kpd pemerintah supaya berlemah lembut
kepada rakyat, memberi nasihat serta kasih sayang kepada mereka, jangan
mengelabui dan bersikap keras pada mereka, juga jangan lalai tentang
kemaslahatan mereka, jangan lupa mengurus mereka ataupun apa-apa yg menjadi
hajat kepentingan mereka."
hmmm..panjangkan
tajuknya...saya tidak bercadang utk menghurai hadith di dalam tajuk ini dgn
panjang lebar...insyaAllah kita sesama baca n buat rujukan...cuma saya sangat
tertarik dgn satu hadith ni...
Dalam riwayat Imam Muslim juga disebutkan:
"Tiada seorang amir - pemimpin - yang menguasai urusan
pemerintahan kaum Muslimin, kemudian ia tidak bersungguh-sungguh memberikan
kemanfaatan kepada mereka, juga tidak memberikan nasihat pada mereka - yakni
mengusahakan mana-mana yang baik dan menolak mana-mana yang tidak baik,
melainkan pemimpin itu tidak akan masuk syurga beserta mereka yang di-pimpinnya
itu."
MasyaAllah....jadinya
ada satu tanggungjawab yg besar untuk dijalankan as pemimpin.
Seterusnya,
dalam kitab yg sama,
Bab
79, Pemerintah yg Adil.
Bab
80, Wajibnya Mentaati Pada Penguasa Pemerintahan Dalam Perkara-perkara Bukan Kemaksiatan
Dan Haramnya Mentaati Mereka Dalam Urusan Kemaksiatan
Bab
81, Melarang Meminta labatan Memegang Pemerintahan, Memilih Meninggalkan
Kekuasaan Jikalau Tidak Ditentukan Untuk Itu Atau Kerana Ada Hajat -
Kepentingan – Padanya.
Cukuplah
tajuknya untuk sesama kita rujuk dan cari.
Apa kata Al Quran
tentang kepimpinan?
[Al
Baqarah, 2: 124]
“ Dan (ingatlah) ketika Nabi
Ibrahim diuji oleh Tuhannya dgn beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka
Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “
Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia”.
Nabi Ibrahim pun memohon dgn berkata. “ (Ya TuhanKu!) Jadikanlah juga (apalah
jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman:
(permohonanmu diterima, tetapi janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang
yg zalim.”
Allah
tidak terima orang yg zalim menjadi pemimpin. Ketetapan Allah tentang
kepimpinan hanya utk orang yg tidak zalim.
Antara
ciri pemimpin dari Allah adalah tidak zalim.
Zalim
tu apa? Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.
Letak
pemimpin yg tidak layak di tempat itu.. Maka zalimlah jgk. so ada jgk tanggungjawab memilih pemimpin.
Menurut
ibn katsir, ayat tadi tidak khusus pada Nabi Ibrahim, tetapi utk kita semua.
Apa yg zalim di Malaysia?
Pertama
yg memang obvious, zalim syariat: perkara mungkar berleluasa, mungkar besar,
arak judi konsert pergaulan bebas. Allah larang tapi ada pihak menggalakkan.
Isytihar negara islam, tp mungkar besar berleluasa.
Kedua, rakyat disuap
material sahaja, seolah2 rakyat ini lapar duit dan kebendaan semata. Sedangkan rakyat
dan ummah sangat perlukan didikan rohani. Lihatlah disekeliling kita, bagaimana
remaja? pelajar sekolah? Mereka ini pemimpin masa hadapan.
Ketiga, zalim
korupsi. Masalah paling besar. Rasuah wang di sana sini.
Banyak lagi perkara
yang tidak disebut. Bagaimana dgn ekonomi, perundangan, pendidikan?
Allah redha x, if
macam ni?
Ya Allah, bantulah
kami.
[Al hajj, 22:
41]
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan
mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari
melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, Dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan.”
Tegakkan solat,
bukan sekadar pemimpin itu solat, tp sehinggalah system solat. Contohnya, system
pekerjaan, di mana pekerja solat lewat, x blh solat dlm waktu bekerja, kena
qadha solat...hurmm???
Nak share dalam satu
peperangan, Perang Perca Kain, (zatur riqa), sahabat2 naik unta dan kena share,
sampai kaki pecah, terkeluar kuku, dan balut dgn kain. Turun arahan dari Allah,
disyariatkan solat khauf, mksdnya kena solat walaupun dalam perang.
Nak cakapnya,
sahabat2 berperang pun kena solat, kita ni keja biasa saja, yg blh tinggalkan
sekejap kerja kita tu. Pemimpin perlu la buat system yg ikut syariat. Pekerja yg
ikut syariat betul2 sudah tentu pekerja yg amanah dan baik. insyaAllah
Zakat, Alhamdulillah
kita ada system zakat, tp mgkn perlu perbaiki system pengagihan.
Tegakkan yg makruf
dan banteras yg mungkar. Ini kerja besar. Pemimpin memang perlu lakukan ini dan
bina system utk buat apa yg Allah suruh ni.
Uthman bin Affan,
dasar ayat ini diturunkan utk kami, jadi nak tau macam mana, lihatlah kami. (x
dapat nak cari dr mana dtg ayat, ni dr sebuah talk)
Demokrasi !
Maksudnya, peluang
utk berada di parlimen.
PRU memang x
sempurna, tp ada peluang. Ada kesempatan. Perjuangan itu x pernah perfect. Kena
faham seerah betul2.
Perjanjian Hudaibiyah
Amat kagum dgn
kejujuran Rasulullah saw dalam nak melaksanakan janji dan tidak pernah khianati
kpd persetujuan yg dibuat. Masa tu, tahun ke enam hijrah. Ali bin Abi talib
yang mencatat perjanjian ini. Orang Quraisy tidak puas hati (as usual dan
sangat terkenal dr awal terus menerus nak memerangi islam). Mereka x puas hati
dan minta padam perkataan Ar Rahman dan Ar Rahim selepas perkataan Allah yg Ali
catatkan. Sahabat2 x setuju, tp Nabi saw minta Ali padam.
Ramai juga sahabat
tidak bersetuju dengan isi perjanjian tersebut yang dimeterai antara Nabi s.a.w
dengan kaum Quraish. Suhail bin ‘Amr mewakili pihak Quraish bagi memeterai
perjanjian tersebut. Antara isi perjanjian yang dipersetujui ialah sesiapa
dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum muslimin di
Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan kepada pihak Quraish.
Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama Muhammad yang pergi kepada pihak
Quraish, tidak dipulangkan kepada pihak Muhammad’. (Isi perjanjian ini disebut
dalam pelbagai riwayat dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll).
Nabi s.a.w telah
bersetuju dengan kandungan perjanjian ini.
Kerana Nabi s.a.w
melihat ada peluang, di mana dalam perjanjian itu, ada perjanjian genjatan
senjata selama 10 tahun, means x boleh berperang dalam masa 10 tahun.
Scenario di atas,
tidak sempurna, tp Rasulullah s.a.w still berada di tengah2 keadaan itu dan
melihat peluang dan kesempatan yg boleh dimanfaatkan. 10 tahun, masa utk
memahamkan masyarakat tentang apa itu islam.
Tidak dilupa,
Rasulullah saw pernah mintak tolong khidmat non muslim.
Jadi,
As rakyat Malaysia yg
cintakan negara ini, marilah kita lakukan sesuatu dgn aman (bak kata sorang
tu). Aman lah kan, just keluar pegi memangkah. Pangkah apa? Undi adalah rahsia.
Huhu...memangkah utk syariat...
Berilah sedikit
tenaga dan usaha kita utk mencari peluang dan kesempatan untuk menegakkan
syariat Allah di muka bumi ini.
Ingatlah hidup kita
di dunia ini, tiada lain, hanya utk redha Allah. Jadi nak buat apa utk cari
redha Allah. X kiralah kita ni orang kecil or orang besar.
Pandangan kecil
saya, dari apa yg saya faham dan catatkan dari sebuah perkongsian seorang orang
besar.